Gunung Cheroh
Gunung Cheroh dahulunya adalah sebahagian daripada kampung bersejarah, Kampung Kepayang (Fair Park) terletak di Ipoh, negeri Perak, Malaysia. Ia terkenal dengan kisah lagenda yang mengkisahkan Toh Changkat Piatu yang merupakan anakanda kepada Sultan Perak ke 2, Sultan Mansur Shah I yang bermimpi di tepi Sungai Kinta berdekatan gunung ini yang akhirnya mendapat ilham nama Genta. Setelah mendapat ilham tersebut, Toh Changkat Piatu menggunakan gelaran Kulop Genta. Nama Genta ini lama kelamaan bertukar menjadi Kinta, dan kekal sehingga ke hari ini.[1]
Menurut cerita tetua, pada zaman dahulu terdapat sebuah pelabuhan berhampiran Gunung Cheroh ini yang ditadbir oleh Toh Senongsa Seri Nara Wangsa (Orang Besar Enam Belas) iaitu kapit kepada Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja. Lokasinya yang amat strategik sebagai laluan masuk utama ke Kampung Kepayang, Ipoh melalui aliran Sungai Kinta. Kampung Kepayang pada ketika itu merupakan pusat pemerintahan bagi Kinta. Toh Senongsa Seri Nara Wangsa berperanan menguruskan segala hal dagangan yang melalui laluan ini bagi pihak Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja termasuk kutipan cukai dagangan.[2]
Usaha untuk mengembalikan semula Gunung Cheroh ke dalam kawasan persempadanan Kampung Kepayang kini menjadi salahsatu agenda utama dikalangan pimpinan masyarakat setempat sebagai sebahagian daripada usaha untuk memelihara dan menjenamakan semula nilai-nilai sejarah dan warisan Melayu di dalam Bandaraya Ipoh dan Kinta secara umumnya. Ini penting bagi memastikan kelangsungan sejarah dan warisan Melayu di dalam Bandaraya Ipoh dapat ditambahbaikkan dan dikomersialkan untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang disamping ia berupaya menjadi satu daya tarikan pelancongan.[2]
Tragedi
[sunting | sunting sumber]Gua dari jenis batu kapur ini membentuk corak-corak yang menarik, asyik dan menakjubkan tentang kejadian ciptaan Tuhan. Kebanyakan gua-gua batu kapur di Perak khususnya di Lembah Kinta dimiliki dan dijaga oleh penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina. Mereka berhijrah dari negara China dan bekerja di lombong-lombong bijih timah. Sementara kaum India dibawa oleh peladang British untuk menjadi buruh ladang dan penoreh getah di ladang-ladang getah yang banyak bertaburan di Lembah Kinta seperti Ipoh, Kampar, Batu Gajah, Taiping, Sungai Siput, Tanjung Tualang dan lain-lain.
Di kaki gunung ini terdapat gua-gua yang dijadikan kuil dan tokong. Antaranya ialah Kuil Arulmigu Subramania yang khusus untuk penganut agama Hindu di kalangan masyarakat India Malaysia. Pada 1973 seramai kira-kira 50 orang penduduk di kaki gunung ini terbunuh dan memusnahkan kira-kira 20 buah rumah, apabila sebahagian gunung ini runtuh.[3] Dipercayai terdapat kira-kira 30 mayat masih tertanam sehingga ke hari ini.[4] Biasanya stalaktit yang tergantung di dalam gua atau di luar gua mudah runtuh akibat batu kapur yang larut apabila hujan turun. Tragedi ini adalah antara yang paling tragik yang pernah berlaku di dalam negara kita.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta" (dalam bahasa Inggeris AS). 2021-10-03. Dicapai pada 2026-08-09.
- 1 2 Mohamed Faizal Zainol (2023). Kepayang Kampung Bersejarah - Petempatan Melayu Pertama di dalam Bandaraya Ipoh. ISBN 9789672571940.
- ↑ Rashid, Amirrul Rabbani. "Tragedi runtuhan Gunung Cheroh ibarat igauan ngeri". MG Perak (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2026-08-11.
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link) - 1 2 "Tragedi Hitam Insiden Runtuhan Gunung Cheroh, Ipoh".
{{cite web}}:|first=missing|last=(bantuan)