Laku musnah
Laku musnah (Jawi: لاكو موسنه ) ataupun Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang yang telah membinasakan harta benda awam dan juga harta benda milik orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, Vandal, yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445 masehi.
Pada lazimnya, laku musnah dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak berpuas hati terhadap kondisi masyarakat.
Laku musnah sebagai Ritual
[sunting | sunting sumber]Semasa suatu masyarakat sedang mengalami revolusi, ataupun sedang mengalami transisi kuasa secara keras, golongan yang mencabar autoriti lama mungkin akan membinasakan sebarang harta benda yang dianggap sebagai simbol rejim lama, seperti tugu. Perbuatan mereka itu adalah untuk menyampaikan suatu mesej "mencabar". Dalam keadaan pengalihan kuasa telah berjaya, pemusnahan harta benda yang dianggap simbol rejim lama akan dilakukan untuk menandai tamatnya rejim lama.
Vandalisme yang paling besar dalam sejarah dekat adalah vandalisme yang dilaksanakan dalam kempen "Empat Barang Lama" (Hanzi: 破四旧 ; dibaca: Po Si Jiu) semasa Revolusi Kebudayaan di Republik Rakyat China. Dalam kempen ini, para pengganas telah memusnahkan bangunan bersejarah, harta benda artifak dengan alasan benda-benda ini menandai feudalisme lama. Di negara Malaysia, vandalisme secara ritual juga pernah dilakukan oleh Parti Komunis Malaya, apabila mereka telah membinasakan tugu negara.
Laku musnah sebagai Jenayah
[sunting | sunting sumber]Jenayah laku musnah biasanya merujuk kepada perbuatan merosakan harta benda awam seperti papan tanda, kerusi awam, perhentian bus, telefon awam dan juga tandas awam. Kelakuan ini biasanya diasiosiasikan remaja yang terlibat dalam budaya lepak.
Motif untuk vandalisime adalah terletak pada aspek emosi. Vandalisme biasanya dianggap sebagai satu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka adalah begitu ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi nafsu mereka yang hina.
Laku musnah di Wikipedia
[sunting | sunting sumber]Vandalisme di Wikipedia adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang tindakan menconteng, mengubah, ataupun memadamkan isi kandungan dalam Wikipedia, dengan niat membinasakan Wikipedia dianggap sebagai vandalisme. Tindakan terkutuk ini adalah hinaan terhadap sahsiah diri pelakunya.
Kita boleh lihat kesan yang mendalam jika di biarkan oleh itu, banyak guru sekolah, pensyarah tidak membenarkan merujuk kepada wikipedia kerana khuatiri maklumat yang diperolehi tidak tepat apa yang sebenarnya.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- Teks Ucapan Menteri mengenai Vandalisme Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine