Krisis Krimea 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Krisis Krimea 2014
Sebahagian daripada akibat revolusi Ukraine 2014
Location UK-Crimea-RU.PNG
Krimea (hijau tua), bahagian lain Ukraine (hijau muda) dan Rusia (merah muda) di Eropah

██ Krimea & Sevastopol ██ Bahagian lain Ukraine

██ Rusia
Maklumat am
Tarikh 23 Februari 2014–kini
(3 tahun, 10 bulan, 3 minggu dan 4 hari)
Lokasi Krimea, Sevastopol, Oblast Kherson, Ukraine
Punca

 

Kaedah

 

  • Bantahan awam
  • Operasi tentera Rusia tidak bertanda di Krimea[5]
  • Pengerahan askar di Ukraine
Status

Sedang berjalan

Pihak yang bertelagah

 Krimea

Sevastopol
Rusia Militan pro-Rusia[7]
Ukraine Kepresidenan Yanukovych dalam-buangan[16]
 Rusia[8][17]

Kossak Kuban[20][21]


Nochnye Volki[22]

 Ukraine

Majlis Orang Tatar Krimea[25]

Sesetengah pengantara antarabangsa (pemerhati tentera OSCE dan utusan PBB)[26][27][28]
Tokoh dan pemimpin utama
Bilangan

Pembantah

Unit sukarela[32]

  • 5,000 (Sevastopol)
  • 1,700 (Simferopol)

Pembelot Angkatan Tentera Ukraine

  • 6,000 (dakwaan Krimea)[33]

Pembantah

Angkatan Tentera Ukraine

  • Sekitar 5,000 askar[36]
  • Sedang merekrut dan memanggil pasukan simpanan
Korban
Beberapa kecederaan teruk[35]
Beberapa orang awam maut[37][38]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Krisis Krimea (Templat:Lang-ua, Bahasa Rusia: Крымский кризис, Tatar Krimea: Qırım krizisı) ialah satu krisis antarabangsa yang masih berjalan yang melibatkan Rusia dan Ukraine, dan berpusat di Semenanjung Krimea—suatu wilayah yang menempatkan dua subbahagian Ukraine: bandar Sevastopol dan Republik Autonomi Krimea. Republik Autonomi Krimea memiliki autonomi besar dan perlembagaannya sendiri walaupun merupakan sebahagian daripada Ukraine. Wilayah semenanjung ini memiliki sejarah yang panjang dan kompleks dengan penduduknya banyak berubah dalam 200 tahun terakhir. Hari ini, majoriti penduduknya berbahasa Rusia, dengan orang Ukraine dan orang asalnya membentuk hanya sepertiga jumlah penduduk.

Krisis ini terjadi pada Februari 2014, apabila akibat revolusi Ukraine—dan selepas keganasan bersenjata di Kiev—kerajaan kebangsaan Ukraine digulingkan dan digantikan dengan pemimpin parti pembangkang. Ketegangan terus memuncak antara gerakan Euromaidan pro-Europah dan Antimaidan pro-Rusia yang terlibat dalam revolusi tersebut apabila diapikan media.[39][40][41][42] Rusia terlibat apabila anggota Svoboda dijadikan anggota kerajaan Ukraine baharu; suatu tindakan yang dikecam Rusia memandangkan ia menganggap Svoboda sebagai neo-fasis, dan Parlimen Eropah meluluskan satu resolusi terhadap parti tersebut, melabelkannya sebagai "rasis, anti-Semitik dan xenofobik" dan menyeru parti pro-demokratik di Ukraine "tidak terlibat, menyokong atau membentuk campuran dengan parti ini".[43] Beberapa hari kemudian, askar tak bertanda yang mengaku pasukan pertahanan diri tempatan namun disyaki askar Rusia, menawan semenanjung ini.[44][45][46][47][48][49] Campur tangan tentera Rusia ke Krimea menyusul tidak lama selepas itu.[5][50]

Tindak balas Ukraine setakat ini agak perlahan dengan pemimpin baharunya cuba mencari penyelesaian diplomatik dan reaksi ketenteraan terhad kepada kerahan angkatan tentera dan pasukan simpanan Ukraine. Rusia, bagaimanapun, berikrar tenteranya akan kekal sehingga situasi politik kembali normal.[44] Di peringkat antarangsa, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Poland, Kanada, Turki dan Kesatuan Eropa mengutuk Rusia, mendakwanya melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabuli kedaulatan Ukraine.[51][52][53][54][55][56][57][58] Rusia, bagaimanapun, tidak mengiktiraf kerajaan baharu yang dilantik di Ukraine dan mendakwa ia cuma bertindak balas terhadap permintaan yang dibuat oleh Presiden Ukraine yang digulingkan Viktor Yanukovych untuk campur tangan bagi mewujudkan undang-undang dan ketenteraman di wilayah tersebut; dakwaan yang, sekiranya benar, boleh membuatkan campur tangan Rusia sebagai sah di sisi undang-undang mengikut perjanjian 1997.[lower-alpha 2][lower-alpha 3][lower-alpha 4]

