Nicki Minaj

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nicki Minaj
Nicki Minaj pada Oktober 2010
Kelahiran
Onika Tanya Maraj

(1982-12-08) 8 Disember 1982 (umur 41)
Pekerjaan
Tahun aktif2004 - kini
PasanganKenneth Petty
(k. 2019)
Kerjaya muzik
Berasal dariQueens, New York, USA
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman web rasmimypinkfriday.com

Onika Tanya Maraj-Petty (lahir 8 Disember 1982), lebih dikenali sebagai Nicki Minaj merupakan rapper, penyanyi, penulis lagu, pelakon, dan model dari Trinidad dan Tobago.[3] Dilahirkan di Saint James dan dibesarkan di Queens di New York City, beliau mendapat pengiktirafan umum setelah melancarkan mixtape Playtime Is Over (2007), Sucka Free (2008), dan Beam Me Up Scotty (2009).

Selepas mengikat kontrak dengan Young Money Entertainment pada tahun 2009, Nicki Minaj melancarkan album studio pertamanya, Pink Friday (2010), yang berada di nombor satu di US Billboard 200 dan akhirnya menerima pensijilan tiga kali platinum oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).[4] Album studio keduanya, Pink Friday: Roman Reloaded, dikeluarkan pada tahun 2012 dan menduduki nombor satu di beberapa negara. Minaj membuat penampilan sulung filemnya dalam filem animasi 2012 bertajuk Ice Age: Continental Drift. Pada tahun 2013, beliau menjadi juri di musim kedua belas American Idol. Album studio ketiga Nicki Minaj, The Pinkprint, dikeluarkan pada tahun 2014. Beliau memenang watak pembantu dalamfilem berjudul The Other Woman (2014) dan Barbershop: The Next Cut (2016). Album studio keempatnya, Queen, dikeluarkan pada tahun 2018.[5][6]

Di awal kerjayanya, Nicki Minaj dikenali dengan pakaian dan rambut palsu warna-warninya.[7] Rapnya sangat unik dan penggunaan alter ego dan loghat, terutama cockney Inggeris.[8] Nicki Minaj merupakan artis wanita pertama yang masuk didaftar tahunan Hottest MC List oleh MTV. Pada tahun 2016, Minaj masuk dalam senarai tahunan Time 100 orang paling berpengaruh di dunia.[9] Sebagai artis utama, beliau mempunyai empat lagu lima-teratas di Billboard Hot 100: "Super Bass" pada tahun 2011, "Starships" pada tahun 2012, dan "Bang Bang" dan "Anaconda", pada tahun 2014. Beliau ialah wanita mempunyai lagu terbanyak yang masuk di carta lagu Billboard Hot 100 sepanjang sejarah carta lagu ini.[10]

Sepanjang kerjayanya, Nicki Minaj telah menerima beberapa anugerah, termasuk enam Anugerah Muzik Amerika, 11 Anugerah BET, empat Anugerah Muzik Video MTV, empat Anugerah Muzik Billboard, Billboard Women in Music Rising Star Award, dan 10 pencalonan Anugerah Grammy. Minaj telah menjual 20 juta single sebagai artis utama, 60 juta single sebagai artis tampilan, dan lebih dari lima juta album di seluruh dunia, menjadikannya menjadi salah seorang dari artis muzik dengan penjualan terlaris di dunia.[11][12][13]

Awal hayat[sunting | sunting sumber]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Pink Friday (2010)
  • Pink Friday: Roman Reloaded (2012)
  • The Pinkprint (2014)
  • Queen (2018)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haramis, Nick (August 3, 2011). "In the pink: First lady of hip-hop Nicki Minaj is a bewigged global phenomenon". The Independent. Dicapai pada October 5, 2017.
  2. ^ a b c d McIntyre, Hugh (March 10, 2017). "Nicki Minaj Releases 3 New Singles--is an Album Coming Soon?". Forbes. Dicapai pada October 5, 2017. Minaj, who has found success in rap, R&B, pop and even dance
  3. ^ Grigoriadis, Vanessa (October 7, 2015). "The Passion of Nicki Minaj". The New York Times. Dicapai pada June 9, 2020.
  4. ^ UNSUPPORTED OR EMPTY REGION: United States.
  5. ^ "After A Bumpy Start, Nicki Minaj's 'Queen' Has Landed". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-08-11.
  6. ^ Melas, Chloe. "Nicki Minaj drops 'Queen'". CNN. Dicapai pada 2018-08-11.
  7. ^ "One of the most notorious styles Nicki was known for were her rainbow coloured wigs". Capital XTRA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 8, 2018.
  8. ^ "13 Lyrics That Prove Nicki Minaj Is One of the Greatest Rappers of All Time" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 9, 2018.
  9. ^ "The 100 Most Influential People 2016". Time magazine. Dicapai pada April 22, 2016.
  10. ^ "Drake Breaks Hot 100 Records: Most Hits Among Solo Artists & Most Simultaneously Charted Songs". Billboard.
  11. ^ Ofole-Prince, Samantha (July 6, 2013). "Nicki Minaj signs up as spokesperson and investor for Moscato wine". CaribPress. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-18. Dicapai pada August 14, 2016.
  12. ^ "nicki minaj breaks the internet with raunchy paper cover". MTV (UK and Ireland). November 16, 2017. Dicapai pada November 16, 2017.
  13. ^ Katsilometes, John (March 24, 2016). "Nicki Minaj and Ariana Grande set for April 7 at T-Mobile". Las Vegas Sun. Dicapai pada August 14, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]