Lebuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Lebuh 9 de Julio di Buenos Aires
Lebuh Champs-Élysées di Paris
Het Laantje van Middelharnis Hobbema (1689)

Lebuh (serapan bahasa Minangkabau labuah, "jalan" atau "lorong"[1]) adalah sebatang jalan raya yang lurus dengan barisan pokok atau pokok renek ditanam sepanjang tepi jalan. Dalam banyak keadaannya, pokok yang ditanam di sesebuah lebuh terdiri dari jenis kultivar atau spesies yang sama untuk memberikan penampilan yang seragam di sepanjang lebuh.

Lebuh merupakan salah satu daripada idea tertua dalam sejarah perkebunan. Satu lebuh sfinks yang menuju ke makam Firaun Hatshepsut (meninggal 1458 SM) masih boleh dilihat sehingga kini. Lebuh yang bercirikan singa batu penjaga pula membawa kepada makam Ming. Ahli arkeologi Britain telah mengambil kriteria khusus untuk "lebuh" dalam konteks arkeologi Britain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^
    • "labuah - Kamus Bahasa Minang". Kamusiana. 2008. Dicapai pada 20 Jun 2020.
    • "labuah". Kamus Minangkabau-Indonesia. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. 1985. m/s. 154.