L'Équipe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

L'Équipe (bahasa Perancis: "Pasukan", disebut: [leˈkip]) adalah sebuah akhbar sukan Perancis yang diterbitkan setiap hari di seluruh negara Perancis milik syarikat Éditions Philippe Amaury. Akhbar ini terkenal dengan liputannya dalam sukan bola sepak, ragbi, sukan permotoran serta perlumbaan basikal.

Ia dahulunya dikenali dengan nama L'Auto (1900–1940) yang merupakan sebuah akhbar sukan umum. L'Auto merupakan pelopor kepada perlumbaan Tour de France yang bermula pada 1903 dengan tujuan melariskan akhbar tersebut; malah jersi kuning yang dipakaikan pemenang perlumbaan tersebut turut diilhamkan daripada warna kertas yang digunakan bagi mencetak L'Auto pada masa itu. Liga Juara-Juara UEFA juga mendapat asalnya daripada ilham salah seorang wartawan akhbar ini bernama Gabriel Hanot.

L'Équipe diterbitkan dalam format lebar sehelai.[1]

Senarai pengarah[sunting | sunting sumber]

  • 1946-1984 : Jacques Goddet
  • 1984-1993 : Jean-Pierre Courcol
  • 1993-2002 : Paul Roussel
  • 2003-2008 : Christophe Chenut
  • 2008-kini : François Morinière

Senarai editor[sunting | sunting sumber]

  • 1946-1954 : Marcel Oger
  • 1954-1970 : Gaston Meyer
  • 1970-1980 : Edouard Seidler
  • 1980-1987 : Robert Parienté
  • 1987-1989 : Henri Garcia
  • 1989-1990 : Noel Couëdel
  • 1990-1992 : Gérard Ernault
  • 1993-2003 : Jérôme Bureau
  • 2003-kini : Claude Droussent dan Michel Dalloni

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adam Smith (15 November 2002). "Europe's Top Papers". campaign. Dicapai pada 7 February 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]