Beberapa hari kemudian, pada 6 Mac, parlimen Krimea mengundi meminta penyatuan semula dengan Rusia, yang, sekiranya dipersetujui Rusia, akan diminta pandangan penduduk melalui satu pungutan suara. Parlimen, bagaimanapun, dikelilingi dan di bawah kawalan sekumpulan yang tidak dikenali, dengan sesetengah anggota tidak dibenarkan masuk.[61] Kerajaan baharu Ukraine menyatakan pungutan suara tersebut dan keputusannya tidak sah; membingungkan lagi keadaan kerana parlimen Krimea, sebaliknya, tidak menganggap kerajaan baharu Ukraine sebagai kerajaan sah.[62][63]

Pada 11 Mac, selepas pertelingkahan antara Krimea, Sevastopol, dan kerajaan sementara Ukraine yang baru dilantik, parlimen Krimea dan dewan bandaraya Sevastopol menerima satu resolusi untuk membuahkan hasrat mereka untuk mengisytiharkan kemerdekaan secara unilateral sebagai sebuah bangsa bersatu tunggal dengan kemungkinan menyertai Persekutuan Rusia sebagai anggota persekutuan seandainya direstui oleh para pengundi di pungutan suara akan datang.

Pada 16 Mac, adalah diumumkan secara rasmi bahawa hampir 96% pengundi di Krimea menyokong supaya menyertai Rusia.[64] Menurut pegawai pilihan raya, jumlah kedatangan adalah tertinggi sekali,[65] walaupun ramai orang Tatar dan pembangkang pungutan suara dilaporkan telah memboikot undian itu.[66] Pada 17 Mac, parlimen Krimea secara rasmi mengisytiharkan kemerdekaannya dari Ukraine serta memohon untuk menyertai Persekutuan Rusia.[67] Pada 18 Mac, Presiden Putin menuntut semula Krimea sebagai wilayah Rusia atas dasar moral dan kebendaan, beralaskan prinsip penentuan nasib sendiri dan kepentingan strategik Krimea kepada Rusia.[68]

Parlimen Ukraine menyatakan bahawa pungutan suara itu menyalahi perlembagaan.[69] Rusia bertegas supaya tenteranya kekal di Krimea hingga situasi politik kembali normal sambil mengiktiraf kerajaan Krimea yang baru serta datuk bandar Sevastopol, di samping pungutan suara dan keputusannya.[44] Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah menganggap pungutan suara itu sebagai "tidak sah" serta bertegas bahawa undian Krimea itu akan mendatangkan banyak padah.[70]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Walaupun rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti undi (232 daripada 450) di Verkhovna Rada, Presiden Sementara Oleksandr Turchynov mengumumkan beliau tidak akan menandatanganinya sehingga "ada perundangan wajar baharu yang menggantikannya".[1]
  2. ^ Aljazeera (2014) "Vitaly Churkin, Russia's envoy to the UN, has told an emergency meeting of the Security Council that Viktor Yanukovich, Ukraine's ousted president, requested Russia's armed forces to enter Ukraine and establish law and order."[59]
  3. ^ Dilanian (2014) "CIA director John Brennan told a senior lawmaker Monday that a 1997 treaty between Russia and Ukraine allows up to 25,000 Russia troops in the vital Crimea region, so Russia may not consider its recent troop movements to be an invasion, U.S. officials said."[60]
  4. ^ Mengikut Perlembagaan Ukraine, Presiden Ukraine tidak memiliki kuasa meminta negara asing menceroboh Ukraine. Satu-satunya institusi negara yang boleh berbuat demikian ialah Parlimen Ukraine (Artikel 85, perenggan 24)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

