Kuil Sri Maha Mariamman, Ipoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kuil Sri Maha Mariamman terletak di Jalan Sungai Pari, Ipoh , Perak.

Kuil ini menjadi tumpuan penganut Hindu dari kalangan kaum India Malaysia untuk sembahyang cara mereka. Semasa perayaan Thaipusam, penganut Hindu menjunjung periuk susu serta kavadi dan berjalan kaki sejauh 10 km melalui Jalan Sungai Pari, Jalan Tun Perak, Jalan Lahat, Jalan Sultan Yusuff, Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Muda Musa menuju ke Kuil Kuil Kallumai Arul Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh, Perak. Mereka turut membawa patung Dewa Murugan. Sempena Thaipusam, susu yang diisi dalam periuk "pal koodam" akan dilimpahkan kepada Dewa Murugan melalui sami kuil. Mereka juga memecahkan kelapa untuk membayar nazar dan menebus dosa. Dewa Murugan merupakan anak bungsu lelaki Dewa Shiva dan Dewi Parvati. Thaipusam adalah hari lahir Dewa Murugan. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1]