Lapisan peniskalaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lapisan peniskalaan (bahasa Inggerisnya abstraction layer) ialah cara untuk menyembunyikan maklumat pelaksanaan bagi sesuatu set kefungsian. Model perisian yang menggunakan lapisan peniskalaan termasuklah model OSI 7-lapisan untuk protokol rangkaian komputer, pustaka lukisan grafik OpenGL, dan model input/output (I/O) strim bait yang asalnya daripada Unix dan diambil pakai oleh MSDOS, Linux, dan kebanyakan sistem-sistem pengendalian moden lain.

Seni bina komputer[sunting | sunting sumber]

Dalam seni bina komputer, sesebuah sistem komputer biasanya digambarkan terdiri daripada lima tahap peniskalaan: perkakasan, perisian tegar, penghimpun, inti, sistem pengendalian dan aplikasi.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tanenbaum, Andrew S. (1979). Structured Computer Organization. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall. ISBN 0-13-148521-0.