Komander (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Komander Tentera Laut AS Ann Claire Phillips, pegawai memerintah pertama USS Mustin, pada tahun 2003

Di Amerika Syarikat, komander ialah pangkat tentera yang juga kadangkala digunakan sebagai gelaran fasiliti tentera—nama seseorang yang mengurus tempat tinggal atau pangkalan—bergantung pada cabang perkhidmatan. Ia juga digunakan sebagai satu pangkat atau jawatan dalam organisasi bukan tentera, terutamanya dalam penguatkuasaan undang-undang.

Sebagai pangkat[sunting | sunting sumber]

Komander
Commander

Tanda pangkat, papan bahu, dan jalur lengan Komander
Negara
Amerika Syarikat
Cabang perkhidmatan Tentera Laut A.S.
Pengawal Pantai A.S.
Kor Tauliah USPHS
Kor Pegawai NOAA
Perkhidmatan Maritim
Singkatan CDR
Kumpulan pangkat Pegawai kanan
Kod
NATO
OF-4
Pangkat tinggi seterusnya Kepten
Pangkat rendah seterusnya Leftenan Komander
Persamaan pangkat Leftenan Kolonel (Tentera Darat AS, Kor Marin AS, Tentera Udara AS, dan Tentera Angkasa AS)

Tentera laut[sunting | sunting sumber]

Di dalam Tentera Laut, Pengawal Pantai, Kor NOAA, dan Kor Perkhidmatan Kesihatan Awam, komander ialah pangkat pegawai kanan, dengan gred gaji O-5. Pangkat komander lebih kanan dari leftenan komander (O-4) dan lebih muda dari kepten (O-6). Komander setaraf dengan pangkat leftenan kolonel di dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat yang lain.[1]

Paling ketara, ia merupakan pangkat pertama di mana si pemegangnya memakai topi berhias corak manakala pegawai perkhidmatan tentera lain berhak memakai topi bercorak serupa dengan pangkat O-4. Kenaikkan pangkat ke komander Tentera Laut di kawal oleh polisi Jabatan Pertahanan yang diperolehi daripada Defense Officer Personnel Management Act (DOPMA) tahun 1980 atau Reserve Officer Personnel Management Act (ROPMA). Garis panduan DOPMA/ROPMA mencadangkan bahawa 70% leftenan komander perlu dinaikkan pangkat ke komander selepas berkhidmat selama tiga tahun pada pangkat mereka sekarang dan selepas mencapai perkhidmatan bertauliah terkumpul selama 15–17 tahun, walaupun peratusan ini mungkin berbeza-beza dan agak kurang bagi pegawai berjawatan tertentu (seperti "kepakaran" primer) bergantung pada belanjawan pertahanan, struktur pasukan dan keperluan perkhidmatan.

Komander Tentera Laut boleh memerintah sebuah kapal frigat, kapal pembinasa, kapal selam, skuadron udara atau aktiviti kecil pantai,[2] atau bertugas dalam staf kapal atau di darat (lazimnya sebagai pegawai tindakan atau sebagai pegawai eksekutif kepada pegawai berbendera atau pegawai jeneral), atau kapal armada yang lebih besar (samada sebagai ketua jabatan atau pegawai eksekutif). Seorang pegawai berpangkat komander yang memerintah sebuah kapal juga boleh dirujuk sebagai "kepten" sebagai tanda hormat, atau secara tidak rasmi dirujuk sebagai "nakhoda" (skipper).Pegawai memerintah skuadron udara dan aktiviti pantai yang lebih kecil juga secara tidak rasmi dirujuk sebagai "skipper" tetapi bukan sebagai "kepten" melainkan mereka benar-benar memegang pangkat kepten, contohnya gred gaji O-6, seperti mana kes bagi pegawai memerintah Skuadron Gantian Armada dan pelbagai aktiviti pantai kecil dan besar.[3]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan]

