Kota Tembok Kowloon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemandangan atas kota pada 1989

Kota Tembok Kowloon (Cina Tradisional: 九龍城寨, Cina Ringkas: 九龙城寨; awalnya disebut 九龍寨城) adalah suatu kota yang dibina dalam kawasan terkurung milik Republik Rakyat China yang terletak dalam kawasan Kowloon, Hong Kong ketika ia pernah dijajah British selama beberapa dekad. Ia asalnya merupakan tapak suatu kubu pertahanan tentera kerajaan Qing yang didirikan berikutan penyerahan Pulau Hong Kong yang dituntut pihak British dalam Perjanjian Nanking selepas memenangi Perang Candu Pertama.

Ia dihuni paling banyak 50,000 penduduk pada tahun 1980-an keturunan pelarian dari tanah besar China yang berlindung dari Perang Saudara yang meletus.[1]

Kota ini ditutup 1993 dan dirobohkan pada tahun sama hingga April 1994.[1] Sebuah taman awam dibuka atas bekas tapaknya memperingati sejarah binaan ini iaitu Taman Kota Tembok Kowloon (Bahasa Kantonis: 九龍寨城公園 Gau2 lung4 zaai6 sing4 gung1 jyun4, bahasa Inggeris: Kowloon Walled City Park).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b McHugh, Fionnuala (30 Ogo 2014). "How Kowloon Walled City survived attempts to knock it down for almost a century". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Jul 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]