Lai Chen Heng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lai Cheng Heng)

Tuan Lai Chen Heng (黎正兴) atau lebih dikenali dengan nama korporat Andre Lai merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pada masa yang sama, beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabilitasi Cheras dan AJK Malaysia Crime Prevention Foundation. Di peringkat parti beliau memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju.

Lai menyokong inisiatif agenda reformasi kerajaan perpaduan Malaysia Madani di bawah pentadbiran YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Yang Berusaha Tuan

Lai Chen Heng

YBrs. Tn.
黎正兴
Fail:Lai Chen Heng (Andre Lai)
Lai Chen Heng menerima pingat Ahli Mahkota Wilayah pada tahun 2020
RajaYang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Memegang jawatan
2023
Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Wilayah Persekutuan
Anggota Parlimen
untuk Wangsa Maju
Memegang jawatan
2018
PresidenAnwar Ibrahim
Ketua KEADILAN Cabang Wangsa Maju
Memegang jawatan
2018
Pengerusi, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabilitasi Cheras
Memegang jawatan
2023
AJK, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (Kuala Lumpur)
Memegang jawatan
2023
Butiran peribadi
Lahir21/8/1980
Kuala Lumpur
KerakyatanMalaysia
Parti politik
Tinggi183 cm (6 ka 0 in)
Rakan kongsi
domestik
Poh Siaw Lee
KediamanWangsa Maju
Laman web rasmihttps:\\www.andrelai.com
Nama samaranLAI

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Lai dilahirkan pada 21 Ogos 1980 dan membesar di Ampang, Selangor. Beliau merupakan anak bongsu di antara 4 adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan asas di Ampang; melalui SK Ampang Campuran dan SMK Taman Kosas. Selepas SPM, beliau mendapat Sijil Diploma dalam Kejuruteraan Komputer daripada Informatics dan Diploma Lanjut dalam Sains Komputer dari FTMS De Monfront University pada tempoh 1998 – 2001.

Kerjaya & Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang peranti sistem teknologi maklumat. Pada umur yang muda, beliau telah memperolehi sijil professional dalam teknologi Microsoft seperti MCSE (Microsoft Certified System Engineer), MCP (Microsoft Certified Profesisonal), MCDBA (Microsoft Certified Database Administrator) dan banyak lagi.

Beliau berkhidmat sebagai jurulatih bertauliah dan melatih jurutera teknologi maklumat di Malaysia dan China. Setelah berkahwin, beliau mula menjalankan perniagaan sendiri sehingga sekarang. Kini, beliau memiliki firma CPRO & Associates Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mensasarkan perniagaan pengedaran produk kopi (coffee beans) dan mesin espresso JURA.

Kerjaya Politik & Aktiviti Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Lai merupakan penggerak aktif dalam aktiviti persatuan dan politik sebagai ahli Parti KEADILAN Rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lai pernah menyandang jawatan Setiausaha di JKKK Kg Kenangan 18, Daerah Hulu Langat dalam tempoh 3 tahun dari 2015 - 2017. Dalam aktiviti-aktiviti kebajikan, Lai aktif bergiat dalam persatuan-persatuan setempat, di mana kebanyakan beliau menyandang jawatan penaung.

Pada tahun 2015, Lai dilantik sebagai Ahli Jawantankuasa Cabang dan seterusnya dinaik pangkat menjadi Setiausaha Pengelola (Organizing Secretary) untuk KEADILAN Cabang Petaling Jaya Utara (kini Damansara) bawah naungan YB Elizabeth Wong Keat Ping (ADUN Bukit Lanjan). Lai kemudiannya memenangi jawatan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju dan dilantik sebagai Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan semenjak 2018.

Di peringkat Parlimen pula, Lai diberi mandat untuk berkhidmat dalam Majlis Perwakilan Penduduk Wangsa (MPP) Maju, sebagai Timbalan Pengerusi MPP dan juga Pengerusi MPP WP Subzon 4 sehingga Mac 2020. Tahun yang sama juga melihat Lai memegang jawatan Pengerusi Komuniti HARAPAN Malaysia (KHM) Setapak, yang terletak di bawah naungan Jabatan Penerangan Malaysia.

Selain daripada jawatan-jawatan penting dalam Parti KEADILAN Rakyat, Lai merupakan perintis dalam pergerakan politik Kempen BEBAS Anwar pada tahun 2016, sebagai penyelia kempen dalam pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia

Dalam tempoh PRU 14, Lai ditugaskan di Wangsa Maju pada tahun 2017 sebagai penyelia kempen kepada calon Parti KEADILAN Rakyat, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew untuk Parlimen P116 Wangsa Maju dan dilantik sebagai Pegawai Khas beliau selepas pilihanraya umum. Lai mula bergiat aktif dalam isu kemasyarakatan setempat dengan hubungan yang baik dengan agensi-agensi kerajaan seperti DBKL dan PDRM. Tempoh PRU15 melihat Lai menjadi Pengarah Pilihanraya PRU 15 sehingga Oktober 2022. Selain daripada itu, Lai juga menyelia kempen-kempen pilihanraya di PRN Melaka 2021 dan PRN Johor 2022. Beliau masih duduk di atas pimpinan Pakatan HARAPAN Wilayah Persekutuan sebagai Ahli Jawatankuasa (Central Executive Committee).

Politik di Wangsa Maju[sunting | sunting sumber]

Pemilihan 2018 melihat Lai mula memimpin cabang KEADILAN Wangsa Maju apabila beliau bertanding dan memenangi jawatan Ketua Cabang dengan majoriti yang selesa mengatasi mantan Ahli Parlimen Dr Tan Kee Kwong. Beliau terus dilantik dalam Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan sebagai Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan. Beliau mengulangi kemenangan pada Pemilihan 2022 dan terus menjawat jawatan sama dalam MPN Wilayah Persekutuan.

Jawatan Sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2023, Lai telah dilantik menjadi Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan berkhidmad untuk YBhg. Datuk Sr Hj. Kamarulzaman Bin Mat Salleh. Datuk Bandar Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, Lai turut dilantik sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat di Hospital Rehabilitasi Cheras dan Ahli Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk Kuala Lumpur.

Pendedahan di Media[sunting | sunting sumber]

Sehingga Februari 2024, dianggarkan beliau telah terlibat dalam 500 program di sekitar Lembah Kelang dan lebih daripada 400 berita berkenaan kerja akar umbi Lai telah disiarkan di media masa arus perdana. Beliau juga giat aktif memaparkan isu masyarakat setempat serta menjadi penyumbang utama dalam portal berita Harapan Madani dan Suara KEADILAN.

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Februari 2020, Lai dianugerahkan dengan pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan, atas jasa beliau dalam Wilayah Persekutuan.