Selain penggunaannya sebagai gelaran pangkat, Tentera Laut juga menggunakan komander sebagai "gelaran jawatan" bagi kepten kanan atau pegawai berbendera yang memerintah beberapa unit bebas, masing-masing mempunyai "pegawai memerintah" (commanding officer) mereka sendiri. Sebagai contoh, pegawai kanan dalam skuadron udara Tentera Laut ialah "commanding officer" (CO) kerana dia memimpin unit tunggal itu. Pegawai atasan terdekat bagi pegawai itu merupakan "commander" grup udara atau wing udara, yang bertanggungjawab untuk berbagai squadron. Ini adalah selaras dengan tradisi tentera laut "commanding officer" memerintah unit tunggal, tetapi "commander" memerintah pelbagai unit.

Pangkat polis[sunting | sunting sumber]

Jabatan Polis San Francisco juga mempunyai pangkat komander. Seperti LAPD, ia berada di atas kapten dan di bawah timbalan ketua.[perlu rujukan] Jabatan Polis Metropolitan Daerah Columbia menggunakan pangkat komander. Pangkat itu jatuh di antara inspektor dan penolong ketua. [perlu rujukan] Jabatan Polis Rochester menggunakan pangkat komander. Lebih tinggi daripada kapten dan di bawah timbalan ketua, pangkat itu dicapai melalui pelantikan. Komander ialah pangkat yang disandang oleh dua ketua bahagian peronda dan komander lain mengisi pelbagai peranan pentadbiran. [perlu rujukan] Jabatan Polis Saint Paul ialah satu lagi pasukan polis yang menggunakan pangkat komander. Di Jabatan Polis Saint Paul, komander berkhidmat sebagai ketua polis daerah atau unit yang mereka selia. [perlu rujukan]

Sebagai jawatan[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat dan Kor Marin[sunting | sunting sumber]

Di dalam Tentera Darat dan Kor Marin, istilah "komander" secara rasmi digunakan untuk pegawai memerintah sesebuah unit; oleh itu, terdapat komander kompeni, komander batalion, komander briged, dan sebagainya. Pada peringkat tertinggi struktur tentera, jawatan "commander" (dalam konteks bahasa melayu ia dipanggil "Panglima" jika berpangkat Brigedier Jeneral ke atas) juga merujuk kepada apa yang dahulunya dipanggil commander-in-chief, atau CINC, sehingga 24 Oktober 2002, walaupun istilah CINC masih digunakan dalam pertuturan santai. Askar yang mengepalai sesebuah kereta kebal, sebagai contoh M1 Abrams, juga dipanggil "komander".

Tentera Udara[sunting | sunting sumber]

Di dalam Tentera Udara, istilah "komander" (disingkat "CC") secara rasmi digunakan untuk pegawai memerintah sesebuah unit udara; oleh itu, terdapat komander skuadron, komander grup, komander wing, komander tentera udara bernombor, markas utama dan sebagainya. Dalam istilah pangkat, seorang komander skuadron lazimnya berpangkat leftenan kolonel, walaupun beberapa skuadron lebih kecil mungkin diperintah oleh mejar.

Komander grup lazimnya berpangkat kolonel, manakala komander wing lazimnya berpangkat kolonel kanan atau brigedier jeneral. Komander tentera udara bernombor biasanya seorang leftenan jeneral, walaupun sesetengahnya mungkin berpangkat mejar jeneral, terutamanya dalam Markas Simpanan Tentera Udara atau Pengawal Kebangsaan Udara. Komander Markas Utama biasanya berpangkat jeneral atau leftenan jeneral.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Officer Ranks Insignia". Department of Defense. US Government. Dicapai pada May 27, 2015.
  2. ^ "Navy Officer Titles". Public.navy.mil. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-25. Dicapai pada 2017-03-02.
  3. ^ Commander rank- Retrieved 2014-5-25

Pautan luar[sunting | sunting sumber]