Empat Barang Lama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Empat Barang Lama (Cina ringkas: 四旧Cina tradisional: 四舊pinyin: sì jiù) adalah istilah yang digunakan pada Revolusi Kebudayaan yang berlaku di Republik Rakyat China dari tahun 1966—1976 untuk merujuk kepada unsur-unsur kebudayaan dan pemikiran Cina yang dianggap perlu dihapuskan sebagai usaha memajukan China, empat elemen disebut adalah Adat, Budaya, Tabiat, dan Fahaman Lama.[1] kempen untuk menghancurkan "Barang Lama" bermula di Beijing pada 19 Ogos 1966, tidak lama selepas pelancaran Revolusi Kebudayaan.[2]

Fahaman bahawa budaya Cina dipertanggungjawabkan atas kemunduran ekonomi China ada duluannya dalam Gerakan Baihua (1919), serta juga didorong penjajah Jepun ketika pendudukan mereka di negara tersebut.[3]

Kegiatan[sunting | sunting sumber]

Nama-nama kedai dan jalan di bandar terlebih dahulu kepada nama baru yang membangkitkan unsur revolusi dan komunisme, nama yang meraikan pemerintah Kuomintang yang terdahulu terutamanya disingkirkan. Perkara yang sama turut dilakukan pada nama orang yang ditukarkan kepada ungkapan dan slogan revolusi.[4] Ucapan serta penghinaan awam terhadap cendekiawan [5] yang begitu kuat mempertahankan "barang-barang lama" ini[6] turut ada secara berleluasa.

Seni bina, seni lukisan serta manuskrip sastera tradisi Cina turut dimusnahkan para anggota Pengawal Merah pada tahun-tahun terakhir Revolusi Budaya.[4] Rumah-rumah golongan bangsawan atau borjuis turut dipecah masuk serta dihapuskan isinya kerana tanggapan ia sebahagian daripada "Barang-Barang Lama".[7]

Pembongkaran dan pemulihan[sunting | sunting sumber]

Tiada statistik rasmi yang menilai kerugian sebenar hasil Revolusi Kebudayaan pernah dihasilkan oleh Parti Komunis yang memerintah China. Banyak cerita kematian dan kehancuran yang disebabkan oleh Revolusi Budaya tertiris keluar dari China seawal tahun 1978 dan menjadi terkenal di seluruh dunia.[8]

Pemulihan besar-besaran mula dibuat ke atas kerosakan yang dilakukan pada artifak dan tempat bersejarah sejak tahun 1990-an sehinggalah ke hari ini, yang secara kebetulannya datang bersama kembalinya minat masyarakat China kepada peninggalan sejarah mereka tersebut. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Spence, Jonathan. The Search for Modern China. 2nd ed. New York: W.W. Norton & Co., 1999. p575
  2. ^ Law, Kam-yee. [2003] (2003). The Chinese Cultural Revolution Reconsidered: beyond purge and Holocaust. ISBN 0-333-73835-7
  3. ^ Gao, Mobo (2008). The Battle for China's Past: Mao and the Cultural Revolution. Pluto Press. m/s. 21–22. 
  4. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Lu tidak disediakan
  5. ^ Wen, Chihua. Madsen, Richard P. [1995] (1995). The Red Mirror: Children of China's Cultural Revolution. Westview Press. ISBN 0-8133-2488-2
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Li tidak disediakan
  7. ^ Kort, Michael G. (1994). China Under Communism. Brookfield, MN: Millsbrook Press. m/s. 123. 
  8. ^ Roberts, Richard H. [1995] (1995). Religion and the Transformations of Capitalism. Routledge publishing. ISBN 0-415-11917-0