Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (United States Board on Geographic Names)
Intisari agensi
Dibentuk4 September 1890; 133 tahun yang lalu (1890-09-04)
JenisLembaga
Eksekutif Lembaga
  • Marcus Allsup, Pengerusi
  • Mike Tischler, Naib pengerusi
Laman sesawang
www.usgs.gov/us-board-on-geographic-names Sunting ini di Wikidata

Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names, disingkat menjadi BGN) ialah sebuah badan persekutuan yang beroperasi sepenuhnya di bawah Setiausaha Dalam Negeri Amerika Syarikat. Tujuan lembaga ini ditubuhkan adalah untuk membuatdan mengekalkan penggunaan seragam mengenai nama-nama geografi untuk pemerintah persekutuan Amerika Syarikat.[1] Lembaga ini juga bertujuan untuk menyeragamkan nama geografi termasuk nama domestik dan asing, serta nama untuk lautan, laut, entiti geografi di dasar laut serta entiti geografi di Antartika. di seluruh negara yang terdapat di dunia.[1][2]

Pengoperasian[sunting | sunting sumber]

Lembaga Nama Geografi Amerika Syarikat dengan kerjasama Pemantauan Geologi Amerika Syarikat telah membangunan pangkalan data Sistem Maklumat Nama Geografi yang menggunakan rujukan peta topografi dan rujukan bibliografi pada tahun 1879. Nama buku dan peta bersejarah akan dipetik untuk mengesahkan sesebuah entiti geografi. Nama varian, alternatif kepada nama yang rasmi untuk sesuatu entiti geografi, juga direkodkan.[3] BGN tidak akan menterjemah istilah bagi nama-nama geografi, sebaliknya menggunakan nama asal/asing dengan tepat dalam sistem abjad Rumi. Untuk bahasa yang tidak mengunakan sistem abjad Rumi, BGN akan menggunakan sistem transliterasi atau menciptanya ejaan baharu untuk bahasa yang kurang dikenali.[4]

Lembaga Nama Geografi tidak mencipta nama tempat tetapi menjawab cadangan nama-nama geografi daripada agensi persekutuan; kerajaan negeri, masyarakat tempatan dan puak; dan orang ramai. Mana-mana orang ataupun organisasi sama ada awam atau swasta, boleh meminta Lembaga Nama Geografi untuk membuat keputusan secara rasmi mengenai cadangan penambahan nama baharu, cadangan perubahan nama atau nama yang bercanggah. Secara amnya, BGN akan menangguhkan penggunaan nama persekutuan untuk mematuhi penggunaan tempatan. Terdapat beberapa pengecualian. Sebagai contoh, dalam kes yang jarang berlaku di mana nama yang digunakan secara tempatan sangat menyinggung perasaan beberapa pihal, BGN boleh memutuskan untuk tidak menggunakan nama tempatan untuk kegunaan rasmi.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "The United States Board on Geographic Names: Getting the Facts Straight" (PDF). United States Board on Geographic Names. November 2016. Dicapai pada 27 September 2020.
  2. ^ "Advisory Committee on Undersea Features" Diarkibkan 2013-05-11 di Wayback Machine Accessed 2013-10-18
  3. ^ "Annual Report To the Secretary of the Interior, Fiscal Year 2014" (PDF). United States Board on Geographic Names (BGN). Dicapai pada 2015-10-29.
  4. ^ Berlin, Jeremy (September 15, 2015). "Who Decides What Names Go on a Map?". National Geographic News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-20. Dicapai pada 2015-09-19.
  5. ^ Donald J. Orth and Roger L. Payne (2003). "Principles, Policies, and Procedures" (PDF). United States Board on Geographic Names and Domestic Geographic Names. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada January 8, 2016. Dicapai pada July 7, 2009.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • U.S. Department of the Interior, U.S. Geological Survey, National Mapping Division, Digital Gazetteer: Users Manual, (Reston, Virginia: U.S. Geological Survey, 1994).
  • Report: "Countries, Dependencies, Areas Of Special Sovereignty, And Their Principal Administrative Divisions", Federal Information Processing Standards, FIPS 10-4.
  • Report: "Principles, Policies, and Procedures: Domestic Geographic Names", U.S. Board of Geographic Names, 1997.
  • U.S. Postal Service Publication 28, November 2000.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]