  1. ^ "Ukraine's 2012 Language Law to Stay Until New Bill Ready – Turchynov". RU. RIA Novosti. 3 Mac 2014. Dicapai pada 4 Mac 2014. 
  2. ^ "Ukraine's Crimea: a hotbed of Russia-bound separatism". Euronews. 26 Februari 2014. 
  3. ^ "In Crimea, citizens stand for self defense and Mother Russia". Al Jazeera. 1 Mac 2014. Diarkibkan daripada original pada 2 Mac 2014. 
  4. ^ "Watch Your Tongue: Language Controversy One of Fundamental Conflicts In Ukraine". International Business Times. 3 Mac 2014. Dicapai pada 4 Mac 2014. 
  5. ^ a b "Люди в камуфляжній формі все-таки виявились російськими військовими / People in camouflage uniform turned out to be Russian troopers". Ukrstream.tv. 
  6. ^ "Russia Stages a Coup in Crimea". The Daily Beast. 3 Januari 2014. Dicapai pada 2 Mac 2014. 
  7. ^ a b Gumuchian, Marie-Louise; Smith-Spark, Laura; Formanek, Ingrid (27 Februari 2014). "Gunmen seize government buildings in Ukraine's Crimea, raise Russian flag". CNN. Dicapai pada 27 Februari 2014. 
  8. ^ a b Avakov named seizure of airports in Crimea armed invasion and occupation, Ukrinform, 28 Februari 2014 
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan march6bbc tidak disediakan
  10. ^ "Yanukovych reportedly declares he is Ukraine's president and plans press conference in Russia on Feb. 28". Kyiv Post. 27 Februari 2014. Dicapai pada 27 Februari 2014. 
  11. ^ "Ukraine turmoil" (live updates). RT. 1 Mac 2014. 
  12. ^ Gordts, Eline (26 Februari 2014). "Denis Berezovsky, Ukraine's Navy Chief, Defects To Crimea's Pro-Russian Authorities". Huffington Post. 
  13. ^ "Ukraine's new government is not legitimate – Dmitry Medvedev". The Guardian. 24 Februari 2014. Dicapai pada 2 Mac 2014. 
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan putin_renounced tidak disediakan
  15. ^ Russian Military Forces Come Into Chonhar Village, Kherson Region. Ukrainian News. 8 Mac 2014
  16. ^ I’m still in charge, says Yanukovych from Russian exile | The Times
  17. ^ "Ukraine crisis live: President Barack Obama warns of 'costs' for any violation of Ukraine". The Daily Telegraph. Dicapai pada 1 Mac 2014. 
  18. ^ a b Russia redeploys ships of Baltic and Northern fleets to Sevastopol, violates agreement with Ukraine. Ukrinform. 3 Mac 2014
  19. ^ a b c d "Ukraina: Krimmis on Tšetšeeniast ja Uljanovskist pärit Vene sõdurid" [Ukraine: Askar Rusia dari Chechnya dan Ulyanovsk di Krimea], Postimees, EE, 5 Mac 2014 
  20. ^ "Ukraine Live", The Daily Telegraph, 3 Mac 2014 
  21. ^ "Ukraine Crisis: On Crimea's new border the Russian Army waits". The Daily Telegraph. 3 Mac 2014. Dicapai pada 4 Mac 2014. 
  22. ^ Shuster, Simon (8 Februari 2014). "Ukraine: Russia Ups the Ante in Crimea". Time. 
  23. ^ "Ukraine navy officers reject plea to defect to Russian-backed Crimea", The Guardian, 3 Mac 2014 
  24. ^ "Ukrainian warships blocked from leaving port by Russian ships", The Daily Telegraph, 6 Mac 2014 
  25. ^ "Ukraine Crimea: Rival rallies confront one another". BBC News. 26 Februari 2014. Dicapai pada 1 Mac 2014. 
  26. ^ Uniformed people do not allow OSCE mission to Crimea - MFA. Ukrinform. 6 Mac 2014
  27. ^ OSCE asks to stop media censorship in eastern Ukraine and Crimea. Ukrinform. 4 Mac 2014
  28. ^ Makhnytsky: PGO to react to kidnapping of UN envoy, Ukraine's colonel general. Ukrinform. 6 Mac 2014
  29. ^ "Russian Citizen Elected Sevastopol Mayor Amid Pro-Moscow Protests in Crimea". The Moscow Times. 25 Februari 2014. 
  30. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EN25214 tidak disediakan
  31. ^ "Russian flags flood Crimean capital as thousands back takeover by Russia". The Straits Times. 9 Mac 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  32. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan WPC25214 tidak disediakan
  33. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan defectorsvor tidak disediakan
  34. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan pRoCRU tidak disediakan
  35. ^ a b "Russia puts military on high alert as Crimea protests leave one man dead". The Guardian. 26 Februari 2014. Dicapai pada 27 Februari 2014. 
