Lemas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Drowning
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Vasily Perov: The Drowned, gambar lukisan tahun 1867
PengkhususanPerubatan rawatan rapi
GejalaSewaktu kejadian: Berlaku secara senyap sehingga terjumpa seseorang yang terlibat itu tidak sedar diri[1][2]
Selepas penyelamatan: Masalah pernafasan, muntah, kekeliruan, tidak sedar diri[2][3]
KerumitanHipotermia, aspirasi pemuntahan, sindrom gangguan pernafasan akut[4]
Permulaan biasa
Pantas[3]
Penggunaan alkohol, epilepsi, taraf sosioekonomi yang rendah, keterlibatan dengan badan air[5]
Berdasarkan simptom[3]
Bunuh diri, sawan, hipoglisemia, aritmia jantung[2]
PencegahanPemagaran kolam air, mengajar kanak-kanak berenang, mengamalkan kaedah penggunaan bot yang selamat[5][6]
RawatanPernafasan penyelamatan, CPR, pengalihudaraan mekanik[7]
Rawatan perubatan
Terapi oksigen, cecair intravena, vasopresor[7]
Kekerapan4.5 juta (2015)[8]
Kematian324,000 (2015)[9]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lemas atau kelemasan ditakrifkan sebagai gangguan pernafasan akibat berada di dalam sesuatu cecair.[7][10] Kelemasan biasanya berlaku secara senyap, dengan hanya beberapa orang sahaja yang dapat mengapai tangan atau jerit meminta bantuan.[1] Gejala selepas penyelamatan mungkin termasuk masalah pernafasan, muntah, kekeliruan atau tidak sedar diri.[2][3] Kadangkala gejala mungkin tidak muncul sehingga enam jam selepas kelemasan.[3] Kelemasan mungkin menjadi rumit dengan suhu badan yang rendah, aspirasi muntah, atau sindrom gangguan pernafasan akut.[4][11]

Peristiwa lemas lebih kerap berlaku pada waktu cuaca panas dan mereka yang kerap terlibat dengan aktiviti air.[4][5] Antara faktor-faktor risiko termasuklah penggunaan alkohol, epilepsi dan status sosioekonomi yang rendah.[5] Tempat biasa berlakunya kelemasan termasuk kolam renang, tab mandi, badan air semula jadi dan baldi.[3][7] Pada mulanya seseorang yang terlibat itu menahan nafas, yang diikuti dengan kekejangan larinks (laringospasma), dan kemudian penurunan aras oksigen.[4] Kemasukan air secara banyak ke dalam peparu biasanya hanya berlaku pada tahap yang terkemudian.[4] Kes berkaitan boleh dikelaskan kepada tiga jenis: lemas dengan susulan kematian, lemas dengan susulan masalah kesihatan berterusan, dan lemas tanpa masalah kesihatan berterusan.[10]

Usaha untuk mengelak kelemasan termasuklah mengajar kanak-kanak berenang, melakukan amalan menaiki bot dengan selamat, dan mengehad atau mengalihkan akses kepada badan air seperti pemagaran kolam.[5][6] Rawatan bagi mereka yang tidak bernafas harus dimulakan dengan melancarkan saluran pernafasan dan memberi lima nafasan.[7] Untuk mereka yang jantungnya tidak berdegup dan telah berada di bawah air kurang daripada satu jam CPR disyorkan.[7] Kadar pengekalan nyawa adalah lebih baik di kalangan mereka yang berada di dalam air dengan masa yang lebih singkat.[7] Di kalangan kanak-kanak yang masih hidup, hasil yang buruk berlaku dalam kira-kira 7.5% kes.[7]

Pada tahun 2015, terdapat anggaran 4.5 juta kes lemas yang tidak sengaja berlaku di seluruh dunia.[8] Pada tahun itu, terdapat 324,000 kematian akibat lemas, menjadikannya punca ketiga utama kecederaan tidak sengaja selepas kejatuhan dari tempat tinggi dan kemalangan jalan raya.[9] Lima puluh enam ribu kes di kalangan kematian tersebut berlaku pada kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun.[9] Kelemasan menyumbang 7% daripada semua kematian berkaitan kecederaan, dengan lebih daripada 90% daripada kematian ini berlaku di negara membangun.[5][9] Lemas berlaku lebih kerap berlaku di kalangan lelaki serta golongan muda.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Drowning". CDC (dalam bahasa Inggeris). 15 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2017. Dicapai pada 9 August 2018.
  2. ^ a b c d Ferri, Fred F. (2017). Ferri's Clinical Advisor 2018 E-Book: 5 Books in 1 (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 404. ISBN 9780323529570. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 July 2020. Dicapai pada 4 August 2020.
  3. ^ a b c d e f "Drowning - Injuries; Poisoning - Merck Manuals Professional Edition". Merck Manuals Professional Edition. September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2018. Dicapai pada 9 August 2018.
  4. ^ a b c d e Handley, AJ (16 April 2014). "Drowning". BMJ (Clinical Research Ed.). 348: g1734. doi:10.1136/bmj.g1734. PMID 24740929.
  5. ^ a b c d e f g "Drowning". World Health Organization. 15 January 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 August 2018. Dicapai pada 9 August 2018.
  6. ^ a b Preventing drowning: an implementation guide (PDF). WHO. 2015. m/s. 2. ISBN 978-92-4-151193-3. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 28 July 2018. Dicapai pada 9 August 2018.
  7. ^ a b c d e f g h Mott, TF; Latimer, KM (1 April 2016). "Prevention and Treatment of Drowning". American Family Physician. 93 (7): 576–82. PMID 27035042.
  8. ^ a b GBD 2015 Disease and Injury Incidence and Prevalence, Collaborators. (8 October 2016). "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 310 diseases and injuries, 1990–2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1545–1602. doi:10.1016/S0140-6736(16)31678-6. PMC 5055577. PMID 27733282.
  9. ^ a b c d GBD 2015 Mortality and Causes of Death, Collaborators. (8 October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980–2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/s0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
  10. ^ a b van Beeck, EF; Branche, CM; Szpilman, D; Modell, JH; Bierens, JJ (November 2005). "A new definition of drowning: towards documentation and prevention of a global public health problem". Bulletin of the World Health Organization. 83 (11): 853–6. PMC 2626470. PMID 16302042.
  11. ^ Wall, Ron (2017). Rosen's Emergency Medicine: Concepts and Clinical Practice (ed. 9). Elsevier. m/s. 1802. ISBN 978-0323354790.