La Amistad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Gambaran kontemporari kapal La Amistad di Culloden Point, Long Island, New York pada 26 Ogos 1839;

La Amistad (Sepanyol: "Persahabatan") merupakan sebuah kapal skuner dibina di Amerika Syarikat tahun 1839, ia berukuran 120 kaki (37 m) milik Ramón Ferrer, seorang warganegara Sepanyol yang tinggal di Cuba.[1] Kapal ini menjadi tempat kejadian satu pemberontakan berlaku pada bulan Julai 1839 oleh tawanan hamba-hamba abdi Mende pimpinan Sengbe Pieh[2] ketika kapal tersebut dalam pelayaran yang membawa mereka daripada Havana ke Puerto Principe (kini Camagüey) di Cuba;[3] kapal ini dikepung luar pantai Long Island oleh USS Washington dikendalikan Perkhidmatan Kapal Pendapatan Amerika Syarikat.

Hamba-hamba abdi ini dibawa masuk perbicaraan Mahkamah Agung Amerika Syarikat pada 1841 atas dakwaan pelanunan dan pembunuhan, tuntutan juga dibuat atas perselisihan atas hak milik kapal. Namun, kes perbicaraan ini dapat dibela disebabkan pengimportan hamba ke dalam Amerika Syarikat telah dilarang sejak tahun 1808[4] sehingga memenangkan kepada mereka lalu kebebasan mereka dijamin.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pendahuluan[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 53 orang bangsa Mende (49 orang dewasa dan 4 orang anak) dibawa dari Lomboko di Sierra Leone menaiki kapal Teçora milik Portugis ke persinggahan Havana di Cuba.[5][6] Hamba-hamba ini kemudiannya diangkut menuju pelabuhan Guanaja pada 28 Jun 1839 untuk dibawa ke ladang tebu Sepanyol Puerto Príncipe.[1] Empayar Sepanyol belum menghapuskan perhambaan di jajahan-jajahan ia pada ketika ini.[7][4]

Pemberontakan hamba[sunting | sunting sumber]

Satu lukisan pada tahun 1840 yang menggambarkan pemberontakan Amistad.

Para hamba yang terkurung di bawah dapat memotong belenggu mereka dengan sebatang kikir.[8] Pada malam hari 1 Julai, hamba-hamba tersebut naik ke tingkat atas kapal berbekalkan senjata parang untuk bersedia menyerang dipimpin Sengbe Pieh.

Mereka segera membunuh nakhoda serta beberapa anak-anak kapal; José Ruiz dan Pedro Montes pemilik kapal ditemui dan diugut agar membawa mereka kembali ke benua Afrika.[1][4][8] Montes yang juga seorang pengemudi dapat meyakinkan mereka akan laluan mereka menuju ke Afrika, tetapi para pemberontak ini sebenarnya ditipu di mana kapal ini dibawa sepanjang pesisiran timur Amerika Utara sebelah malam menuju Long Island di New York.

Pada 21 Ogos 1839, kapal Amistad ditemui 30 batu arah tenggara Sandy Hook. Sebuah kapal pandu (pilot-boat) Blossom menemui Amistad di mana pihak Blossom menghubungi pelabuhan New York mengenai penemuan mereka.[9][10] Seluruh isi kapal Amistad pula ditahan untuk siasatan lanjut oleh pihak pengawal pelabuhan.[1]

Peninggalan[sunting | sunting sumber]

Sebuah kapal replika mirip binaan skuner ini dihasilkan menggunakan bahan moden dengan peralatan dan cara tradisi abad ke-19 dibina para pengukir di Mystic Seaport, Mystic, Connecticut dari 1998 hingga 2000 diberi nama "Freedom Schooner Amistad";[11][12] kapal ini membuat beberapa pelayaran memperingati ulang tahun penghapusan undang-undang perhambaan di United Kingdom ke-200 pada tahun 2007 serta di Amerika Syarikat pada tahun berikutnya.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Adams, John Quincy (1841). Argument. New York: S. W. Benedict. m/s. 13–14. ISBN 9781429710794. Dicapai pada January 15, 2017.
  2. ^ Purdy, Elizabeth. Encyclopedia of African American History, 1619-1895: From the Colonial Period to the Age of Frederick Douglass. Oxford African American Studies Center. m/s. Amistad.
  3. ^ "Teaching With Documents:The Amistad Case". National Archives and Records Administration. Dicapai pada March 14, 2013.
  4. ^ a b c "Unidentified Young Man". World Digital Library. 1839–1840. Dicapai pada 2013-07-28.CS1 maint: date format (link)
  5. ^ Barber, John Warner; Abraham, Arthur. The Amistad revolt: struggle for freedom. Amistad Committee, 1840. Dicapai pada 2013-01-01.
  6. ^ Chambers, W; Chambers, R (1870). Chambers's miscellany of instructive & entertaining tracts. 8.
  7. ^ Lawrance, Benjamin Nicholas (2015). Amistad's Orphans : An Atlantic Story of Children, Slavery, and Smuggling. [S.l.]: Yale University Press. m/s. 130–131. ISBN 9780300198454. Dicapai pada January 15, 2017.
  8. ^ a b Finkenbine, Roy E. (2001). "13 The Symbolism of Slave Mutiny: Black Abolitionist Responses to the Amistad and Creole Incidents". Dalam Hathaway, Jane (penyunting). Rebellion, Repression, Reinvention: Mutiny in Comparative Perspective. Greenwood Publishing Group. m/s. 238. ISBN 978-0-275-97010-9. Dicapai pada August 18, 2012.
  9. ^ "Something like a Pirate". Hartford Courant. Hartford, Connecticut. 27 Aug 1839. m/s. 2. Dicapai pada 15 Jan 2021 – melalui Newspapers.com.
  10. ^ "Reprduced slave ship will house black history exhibit". Hartford Courant. Hartford, Connecticut. 13 Mar 1995. m/s. 9. Dicapai pada 15 Jan 2021 – melalui Newspapers.com.
  11. ^ "Amistad". Coast Guard Vessel Documentation. Silver Spring MD, USA: NOAA Fisheries. Dicapai pada January 14, 2017.
  12. ^ Marder, Alfred L. "About the Freedom Schooner Amistad". New Haven CT, USA: Amistad Committee, Inc. Dicapai pada January 14, 2017.
  13. ^ "Amistad Sails Into Bristol for Slave Trade Commemorations". Culture24. August 30, 2007. Dicapai pada December 7, 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]