Kuasa dunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kuasa dunia merujuk kepada negara yang berkuasa. Selalunya, satu kuasa dunia hanya boleh dikalahkan secara ketenteraan dengan kuasa dunia lain. Kuasa dunia cenderung untuk berkongsi pandangan sejagat berdasarkan keperluan untuk melindungi kepentingan ekonomi, politik dan keselamatan mereka di seluruh dunia.

Selepas Perang Dunia II yang berakhir pada tahun 1945, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyediakan satu forum bagi menyelaraskan tindakan kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Kesatuan Soviet dan China.

Hari ini Republik Rakyat China, United Kingdom, Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Rusia dianggap sebagai kuasa dunia.