Kristian Kalsedon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kristian Kalsedon atau Khalkedon (Bahasa Yunani Kuno: Χαλκηδών, khalkedon) ialah cabang-cabang agama Kristian yang menerima dan mengikut keputusan yang dibuat di Majlis Kalsedon, majlis ekumenikal yang keempat, yang diadakan pada tahun 451.[1] Ia menerima Pengakuan Iman Kalsedon, bahawa Yesus Kristus ialah tuhan dan manusia secara serentak, serta dikira sebagai satu orang (prosopon).[2][1] Kristian Kalsedon juga bersetuju dengan Pengakuan Iman Nikaea-Konstantinopel versi Kalsedon, menunjukkan bahawa ia menyokong aliran Kristian Nikaea juga.[1][3]

Fahaman Kristian Kalsedon diterima oleh mazhab Katolik, Ortodoks Timur, dan Protestan, maka ia merangkumi >95% agama Kristian.[4]

Kristologi Kalsedon[sunting | sunting sumber]

Di Majlis Kalsedon, yang hadir bersetuju untuk mempercayai Tritunggal dan Yesus mempunyai dua sifat, dipanggil kesatuan hipostatik. Mereka juga mengecap Arianisme, Modalisme, dan Ebionisme sebagai ajaran sesat, (yang juga telah ditolak pada Majlis Nikaea Pertama pada tahun 325 TM). Mereka juga menentang ajaran Nestorianisme, Eutychianisme, dan Monofisit tentang sifat Yesus (juga ditolak dalam Majlis Efesus Pertama pada tahun 431).

Doktrin Kalsedon mengenai Kesatuan Hipostatik menyatakan bahawa Yesus Kristus mempunyai dua sifat, tuhan dan manusia, memiliki manusia sepenuhnya sementara masih bersifat ilahi sepenuhnya. Ia menjelaskan bahawa Yesus mempunyai sifat manusia dan sifat ketuhanan yang terpisah tetapi tidak bercampur: apabila Yesus menjadi manusia, sifat ilahinya tidak berubah. Walaupun Yesus mempunyai tubuh dan jiwa manusia yang sebenar, dia bukanlah seorang manusia[5][6][7][8] kerana itu bermakna terdapat dua makhluk yang berasingan dalam dirinya, yang akan bertentangan dengan idea bahawa Yesus adalah Tuhan dan manusia dalam satu.

Dalam agama Kristian Rom, segelintir orang mempercayai Kesatuan Hipostatik itu tunggal.[9] Mereka menggunakan teori sifat tunggal seperti Apolinarisme dan Eutychianisme untuk membantu memahami percanggahan dalam fahaman Kristian Kalsedon.

Keluarga mazhab utama Kristian:
Perpecahan (1552)
(abad ke-16)
(abad ke-11)
(Tidak ditunjukkan ialah bukan-Nicene, Antitritunggalisme, dan beberapa mazhab restorasionisme.)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Meyendorff 1989.
  2. ^ Grillmeier 1975.
  3. ^ Kelly 2006.
  4. ^ "Global Christianity: A Report on the Size and Distribution of the World's Christian Population". Pew Research Center. 19 December 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 July 2013. Dicapai pada 17 August 2012.
  5. ^ "Is Jesus a Human Person?". NCR (dalam bahasa Inggeris). 9 December 2016. Dicapai pada 2023-02-05.
  6. ^ "Jesus Is Not a Human Person". Catholic Answers. Dicapai pada 2023-02-05.
  7. ^ "Was Christ a Divine-Human Person? | Reasonable Faith". www.reasonablefaith.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-02-05.
  8. ^ "Person (in theology) | Encyclopedia.com". www.encyclopedia.com. Dicapai pada 2023-02-05.
  9. ^ Olupona, Jacob K. (2014). African Religions: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford University Press. m/s. 90. ISBN 978-0-19-979058-6. OCLC 839396781.

Sumber[sunting | sunting sumber]