Lalisa Manoban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lalisa Manoban
ลลิษา มโนบาล
Blackpink Lisa 190621 2.png
Kelahiran
Pranpriya Manoban

(1997-03-27) 27 Mac 1997 (umur 24)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Model
  • Penari
Kerjaya muzik
GenreK-pop
InstrumenVokal
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakaman
YG Entertainment Interscope Records
Pengkarya berkait

Lalisa Manoban[1]/Pranpriya Manoban (Thai: ลลิษา มโนบาล atau ปราณปริยา มโนบาล) (lahir 27 Mac 1997),[2][3] yang lebih dikenali sebagai Lisa, ialah seorang penyanyi, penari dan rapper Thailand yang berpangkalan di Korea Selatan. Beliau terkenal sebagai ahli kumpulan wanita Korea Selatan BLACKPINK.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Pranpriya Manoban lahir pada 27 Mac 1997, di Buriram, Thailand. Beliau kemudiannya telah mengubah nama secara rasmi kepada Lalisa. Beliau merupakan anak tunggal kepada ibunya warga Thailand dan ayah tirinya yang berasal daripada Switzerland. Lisa telah menamatkan pembelajaran menengah di Sekolah Praphamontree 1 dan 2. Sejak kecil lagi, Lisa mempunyai minat yang mendalam terhadap industri muzik di Korea Selatan dan mempunyai idol seperti BIG BANG dan 2NE1, yang menyebabkan beliau ingin menjadi ahli kumpulan Kpop wanita.

Pada awal tahun 2009, Lisa telah memasuki pertandingan menyanyi sebagai wakil sekolah untuk pertandingan "Top 3 Good Morals of Thailand" anjuran The Moral Promotion Center dan mendapat tempat kedua. Beliau juga telah menyertai banyak pertandingan menari seperti 'To Be Number One' di Thailand. Setelah itu, Lisa telah menyertai kumpulan tarian We Zaa Cool yang mempunyai 11 orang ahli termasuk BamBam daripada kumpulan Kpop Got7. Pada bulan september 2009, We Zaa Cool telah menyertai pertandingan 'LG Entertainment Million Dream Sanan World broadcast' dan telah memenangi anugerah 'Special Team'

Pada tahun 2010, Lisa telah menyertai pertandingan ujibakat oleh YG Entertainment di Thailand. Beliau merupakan satu-satunya individu yang berjaya melepasi ujian saringan daripada 4000 peserta. Lisa kemudiannya telah menyertai label itu sebagai trainee pertama yang berasal daripada Thailand pada 11 April 2011. Pada bulan Mac, 2015 Lisa telah mendapat gig pertama sebagai model kepada Nona9on yang merupakan pakaian berjenama untuk pakaian jalanan dan menjadi duta kepada alat kosmetik Moonshot pada tahun 2016.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2016–kini: Blackpink, Real Man 300 dan Lilifilm Official[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Ogos 2016, Lisa telah melakukan kemunculan sulungnya sebagai salah satu ahli dari 4 orang ahlid Kumpulan Kpop Korea Selatan BLACKPINK. Beliau merupakan satu-satunya artis bukan korea di bawah syarikat YG Entertainment. BLACKPINK telah mengeluarkan abum pertama mereka Square One dengan single lagu 'Boombayah dan Whistle' yang telah memperoleh Perfect All Kill dan menjuarai carta muzik di Korea Selatan setelah debut. Setakat ini , BLACKPINK telah mengeluarkan album studio bahasa JEPUN, BLACKPINK In Your Area (Live album) dan dua album mini iaitu Square Up dan Kill This Love.

Lisa juga telah menyertai program MBC military variety program REAL MAN 300 sebagai ahli sementara di mana beliau telah menjadi sebahagian daripada Tentera Korea pada bulan September 2018. Rancangan televisyen itu merupakan rancangan pertama solo beliau setelah debut. Kemunculan beliau telah mendapat anugerah 'Character Of The Year' daripada Anugerah MBC Entertainment. Pada bulan November, 2018 Lisa telah membuat chanel Youtube nya yang dikenali sebagai LiliFilm Official. Setakat bulan Mac 2020, beliau telah mempunyai lebih kurang 2.3 Juta pelanggan dan menerima Plak Butang Emas. Pada bulan oktober 2019, Lisa telah diumumkan akan menyertai program survival dikenali sebagai Youth With You: Idol Producer sebagai mentor tarian.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lisa merupakan seorang yang multilingual. Beliau fasih dalam berbahasa Thailand, bahasa Korea, bahasa Inggeris dan mengetahui asas bahasa Jepun dan bahasa Mandarin.

