Labu manis
Labu manis ialah istilah umum untuk labu musim sejuk bagi spesies dan varieti dalam genus Cucurbita yang berkepentingan budaya dan kulinari,[1][2] namun tiada persetujuan dalam maksud saintifik dan botani.[3] Nama labu manis selalunya hanya disebut "labu" dalam bahasa Melayu, ataupun "waluh" di Indonesia, dan umum dipakai untuk beberapa kultivar Cucurbita argyrosperma, Cucurbita ficifolia, Cucurbita maxima, Cucurbita moschata, dan Cucurbita pepo.[1]
Tempatan dari Amerika Utara (timur laut Mexico dan selatan Amerika Syarikat), labu C. pepo adalah salah satu tumbuhan domestik tertua, yang telah dipakai seawal 7,000 ke 5,500 SM. Hari ini, labu manis daripada aneka spesies ditanam meluas untuk makanan, begitu juga untuk tujuan reaksi dan astetik.[4] Cangkerang tebal labu manis mengandungi isi dan benih yang termakan. Pai labu, contohnya, bahagian tradisi bagi jamuan Kesyukuran di Kanada dan Amerika Syarikat, dan labu manis kerap diukir menjadi tanglung labu untuk hiasan sekitar Halloween, sungguhpun puri labu dan inti pai labu yang ditinkan secara komersial dibuat daripada varieti labu yang berlainan daripada yang dipakai untuk tanglungnya.[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaFerriol
- ^ United States Agricultural Research Service. Crops Research Division (1969). Growing pumpkins and squashes [Rev. June 1969. National Agricultural Library U. S. Department of Agriculture. Washington, U.S. Govt. Print. Off.
- ^ "Horticulture Questions and Answers". Garden Help FAQ. Missouri Botanical Garden.
- ^ Wolford, Ron; Banks, Drusilla (2008). "Pumpkins and More". University of Illinois Extension. Dicapai pada February 19, 2008.
- ^ Hui, Y. H; Ghazala, Sue; Graham, Dee M; Murrell, K.D; Nip, Wai-Kit, penyunting (2003-09-12). "Canned Vegetables: Product Descriptions". Handbook of Vegetable Preservation and Processing (dalam bahasa Inggeris). m/s. 163–191. doi:10.1201/9780203912911. ISBN 9780203912911.