Lencana Gau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gau Badge atau Lencana Negeri ialah satu anugerah politik Parti Nazi, yang dikeluarkan oleh beberapa Gauleiter bahagian politik Nazi untuk pelbagai pencapaian.[1] Setiap Gau Jerman Nazi, yang merupakan sebuah kawasan geografi yang selari dengan negeri tradisional Jerman (dikenali sebagai Länder) mengeluarkan sejenis lencana Gau yang unik. Peraturan anugerah ini ditentukan sepenuhnya oleh Gauleiter serta mana-mana darjah anugerah. Sesetengah Gauleiter mengeluarkan satu lencana Gau manakala yang lain mengurniakan mengikut kelas gangsa, perak, dan emas. Beberapa lencana Gau telah dicelup dari emas bertakhta berlian, biasanya majlis istiadat yang ditujukan untuk Adolf Hitler. Kebiasaannya, Hitler secara automatik layak untuk darjah tertinggi setiap lencana Gau disebabkan statusnya selaku Führer Parti Nazi.

"Lencana Am Gau" juga wujud, dikurniakan oleh Brown House, Munich ibupejabat Parti Nazi. Lencana Am Gau telah dikeluarkan dalam dua darjah, dikenali sebagai Lencana Gau 1923 dan 1925. Lencana tersebut berbentuk swastika besar dengan tarikh penghormatan samada tahun 1923 atau 1925 yang terletak ditengah anugerah tersebut.

Lencana Gau telah diatur mengikut susunan keutamaan, dengan Lencana Am Gau dianggap anugerah Reichsleitung (peringkat kebangsaan) dan dengan itu berkedudukan tertinggi. Ia diikuti oleh Lencana Gau Munich (Munich menjadi tempat kelahiran Parti Nazi), dan lencana Gau Berlin kerana status kotaraya itu sebagai ibu negara Jerman. Lencana-lencana Gau yang lain telah disusun mengikut tahun pengzahiran kawasan politik masing-masing.

Senarai Lencana Gau[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lumsden, R. (2001). Medals and Decorations of Hitler's Germany. Osceola, Wisconsin: MBI Publishing Company

Templat:Nazi Gaue