LG Household & Health Care

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
LG Household & Health Care Ltd.
Nama asli주식회사 LG생활건강
Nama rumiJusikhoesa LG (El-Ji) Saenghwalgeongang
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiKSE: 051900
IndustriBarangan pengguna
PendahuluLG Chem
DitubuhkanApril 2001; 23 tahun yang lalu (2001-04)
Ibu pejabatSeoul, Korea Selatan
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingSuk Y. Cha (Naib Pengerusi dan CEO)
KeluaranKosmetik, Barangan Keperluan Rumah, Minuman
HasilKRW 4.677 bilion (2014)[1]
Pendapatan kendalianKRW 511 bilion (2014)[1]
Pendapatan bersihKRW 355 bilion (2014)[1]
Jumlah asetKRW 3.828 bilion (2014)[1]
Jumlah ekuitiKRW 1.709 bilion (2014)[1]
Bilangan kakitangan9.566 (2014)[1]
Syarikat indukLG Corporation
Anak syarikatThe Face Shop
Tapak weblgcare.com/global
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

LG Household & Health Care ialah pengeluar barangan pengguna Korea Selatan yang mengendalikan perniagaan kosmetik, barangan keperluan rumah, dan minuman. Syarikat ini juga merupakan pembotol Coca-Cola di Korea Selatan.

Pembahagian perniagaan[sunting | sunting sumber]

Kosmetik[sunting | sunting sumber]

LG Household & Health Care merupakan pengeluar kosmetik terbesar di Korea Selatan.[2] Jenama kelas atasnya termasuk ‘The History of Whoo’, ‘O Hui’, ‘SU:M37’, dan ‘belif’.[3] Perniagaan kosmetik kelas atas milik syarikat ini berkembang pesat, dengan ‘The History of Whoo’ mencatatkan penjualan terbesar di antara jenama lain yang dijual di kedai-kedai besar di Korea.[4] Jenama kosmetik kelas menengah hingga murah milik syarikat ini termasuk ‘ISA KNOX’, ‘Sooryehan’, ‘BEYOND’, dan ‘THEFACESHOP’, kedai kosmetik terbesar di Korea.[5]

Barangan keperluan rumah[sunting | sunting sumber]

LG Household & Health Care menempati kedudukan pertama di industri barangan keperluan rumah di Korea.[4] Unit perniagaan besar dalam pembahagian ini ialah penjagaan peribadi dan keperluan rumah. Penjagaan peribadi termasuk penjagaan gigi, penjagaan rambut, dan penjagaan badan, sementara keperluan rumah termasuk sabun cuci piring, sabun cuci baju, dan pelembut kain. Jenama besar milik syarikat ini antara lain ‘Perioe’·’Bamboo Salt’ (penjagaan gigi), ‘Elastine’·’Reen’ (perawatan rambut), ‘ON: THE BODY’ (perawatan tubuh), ‘TECH’ (sabun cuci baju), ‘Jayeonpong’ (sabun cuci piring), dan ‘Saffron’ (pelembut kain).[6]

Minuman[sunting | sunting sumber]

Divisi minuman didirikan melalui akuisisi terhadap Coca-Cola Beverage (bekas Coca-Cola Korea Bottling Co., Ltd) pada tahun 2007, dan saat ini merupakan produsen minuman terbesar kedua di Korea.[7] Merek besar yang dikelola oleh divisi ini antara lain ‘Coca-Cola’, ‘Fanta’, ‘Sprite’, ‘Minute Maid’, ‘Sunkist’, ‘Georgia’, dan ‘POWERADE’.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "LG Household & Health Care 2014 Auditor's report". LG Household & Health Care. Dicapai pada 18 November 2014.
  2. ^ Cosmetics vs. creative economy
  3. ^ LG Household & Health Care official site
  4. ^ a b LG H&H reports net sales of 1.3 trillion won, and operating profit of 178 billion won for 1Q 2015
  5. ^ Missha announces domestic downsizing, global expansion
  6. ^ LG Household & Health Care official site
  7. ^ LG Household to Buy Coca-Cola Amatil's Korean Unit (Update3)
  8. ^ LG Household & Health Care official site

Pautan luar[sunting | sunting sumber]