Lestari (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Lestari)
Lestari
Juga dikenali sebagai
Restu (1984-89)
Berasal dariKlang, Selangor Selangor, Malaysia Malaysia
GenreHeavy metal, glam rock, slow rock, balada
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1984–1998, 2000–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Stings, Kamal Halim, Kamal Bahrin, Lan Laga, Juwie, LY & Baiduri
AhliWan (vokal)
Amir (gitar utama)
Carlos (bes)
Kanang (dram)
Arbond (keyboard)
Bekas ahliKamal (gitar kedua)
Hamzah (gitar)
Ilham (gitar)
Rehan (bes)
John (bes)
Sham (dram)

Lestari merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Klang, Selangor. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock balada Melayu.

Mereka telah menghasilkan lapan album studio dan empat buah album kompilasi. Mereka dikenali kerana mempunyai banyak koleksi lagu-lagu hits antaranya adalah lagu Mahligaimu Dari Air Mataku, Air Mata Saksi Cintaku, Wangian Cintamu, Sekelip Mata Kau Berubah, Airmata Dihari Persandinganmu, Biar Pedih Kasih Terhiris, Terserah Padamu, Tatirana dan banyak lagi.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1984 dengan nama Restu dan diasaskan oleh pemain gitarnya, Kamal. Pada tahun 1989, mereka dijenamakan semula sebagai Lestari, yang bermaksud 'kekal abadi'. Pada tahun 1991, Lestari pada asalnya adalah beraliran heavy metal dan berpenampilan rambut panjang ala glam rock metal. Ketika itu mereka aktif menyertai pelbagai pertandingan muzik yang diadakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bakat dan kemahiran mereka membuatkan mereka berjaya ditawarkan menjadi artis rakaman. Lestari berjaya memasuki pertandingan akhir Pujaan 10-Nescafe anjuran RTM tiga tahun berturut-turut. Ternyata lagu-lagu dendangan Lestari diminati ramai bukan sahaja di tanah air, mahupun di negara-negara jiran seperti Brunei, Indonesia dan Singapura dan menjadikan Lestari antara kumpulan muzik yang amat popular pada era 90an.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Awal penubuhan (Restu 1984-1989)[sunting | sunting sumber]

  • Man Kala / Wan (vokal)
  • Kamal (gitar)
  • Ilham (gitar)
  • Rehan (bass)
  • Kanang (dram)

Album Fieza Khalila (1991)[sunting | sunting sumber]

  • Wan (vokal)
  • Kamal (gitar)
  • Hamzah (gitar)
  • Rehan (bass)
  • Kanang (dram)

1993-1995[sunting | sunting sumber]

  • Wan (vokal)
  • Kamal (gitar)
  • Amir (gitar)
  • John (bass)
  • Kanang (dram)

1996-2000[sunting | sunting sumber]

  • Wan (vokal)
  • Kamal (gitar)
  • Amir (gitar)
  • Carlos (bass)
  • Kanang (dram)

Album Jiwang, Lentoq, Syahdu... (2000)[sunting | sunting sumber]

  • Wan (vokal)
  • Amir (gitar)
  • Kamal (gitar)
  • Carlos (bass)
  • Kanang/Samsul (dram)

Album Dua Jiwa Satu Cinta (2004)[sunting | sunting sumber]

  • Wan (vokal)
  • Amir (gitar)
  • Kamal (gitar)
  • John (bass)
  • Syam (dram)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  1. Fieza Khalila (1991)
  2. Tatirana (1993)
  3. Terima Kasih (1995)
  4. Aku Yang Terpilih (1996)
  5. Satu Hati (1997)
  6. Airmata Saksi Cintaku (1998)
  7. Jiwang, Lentoq, Syahdu... (2000)
  8. Dua Jiwa Satu Cinta (2004)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Koleksi Hits (1997)
  • Koleksi Hits 2 (1998)
  • Best Of Lestari (1999)
  • Koleksi Emas (2002)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]