Reformasi Protestan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian daripada siri tentang

Agama Kristian mempercayai Yesus sebagai "Kristus" atau "si Penyelamat"

 
Yesus Kristus
Jesus dalam agama Kristian  · Kelahiran dara  · Penyaliban  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Bible
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Gospel  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Suci)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Maryam  · Santo Peter  · Paulus si Hawari  · Paderi Besar  · Awal  · Constantine Agung  · Majlis  · Perpecahan Barat-Timur  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Ekumenisme  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Perlambangan  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

P christianity.svg Portal Kristian

Reformasi Protestan atau Zaman Pembaharuan Eropah adalah pergerakan pembaharuan di Eropah yang bermula pada tahun 1517, tetapi berakar umbi lebih awal daripada itu. Ia bermula dengan Martin Luther dan berkemungkinan ditamatkan dengan Perdamaian Westfalen pada tahun 1648.[1] Pergerakan ini bemula dengan percubaan memperbaharui Gereja Katolik Rom. Kebanyakan penganut-penganut Katholik di barat berasa gusar dengan apa yang mereka pandang sebagai ajaran songsang dan penyelewengan di dalam institusi gereja itu sendiri, terutamanya melibatkan pengajaran dan penjualan indulgence atau pengampunan. Perbalahan utama seterusnya ialah amalan membeli dan menjual kedudukan gereja dan juga pengaruh rasuah di dalam hierarki gereja yang menular hingga ke jawatan Paus.

Pada 31 Oktober 1517, di Saxony (di dalam kawasan yang kini dipanggil Jerman), Martin Luther memakukan 95 Dalil-dalil di pintu Gereja Istana Wittenberg, yang berperanan sebagai papan notis bagi pengumuman-pengumuman berkaitan hal-ehwal universiti.[1] Dalil-dalil ini merupakan hujah bagi perbahasan yang mengkritik institusi gereja dan Paus. Hujah yang paling kontroversi mensasarkan amalan penjualan pengampunan dan dasar gereja berkenaan neraka sementara (Purgatory). Golongan pembaharuan yang lain seperti Ulrich Zwingli dan John Calvin kemudiannya menurut jejak langkah Luther. Amalan dan kepercayaan gereja yang diserang oleh golongan Protestan ini termasuklah konsep neraka sementara, azab kubur, pendewaan Maria, pelantikan dan penyembahan santo, kebanyakan doa pemujaan, amalan pembujangan yang diwajibkan ke atas semua paderi selain kekuasaan Paus.

Mazhab atau denominasi Kristian paling penting yang muncul hasil daripada gerakan pembaharuan ini antaranya ialah mazhab Luteran, Presbiterian dan Anabaptis. Reformasi Protestan ini turut dikenali dengan nama Reformasi Jerman, Revolusi Protestan, Pemberontakan Protestan dan di Jerman sendiri sebagai Reformasi Luther. Proses pembaharuan walau bagaimanapun mempunyai sebab-sebab dan kesan-kesan berbeza di England yang menyaksikan kemunculan Gereja England. Di sana zaman tersebut dikenali sebagai Reformasi Inggeris. Mazhab Protestan selepas itu secara amnya berasal daripada gerakan pembaharuan awal ini. Golongan pembaharuan ini turut mempercepatkan Reformasi Katolik di dalam Gereja Katolik Rom.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Edith Simon (1966). Zaman-zaman Agung Manusia: Pembaharuan (dalam bahasa Inggeris). Time-Life Books. m/s. pp. 120–121. ISBN 0662278208.