Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
ديوان بندراي کوالا لومڤور
DBKL
Lambang atau logo
Jenis
Jenis Kerajaan tempatan
Kepimpinan
Datuk Bandar Kuala Lumpur Ahmad Phesal Talib
Struktur
Kuala Lumpur Malaysia Dewan-Bandaraya-Kuala-Lumpur-01.jpg
Tempat persidangan
Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut
Laman sesawang
www.dbkl.gov.my

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah satu-satunya pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Agensi ini adalah di bawah Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia. DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Kuasa eksekutif datangnya dari datuk bandar di dalam dewan bandaraya, yang mana ia dilantik setiap tiga tahun oleh Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia semenjak pilihan raya perbandaran digantung dalam tahun 1970.

Senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Untuk maklumat lanjut sila ke Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Sejak tahun 1972, Kuala Lumpur telah dipimpin oleh 9 orang Datuk Bandar. Jawatan Datuk Bandar diwujudkan bagi menggantikan jawatan Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota selepas ibu kota Malaysia itu menerima penaiktarafan menjadi bandar raya. Datuk Bandar terkini Bandaraya Kuala Lumpur ialah Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz. Berikut ialah senarai Datuk Bandar Kuala Lumpur:

# Datuk Bandar Tahun Menjawat
1. Tan Sri Dato' Lokman bin Yusof 1972 - 1973
2. Tan Sri Yaacob Latiff 1973 - 1983
3. Tan Sri Dato' Elyas Omar 1983 - 1992
4. Dato' Dr. Mazlan Ahmad 1992 - 1995
5. Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff 1995 - 2001
6. Dato' Mohmad Shaid Mohd Taufek 2001 - 2004
7. Dato' Ruslin Hasan 2004 - 2006
8. Dato' Abdul Hakim Borhan 2006 - 2008
9. Dato' Seri Ahmad Fuad Ismail 2008 - 2012
10. Dato' Ahmad Phesal Talib 2012 - 2015
11. Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz 2015 - kini

Sejarah[sunting | sunting sumber]

DBKL ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang juga Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota pada masa itu.

Senarai jabatan, unit dan pejabat cawangan DBKL[sunting | sunting sumber]

  • Jabatan Kewangan
  • Jabatan Undang-Undang & Pendakwaan
  • Jabatan Perancangan Fizikal
  • Jabatan Pemudahcara Perniagaan & Pengurusan Penjaja
  • Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
  • Jabatan Pelaksanaan Projek & Penyelenggaraan Perumahan Awam
  • Jabatan Perancang Bandar
  • Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
  • Jabatan Kejuruteraan Awam & Saliran
  • Jabatan Pengangkutan Bandar
  • Jabatan Penguatkuasaan
  • Jabatan Reka Bentuk Bandar & Bangunan
  • Jabatan Pengurusan Perumahan & Pembangunan Komuniti
  • Jabatan Pengurusan Maklumat
  • Jabatan Perancangan Infrastruktur
  • Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar
  • Jabatan Pentadbiran
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Elektrikal
  • Jabatan Perancangan Ekonomi & Penyelarasan Pembangunan
  • Jabatan Landskap & Rekreasi
  • Jabatan Ukur Bahan
  • Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Sukan
  • Jabatan Perancangan Korporat
  • Jabatan Audit Dalam
  • Perpustakaan Kuala Lumpur
  • Unit Penyenggaran Bangunan
  • Unit Berkuda
  • Pustaka Peringatan Kuala Lumpur
  • Panggung Bandaraya
  • Mahkamah Bandaraya
  • Pusat Latihan DBKL, Bandar Tun Razak
  • Rumah Rehat DBKL, Port Dickson dan Bukit Fraser
  • Pejabat Cawangan

Senarai pejabat cawangan DBKL[sunting | sunting sumber]

Zon pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Zon Kawasan Peta
Damansara Taman Tun Dr Ismail, Bangsar, Bukit Damansara, Bukit Kiara, Pusat Bandar Damansara, Kerinchi, Bangsar South, Segambut, Mont Kiara, Sri Hartamas, Segambut, Sentul
Klang Lama Seputeh, Pantai Baharu, Kuchai Lama, Taman OUG, Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Sri Petaling, Bukit Jalil, Sungai Besi
Kepong Kepong, Jinjang
Pusat Bandar Kuala Lumpur
Setiawangsa Ampang, Setiawangsa
Cheras Maluri, Miharja, Bandar Tun Razak, Bandar Tun Razak, Bandar Sri Pemaisuri

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]