Laksamana Madya (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laksamana Madya
Vice Admiral

Bendera Laksamana Madya


Insignia kolar pakaian khidmat khaki Laksamana Madya.

Bintang kolar, jalur lengan dan bintang epaulet Laksamana.

Negara
Amerika Syarikat
Cabang perkhidmatan Tentera Laut A.S.
Pengawal Pantai A.S.
Kor Tauliah USPHS
Kor Pegawai NOAA
Singkatan VADM
Kumpulan pangkat Pegawai berbendera
Pangkat Tiga bintang
Diperkenalkan 1864
Kod
NATO
OF-8
Pangkat tinggi seterusnya Laksamana
Pangkat rendah seterusnya Laksamana Muda
Persamaan pangkat Leftenan Jeneral (Perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat)

Laksamana Madya (Vice admiral) ialah pegawai tauliah berpangkat tiga bintang dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika Syarikat dan Kor Pegawai Tauliah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional dengan gred gaji O-9. Pangkat laksamana madya lebih kanan dari laksamana muda dan lebih rendah dari laksamana. Laksamana madya setaraf dengan pangkat leftenan jeneral dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat yang lain.

Had statutori[sunting | sunting sumber]

Kanun Amerika Syarikat mengehadkan sejumlah bilangan laksamana madya yang mungkin bertugas aktif pada bila-bila masa.

Tentera Laut U.S.[sunting | sunting sumber]

Sejumlah bilangan pegawai berbendera yang bertugas aktif dihadkan kepada 162 orang untuk Tentera Laut AS.[1] Bagi Tentera Laut, tidak lebih daripada 20% pegawai berbendera yang bertugas aktif mempunyai lebih daripada dua bintang.[2][3][4] Beberapa slot ini dikhaskan oleh statut. Pegawai yang berkhidmat dalam jawatan Pengarah Agensi Pertahanan tertentu seperti Pengarah Defense Logistics Agency (DLA), adalah dari kalangan pegawai tentera laut iaitu vice admiral. Superintenden Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat biasanya berpangkat vice admiral. Presiden juga boleh menambah vice admiral untuk Tentera Laut jika mereka diimbangi dengan mengeluarkan bilangan setara pegawai tiga bintang daripada perkhidmatan lain.[2] Akhirnya, semua had statutori boleh diketepikan atas budi bicara Presiden semasa perang atau semasa darurat.[5]

Pengawal Pantai U.S.[sunting | sunting sumber]

Menurut statut, tidak lebih daripada lima jawatan vice admiral dibenarkan wujud dalam Pengawal Pantai[6] dan, jika terdapat lima orang, satu orang mesti menjadi ketua staf Pengawal Pantai.[6]

Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam U.S.[sunting | sunting sumber]

Menurut statut, satu-satunya pegawai Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam AS yang memegang pangkat vice admiral ialah pegawai yang berkhidmat sebagai Pakar Bedah Am Amerika Syarikat.[7]

Kor NOAA[sunting | sunting sumber]

Walaupun pangkat vice admiral wujud dalam Kor NOAA, penggunaannya jarang berlaku. Hanya dua pegawai Kor NOAA atau organisasi pengasasnya pernah mencapai pangkat vice admiral.[8]

Gallery[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 10 U.S.C. § 526
  2. ^ a b 10 U.S.C. § 525
  3. ^ [1] Pub.L. 110-181: National Defense Authorization Act for Fiscal Year 2008
  4. ^ [2] Pub.L. 110-181: National Defense Authorization Act for Fiscal Year 2008 full text
  5. ^ 10 U.S.C. § 527
  6. ^ a b 14 U.S.C. § 305 – Vice admirals.
  7. ^ 42 U.S.C. § 207 – Grades, ranks, and titles of commissioned corps.
  8. ^ Adams, Amilynn E. (2016-12-09). "NOAA Corps Commissioned Personnel Center". NOAA Commissioned Personnel Center Cyberflash (dalam bahasa Inggeris). U.S. Department of Commerce. Dicapai pada 2021-03-22.