  36. ^ Ewen MacAskill, defence correspondent (28 Februari 2014). "Ukraine military still a formidable force despite being dwarfed by neighbour". The Guardian. 
  37. ^ "Two die in rallies outside Crimean parliament, says ex-head of Mejlis". Kyiv Post. 26 Februari 2014. Dicapai pada 27 Februari 2014. 
  38. ^ JC Finley (27 Februari 2014). "Unrest in Crimea leaves 2 dead; government buildings seized". United Press International. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  39. ^ Shaun Walker in Sevastopol. "Russian propaganda and Ukrainian rumour fuel anger and hate in Crimea". The Guardian. 
  40. ^ Simon Shuster / Simferopol (1 Mac 2014). "Many Ukrainians Want Russia To Invade". Time. 
  41. ^ Piper, Elizabeth (25 Februari 2014). "Russia evokes World War Two in media blitz on Ukraine". Reuters. 
  42. ^ "Russia state media toe Kremlin line on Ukraine". The Irish Times. 7 Mac 2014. 
  43. ^ Opinion: Rein in Ukraine's neo-fascists - CNN.com 6 Mac 2014
  44. ^ a b c "Ukraine crisis: Russia vows troops will stay". BBC. 3 Mac 2014. Dicapai pada 3 Mac 2014.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "autogenerated2" defined multiple times with different content
  45. ^ Jones, Sam (21 Februari 2014). "US scorns Russia's version of Crimean intervention". Financial Times. 
  46. ^ "Gunmen Seize Government Buildings in Crimea". The New York Times. 27 Februari 2014. Dicapai pada 1 Mac 2014. 
  47. ^ "Armed men seize two airports in Ukraine's Crimea, Yanukovich reappears". Reuters. 1 Mac 2014. 
  48. ^ Putin ready to invade Ukraine; Kiev warns of war, Reuters, 1 Mac 2014 
  49. ^ "Telecom services sabotaged in Ukraine's Crimea region". United Press International. Dicapai pada 28 Februari 2014. 
  50. ^ "Ukraine: Russian troops fire 'warning shots' at Crimea airbase". Telegraph. 4 Mac 2014. 
  51. ^ Waterfield, Bruno (3 Mac 2014). "Ukraine crisis: EU gives Russia 48-hour deadline to return troops to barracks in Crimea". The Telegraph. 
  52. ^ "UK and France pull out of G8 preparatory talks over Ukraine crisis". The Guardian. 2 Mac 2014. Dicapai pada 4 Mac 2014. 
  53. ^ Traynor, Ian; Wintour, Patrick (3 Mac 2014). "Ukraine crisis: Vladimir Putin has lost the plot, says German chancellor". The Guardian. 
  54. ^ Jones, Gavin (2 Mac 2014). "Italy appeals to Russia to negotiate, not invade Ukraine". Reuters. Dicapai pada 4 Mac 2014. 
  55. ^ "Statement by the Prime Minister of Canada on the situation in Ukraine". Perdana Menteri Kanada. 1 Mac 2014. 
  56. ^ "Obama: Russia 'On The Wrong Side Of History' On Ukraine". Huffington Post. 
  57. ^ Turkey says Crimea part of Ukraine - Today's Zaman 27 Februari 2014.
  58. ^ "EU leaders to hold summit on Ukraine on Thursday – Yahoo News". Yahoo! News. 20 April 2011. 
  59. ^ "Russia says Yanukovich asked for intervention". Aljazeera. 4 Mac 2014. Dicapai pada 7 Mac 2014. 
  60. ^ Dilanian, Ken (3 Mac 2014). "CIA reportedly says Russia sees treaty as justifying Ukraine moves". Los Angeles Times. Dicapai pada 6 Mac 2014. 
  61. ^ 'There Was No Quorum': Crimean Lawmaker Calls Vote To Join Russia Flawed 6 Mac 2014.
  62. ^ Ukraine crisis: Crimea parliament asks to join Russia BBC. Dicapai 6 Mac 2014
  63. ^ "The speaker Supreme Council of Crimea still considers Yanukovych as the President" (dalam bahasa Ukraine). Ukrayinska Pravda. 27 Februari 2014. Dicapai pada 9 Mac 2014. 
  64. ^ Crimea Applies to Join Russia VOA News. 17 Mac 2014.
  65. ^ Crimea referendum: Voters 'back Russia union', BBC, 16 Mac 2014
  66. ^ Crimea election chief reports 95% vote to secede, half of ballots counted CBC Diterima pada 16 Mac 2014
  67. ^ Crimean parliament formally applies to join Russia, BBC, 17 Mac 2014
  68. ^ Uriel Abulof, Self-Determination, Redux?, Huffingtonpost, 20 Mac 2014
  69. ^ "Ukraine crisis: Russia isolated in UN Crimea vote". BBC. 15 March 2014. Dicapai pada 15 Mac 2014. 
  70. ^ Obama: US, EU Prepared to Penalize Russia for Crimea Ballot, VOA, 16 Mac 2014

Pautan luar[sunting | sunting sumber]