Leftenan Kolonel (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leftenan Kolonel
Lieutenant Colonel

Insignia Daun Oak Leftenan Kolonel. Gaya dan kaedah pemakaian mungkin berbeza antara pakaian seragam yang berbeza dan cabang perkhidmatan yang berlainan.


Shoulder board Leftenan Kolonel

Negara
Amerika Syarikat
Cabang perkhidmatan Tentera Darat
Kor Marin
Tentera Udara
Tentera Angkasa
Singkatan LTC (Army)
LtCol (Marine Corps)
Lt Col (Air Force dan Space Force)
Kumpulan pangkat Pegawai medan
Kod
NATO
OF-4
Pangkat tinggi seterusnya Kolonel
Pangkat rendah seterusnya Mejar
Persamaan pangkat
Lencana pangkat lieutenant colonel bagi pakaian seragam biru AS.
Lencana bahu lieutenant colonel Kor Marin AS bagi kot musim sejuk uniform Alpha.
Lencana bahu lieutenant colonel Tentera Udara AS dan Tentera Angkasa AS bagi kot pakaian seragam biru.

Di dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, Kor Marin, Tentera Udara dan Tentera Angkasa, Leftenan Kolonel adalah pangkat pegawai kanan medan, berada di atas pangkat mejar dan hanya di bawah pangkat kolonel. Ia setaraf dengan pangkat tentera laut komander dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat yang lain.

Gred gaji bagi lieutenant colonel ialah O-5. Di dalam angkatan tentera AS, tanda pangkat Lt Kol ialah berupa daun oak perak, dengan sedikit perbezaan gaya antara versi Tentera Darat dan Tentera Udara serta Tentera Laut dan Kor Marin.

Kenaikkan pangkat ke lieutenant colonel dikawal oleh polisi Jabatan Pertahanan yang diperoleh dari Defense Officer Personnel Management Act (DOPMA) tahun 1980, untuk pegawai dalam Komponen Aktif, dan Reserve Officer Personnel Management Act (ROPMA), untuk pegawai dalam Komponen Simpanan (cth, Simpanan dan Pengawal Kebangsaan). Garis panduan DOPMA mencadangkan bahawa 70 peratus major dinaikkan pangkat ke lieutenant colonel selepas berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun pada pangkat mereka sekarang dan selepas 15–17 tahun perkhidmatan bertauliah terkumpul.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]