Kuda Przewalski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuda Przewalski
Takhi Hustai.jpg
Kuda Przewalski di Taman Negara Khustain Nuruu
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Perissodactyla
Keluarga: Equidae
Genus: Equus
Subgenus: E. (Equus)
Spesies: E. ferus
Subspesies: E. f. przewalskii
Nama trinomial
Equus ferus przewalskii
(L. S. Poliakov, 1881)
Przewalski's Horse area.png
Taburan kuda Przewalski
(diperkenalkan semula)
Sinonim

hagenbecki Matschie, 1903
prjevalskii Ewart, 1903
typicus
Hilzheimer, 1909

Kuda Przewalski (disebut [pĕr-zé-wal-ski]; Bahasa Mongolia: тахь, takhi, Ak Kaba Tuva: [daɣə//daɢə] dagy, sebutan bahasa Poland: /pʂɛˈvalski/; Equus ferus przewalskii) [2] atau kuda Dzungaria, merupakan satu subspesies kuda liar (Equus ferus) yang terancam dan jarang-jarang ditemui, beradal dari kawasan steppe di Asia Tengah, khususnya Mongolia.[3] Pernah sekali pupus di alam liar (di Mongolia, kuda-kuda Przewalski liar yang terakhir telah dilihat pada tahun 1966), ianya dikembalikan kepada habitat asalnya di Mongolia di Taman Negara Khustain Nuruu, Cagar Alam Takhin Tal, dan Khomiin Tal.[1] Kedudukan taksonomiknya masih dibahaskan, malah sesetengah ahli taksonomi menganggap kuda Przewalski sebagai spesies yang berasingan (daripada subspesies) iaitu Equus przewalskii.

Antara nama-nama umum bagi haiwan ekuin ini termasuk kuda liar Asia, kuda liar Przewalski, kuda liar Mongolia, dan takhi. Juga terdapat nama-nama bersejarah yang tidak dipakai lagi, iaitu tarpan sebenar[4] dan tarpan Mongolia. Kuda ini dinamai sempena ahli geografi dan penjelajah berbangsa Rusia, Nikolai Przhevalsky.

Kebanyakan kuda "liar" masa kini, seperti Mustang Amerika atau Brumby Australia, sebenarnya adalah kuda jalang yang keturunan kuda bela jinak yang terlepas lalu menyesuai dengan kehidupan liar. Sebaliknya, kuda Przewalski tidak pernah dijinakkan dan kekal sebagai haiwan liar sejati hingga hari ini. Kida Przewalski adalah satu daripada tiga subspesies Equus ferus yang diketahui pada hari ini, di samping kuda jinak, Equus ferus caballus dan tarpan (Equus ferus ferus) yang sudah pupus. Kuda Przewalski dianggap sebagai satu-satunya kuda liar sejati di alam liar, namun juga terdapat beberapa anggota ekuin liar iaitu tiga spesies kuda belang, pelbagai subspesies keldai liar Afrika, onager (termasuk keldai liar Mongolia), dan kiang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Boyd, L. & King, S. R. B. (2011). "Equus ferus ssp. przewalskii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2011.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai June 24, 2012. 
  2. ^ "The Takhi". International Takhi-Group. Diarkibkan daripada original pada 12 Sep 2012. Dicapai October 25, 2010. 
  3. ^ Templat:MSW3 Perissodactyla
  4. ^ Ridgeway, William (1908). "Environment and race". The Geographical Journal. Royal Geographical Society. 32 (4): 405–412. doi:10.2307/1776930. JSTOR 1776930. , page 407

Pautan luar[sunting | sunting sumber]