Laguna Biru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolam-kolam biru hadapan loji kuasa Svartsengi
Rakaman dalam air kolam, 2018

Spa geotermal Laguna Biru (Iceland: Bláa lónið [ˈplauːa ˈlouːnɪθ]) terletak dalam dataran lahar menghadap Gunung Þorbjörn 5 km (3.1 bt) dari Grindavík di Semenanjung Reykjanes barat daya Iceland. Ia terkenal kerana warna airnya yang biru langit kerana kandungan silika[1] yang tinggi membentuk lumpur putih lembut di dasarnya;[2] air yang dilimpahkan ke dalam spa ini hasil sampingan tenaga geoterma dinajakan loji Svartsengi (dibuka tahun 1976) yang mengalirkan air menuju turbinpenjana kuasa elektrik sebelum diserapkan habanya untuk membekalkan air panas kepada kawasan perbandaran berdekatan. Air ini ditukar setiap dua hari.[2]

Ia menjadi tarikan ramai selepas testimoni seorang penghidap psoriasis yang menyatakan dilegakan sakitnya selepas bermandi dalam air itu pada 1981,[3][4] kemudahan permandian dibuka enam tahun kemudian dan syarikat pengendaliannya dibuka tahun 1992.[4]

Geokimia[sunting | sunting sumber]

Nilai pH purata 7.5 dan kadar kemasinan 2.5%[2] oleh itu tidak menampung bakteria dari persekitaran, kulat atau tumbuhan melainkan seberapa jenis alga.[2][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hvernig varð Bláa lónið til?". Vísindavefurinn (dalam bahasa Iceland). 27 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 May 2020. Dicapai pada 18 March 2019.
  2. ^ a b c d Olafsson, J (December 1996). "The Blue Lagoon in Iceland and psoriasis". Clinics in Dermatology (dalam bahasa Inggeris). 14 (6): 647–651. doi:10.1016/S0738-081X(96)00099-5. PMID 8960807.
  3. ^ Valur Margeirsson. "Leiðrétt útgáfa um tilurð Bláa lónsins". Víkurfréttir (dalam bahasa Iceland). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-08. Dicapai pada 2019-03-18.
  4. ^ a b "History of the Blue Lagoon" (PDF) (presentation deck) (dalam bahasa Iceland). Blue Lagoon. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-05-12. Dicapai pada 2019-03-18.
  5. ^ Gross, Daniel (5 April 2008). "Iceland's Energy Lessons". Newsweek. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2010. Dicapai pada 9 April 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]