Peranan lain[sunting | sunting sumber]

Duta[sunting | sunting sumber]

Lisa merupakan model alat kosmetik jenama Moonshot di Korea Selatan dan telah menjadi duta produk tersebut di China pada 21 Mac 2018. Pada 25 Julai 2019, Lisa telah menjadi duta untuk koleksi terbaru 6 produk Moonshot yang juga mempunyai tandatangan beliau sebagai sebahagian daripada pembungkusan produk. Pada 28 Mac 2019, Lisa telah menjadi duta kepada AIS Thailand yang merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Thailand. Lisa merupakan duta termahal yang telah dipilih oleh AIS. Iklan AIS yang dibintangi Lisa juga merupakan iklan yang banyak ditonton oleh orang di Thailand. Pada 11 Mei 2019, Lisa telah menjadi duta untuk telefon bimbit Samsung Galaxy S10 di Thailand. Iklan pertama beliau dibawah produk itu telah diterbitkan pada 14 Mei 2019. Seterusnya, Lisa juga telah menjadi duta dan model untuk permainan video Ragnarok M: Eternal Love dan muncul sebagai karakter di dalam server 'Midnight Party' sejak 24 Julai 2019.

Pada Januari 2020, Lisa telah menyertai artis dibawah label yang sama iaitu Mino daripada kumpulan kpop WINNER sebagai model untuk pakai sukan jenama Adidas untuk musim 2020 dalam kategori My Shelter.

Pada Oktober 2020 lepas Lisa juga diumum kan sebagai DUTA besar bagi alat kosmetik jenama MAC Yang berasal dari Toronto,kanada

Fesyen[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 2019, Lisa menjadi inspirasi kepada Hedi Slimane iaitu pengarah seni, kreatif dan imej bagi Celine, sebuah jenama mewah Perancis dan sekarang telah menjadi Duta besar Celine.

Pada November 2019, Penshoppe telah mendedahkan bahawa Lisa telah menyertai keluarga Penshoppe sebagai duta terbaru mereka.

Lisa juga telah dipilih sebagai Duta besar Bulgari

Impak dan pengaruh[sunting | sunting sumber]

Pada April 2019, Lisa menjadi idola K-pop yang paling diikuti di Instagram dengan 17.4 juta pengikut pada masa itu.

Ketika Lisa menjadi muka hadapan majalah solo pertamanya untuk isu Harper Bazaar Thailand Mei 2019, MEI, pengedar Harper Bazaar melaporkan bahawa semua 120,000 salinan bercetak dalam stok telah dijual. Telah dilaporkan bahawa secara purata, 30,000 salinan biasanya dicetak dan selebriti terkenal ini mempunyai purata 60,000 salinan yang dicetak. Walau bagaimanapun, walaupun telah menjual 120,000 salinan, permintaan awam masih belum dapat dipenuhi.

Berikutan kehadiran Lisa di Celine Fashion Show untuk koleksi musim panas lelaki 2020 di Paris, Perancis, semasa Minggu Fesyen Paris, Lyst melaporkan bahawa pencarian global untuk beg Celine's Triomphe melonjak 66% pada 28 Jun, 2019, selepas dia menerbitkan gaya imej di media sosialnya yang menarik perhatian orang ramai.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • 2018 - Blackpink House
  • 2018 - Real Men 3
  • 2020 - 24 365

Verkko[sunting | sunting sumber]

  • 2016 - YG Future Strategy Office

Rangkaian[sunting | sunting sumber]

  • NONA9ON
  • Moonshot

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "[BLACKPINK][分享]160918 BLACKPINK个人资料更正 带你更了解她们!——IDOL新闻". idol001.com. Dicapai pada 2019-11-30.
  2. ^ Hui-ling, Chew (28 September 2016). Teo, Johanna (penyunting). "The Breakout Kids". Teenage Magazine. No. 334. Singapore: Key Editions Pte Ltd. halaman 48–49. ISSN 0219-9645. OCLC 224927719. Dicapai pada 7 Oktober 2016.
  3. ^ "[블랙핑크 데뷔②] 블랙핑크 입덕 준비 끝…괴물 신인 스포일러". isplus.live.joins.com (dalam bahasa Korea). 2019-11-30. Dicapai pada 2019-11-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]