Krasnoyarsk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Krasnoyarsk

Красноярск
Bandar
Bangunan kerajaan Krasnoyarsk Krai
Bangunan kerajaan Krasnoyarsk Krai
Bendera Krasnoyarsk
Mohor rasmi Krasnoyarsk
NegaraRusia
NegeriJajahan Krasnoyarsk
Keluasan
 • Jumlah353.9 km2 (136.6 batu persegi)
Penduduk
(2019)
 • Jumlah1,095,286
Zon waktuUTC+7 (Waktu Krasnoyarsk)
Laman web(Rusia) Laman rasmi

Krasnoyarsk (Rusia: Красноя́рск) ialah sebuah bandar serta ibu kota pemerintahan Krasnoyarsk Krai, Rusia. Bandar ini ialah bandar ketiga terbesar di Siberia selepas bandar Novosibirsk dan Omsk dengan kiraan penduduk sebanyak 1,035,528 orang mengikut bancian 2010.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pemandangan kawasan pusat bandar Krasnoyarsk dari udara.

Sungai Yenisei mengalir dari timur ke barat Krasnoyarsk, dengan sungai-sungai lain termasuklah Mana, Bazaikha dan Kacha.

Bahagian selatan dan barat Krasnoyarsk terdiri daripada pergunungan berhutan dengan ketinggian purata ialah 410 meter dari paras Sungai Yenisei. Gunung-gunung utama termasuklah Nikolayevskaya Sopka, Karaulnaya Gora, and Chornaya Sopka yang merupakan gunung berapi tua.[2]

Hutan di kawasan berdekatan Krasnoyarsk terdiri daripada pokok pain dan birch, dengan pokok aspen menjadi lebih kerap apabila bergerak lebih jauh dari bandar. Pokok fir dan pain Siberia menggantikan pokok-pokok lain di kawasan pergunungan barat dan pokok pain, fir dan aspen boleh ditemui di kawasan selatan bandar.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandar ini ditubuhkan pada 19 Ogos 1628[4] sebagai sebuah kubu sempadan Rusia ketika sekumpulan orang dari Yeniseysk yang diketuai Andrey Debenskoy tiba di kuala sungai-sungai Kacha dan Yenisei. Kubu ini dinamakan sebagai Krasny Yar (Кра́сный Яр) sempena nama kawasan itu, Kyzyl Char ("tebing sungai cerun merah") dalam dialek bahasa Khakas, Yarin.

Sebuah pembangunan pesat berlaku di Krasnoyarsk sejak pembinaan Laluan Siberia (kini jalan M53) pada abad ke-18 yang menghubungkan pekan-pekan berdekatan dengan Krasnoyarsk dan seluruh Rusia.

Selepas Revolusi Rusia 1917, pelbagai kilang dan prasarana telah dibina di Krasnoyarsk seperti Stesen Kuasa Hidroelektrik Krasnoyarsk dan Pelabuhan Krasnoyarsk. Jajahan (Krai) Krasnoyarsk ditubuhkan pada 1934 dan Krasnoyarsk dijadikan sebagai pusat pentadbiran jajahan. Krasnoyarsk merupakan salah satu pusat utama dalam sistem gulag ketika zaman Stalin seperti kemunculan kem buruh Yeniseylag atau Yeniseysky ITL yang berperanan ketika awal Perang Dunia Kedua.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Krasnoyarsk dibahagikan kepada tujuh buah bahagian pentadbiran (raion) seperti di bawah:

  • Kirovsky
  • Leninsky
  • Oktyabrsky
  • Sovetsky
  • Sverdlovsky
  • Tsentralny
  • Zheleznodorozhny

Demografi[sunting | sunting sumber]

Setakat Januari 2019, Krasnoyarsk ialah bandar dengan jumlah penduduk ke-12 terbesar dalam kalangan kumpulan 1,115 bandar di Rusia. Mengikut bancian 2010, penduduk etnik Rusia merangkumi 91.96% populasi Krasnoyarsk dengan etnik utama lain termasuklah etnik Ukraine (1.02%), Tatar (1.01%) dan Azerbaijan (0.75%).

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Sektor-sektor utama ekonomi Krasnoyarsk termasuklah metalurgi bukan ferus, kuasa hidroelektrik, aeroangkasa, kejuruteraan dan industri kimia.[5]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Krasnoyarsk memiliki lebih 30 buah prasarana pengajian tinggi seperti Universiti Persekutuan Siberia serta lebih 200 buah sekolah tinggi. Krasnoyarsk, seperti Novosibirsk, memiliki sebuah daerah khusus iaitu Akademgorodok ("pekan akademik") yang menempatkan beberapa buah institut kajian seperti Institut Biofizik Krasnoyarsk dan Institut Hutan Sokachev.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Stesen kereta api Krasnoyarsk.

Krasnoyarsk merupakan salah satu destinasi utama dalam Laluan Kereta Api Trans-Siberia, dengan stesen Krasnoyarsk-Passazhirsky merupakan stesen utama Krasnoyarsk.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Russian Federal State Statistics Service (2011). "Всероссийская перепись населения 2010 года. Том 1". Всероссийская перепись населения 2010 года [2010 All-Russia Population Census] (dalam bahasa Rusia). Federal State Statistics Service. 
  2. ^ "Атлас достопримечательностей". Krskstate.ru. Diarkibkan daripada asal pada February 3, 2013. Dicapai March 26, 2013.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  3. ^ Окрестности Красноярска (dalam bahasa Rusia). Karta. FSUE Goscenter "Priroda", 2003.
  4. ^ Piagam Krasnoyarsk
  5. ^ Krasnoyarsk. Большая энциклопедия «Терра» (dalam bahasa Rusia). Moscow. 2006. m/s. 79–80. ISBN 5-273-00432-2. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]