Lelong Belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lelong Belanda adalah sejenis lelongan yang menggabungkan lelongan tradisional dengan cabutan bertuah. Cara lelongan ini biasanya dijalankan di majlis amal ataupun majlis pengutipan dana untuk amal.

Dalam Lelong Belanda, pembida tidak membuat belian untuk barang yang dilelong. Sebaliknya pembida akan membeli tiket-tiket seperti tiket cabutan bertuah (raffle ticket) yang memberikan pembida peluang untuk memenangi barang yang dilelong. Pembia boleh memberli seberapa banyak tiket yang dikehendaki, dan membuat bidaan untuk seberapa banyak barang dengan cara meletakkan tiket mereka di dalam bekas di hadapan barang yang dilelong.

Pembida boleh menambahkan peluang untuk menang dengan cara membeli lebih banyak tiket untuk sesuatu barang lelong. Tidak ada had untuk bilangan tiket yang boleh dibida oleh seseorang individu untuk sesuatu barang lelong, tetapi peluang menang bergantung kepada bilangan keseluruhan tiket yang dimasukkan ke dalam bida tadi oleh kesemua orang yang hadir.

Dalam Bahasa Inggeris, lelongan cara ini dipanggil Chinese Auction, walaupun asal usul lelongan cara ini tidak dipastikan berasal dari negeri China. Kemungkinan besar istilah ini sebenarnya berasal dari ungkapan “chance auction,” yang diputarkan menjadi “Chinese Auction”. Asal usul istilah Lelong Belanda pula mungkin berasal daripada masyarakat Melayu yang melihat cara lelongan ini dilakukan di kalangan pegawai-pegawai Inggeris ataupun Belanda semasa zaman penjajahan.

Lelongan Belanda makin popular di Internet. Lelong Belanda juga menjadi satu trend di kalangan beberapa syarikat untuk menjana bisnes mereka dengan mudah dan membawa untung besar dengan menggunakan media televisyen di mana penonton membuat bidaan menggunakan perkhidmatan mesej ringkas ataupun SMS di mana penonton akan dikenakan bayaran pada kadar premium untuk SMS (bidaan) yang dihantar.

Dari segi hukum Islam, cara lelongan ini pada hakikatnya mempunyai elemen “nasib” ataupun takdir dan dengan itu adalah salah dari segi hukum Islam.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]