General of the Armies
Jeneral Angkatan Tentera Amerika Syarikat General of the Armies of the United States | ||
| ||
Negara | Amerika Syarikat | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Darat A.S. | |
Kumpulan pangkat | Pegawai jeneral | |
Pangkat | Enam bintang | |
Diperkenalkan | 3 September 1919 | |
Pangkat tinggi seterusnya | Tiada | |
Pangkat rendah seterusnya | General of the Army | |
Persamaan pangkat | Admiral of the Navy |
Jeneral Angkatan Tentera Amerika Syarikat (General of the Armies of the United States), atau kebiasaannya dirujuk sebagai General of the Armies (Ketua Jeneral), ialah pangkat tentera tertinggi di Amerika Syarikat. Pangkat ini telah dianugerahkan sebanyak tiga kali: kepada John J. Pershing pada tahun 1919, sebagai pengiktirafan peribadi kerana memimpin Angkatan Ekspedisi Amerika semasa Perang Dunia I; kepada George Washington pada tahun 1976, sebagai penghormatan anumerta semasa sambutan Ulang tahun ke-200 Amerika Syarikat; dan secara anumerta kepada Ulysses S. Grant pada tahun 2024.
Gred ini kadangkala diterangkan sebagai jeneral enam bintang, lebih tinggi daripada gred lima bintang General of the Army, namun tiada lencana enam bintang pernah dicipta secara rasmi dan Pershing, satu-satunya orang yang menjadi General of the Armies semasa hidupnya, tidak pernah memakai lebih daripada empat bintang.[1] Sama ada gred Pershing patut berada di pangkat empat, lima, atau enam bintang telah menjadi subjek perdebatan sejak gred lima bintang diwujudkan pada tahun 1944.[2] Bagi menjadikan Washington sebagai pegawai tentera paling tinggi pada tahun 1976, Kongres menjelaskan bahawa gred baru General of the Armies berada di atas semua gred jeneral, sama ada zaman dahulu atau sekarang,[3] manakala undang-undang meluluskan kenaikkan pangkat Grant yang menjadikan pangkatnya setara dengan pangkat Pershing.
Pangkat General of the Armies menikmati beberapa keistimewaan yang tidak diberikan kepada jeneral lain, termasuk gaji yang jauh lebih tinggi dan hak untuk bersara dengan gaji dan elaun penuh. Walaupun dalam persaraan, Pershing—satu-satunya orang yang masih hidup dengan pangkat itu—adalah pegawai kedua dengan gaji tertinggi dalam kerajaan persekutuan, hanya selepas Presiden Amerika Syarikat.[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Hanya seorang yang dilantik ke General of the Armies sewaktu hidup, dan dua lagi selepas kematian:
- John J. Pershing pada 3 September 1919 bagi menghormati jasa baktinya dalam Perang Dunia I
- George Washington (secara anumerta) pada tahun 1976, sebagai sebahagian daripada perayaan ulang tahun ke-200 Amerika, untuk memperingati kepimpinan dan penglibatan beliau dalam penubuhan Amerika Syarikat, telah dilantik "ke gred Ketua Jeneral Amerika Syarikat" pada 4 Julai 1976.
- Ulysses S. Grant (secara anumerta) pada tahun 2024, selepas undang-undang yang ditandatangani oleh Presiden Joe Biden, Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin melulus dan mengeluarkan satu memorandum kepada Setiausaha Tentera Darat untuk menaikkan Grant ke pangkat General of the Armies pada 19 April 2024.[5]
Douglas MacArthur telah dicadangkan untuk pangkat ini, iaitu semasa dan selepas Perang Dunia II, tetapi satu arahan rasmi pelantikan "ke jawatan Ketua Jeneral Amerika Syarikat" tidak pernah dikeluarkan.
Pelantikan ini lebih atas dari Jeneral Angkatan Darat, Jeneral Angkatan Udara dan Laksamana Armada tetapi setara dengan Admiral of the Navy, dan dalam hal ini menandakan Pershing berkhidmat secara langsung di bawah Presiden.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The Origin of the Ranks and Rank Insignia Now Used by the United States Armed Forces Diarkibkan 2007-12-28 di Wayback Machine
- Abandoned proposal for six-star rank in Second World War Diarkibkan 2012-07-17 di Wayback Machine
- General of the Armies of the United States and General of the Army of the United States
- ^ Oliver, Raymond (August 1983). Why is the Colonel Called "Kernal"?. Air Force Historical Support Division. McClellan Air Force Base, California: Office of History, Sacramento Air Logistics Center. m/s. 20. Diarkibkan daripada yang asal pada August 8, 2022. Dicapai pada January 2, 2021.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaHJRes519
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaPL_94-479
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaPost-Gazette_1931-03-23
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0