Gauleiter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Gaultier (disambiguation).
Joachim Albrecht Eggeling adalah Gauleiter Sachsen-Anhalt dan Oberpräsident provinsi Halle-Merseburg.

Gauleiter (Sebutan bahasa Jerman: [ˈɡaʊlaɪtɐ] atau bahasa melayu bermaksud Pemimpin Negeri) adalah ketua bahagian parti bagi NSDAP (Parti Nazi) atau pemimpin sebuah Gau atau sebuah Reichsgau. Perkataan tersebut boleh menjadi singular atau plural, bergantung pada konteks. Gauleiter merupakan pangkat separa tentera Parti Nazi yang kedua tertinggi, hanya berada dibawah Reichsleiter. Semasa Perang Dunia II, pangkat Gauleiter hanya boleh didapati melalui pelantikkan terus dari Führer Adolf Hitler.

Penciptaan dan penggunaan awal[sunting | sunting sumber]

Insignia awal Parti Nazi dari tahun 1930, menunjukkan lencana pertama pangkat untuk Gauleiter (kiri tengah, latarbelakang merah).

Penggunaan pertama istilah Gauleiter oleh Parti Nazi bermula pada tahun 1925 selepas Adolf Hitler menubuhkan semula parti Nazi selepas kegagalan Beer Hall Putsch. Perkataan ini berasal daripada bahasa Jerman Leiter (bermaksud pemimpin) dan Gau, yang merupakan satu perkataan lama untuk maksud negeri di Reich Jerman. Istilah asal Gau juga boleh dikesan dari perkataan Frank Gaugraf, diterjemah kepada perkataan Inggeris "shire (kaunti)". Gau adalah salah satu dari banyak perkataan kuno daripada sejarah zaman pertengahan Jerman yang dihidupkan semula oleh pihak Nazi untuk tujuan mereka sendiri.[perlu rujukan]

Pada hari-hari terawal kewujudan istilah ini, Gauleiter adalah ketua daerah pilihanraya untuk satu tempoh masa apabila pihak Nazi sedang cuba mendapatkan wakil politik didalam Republik Weimar. Gauleiter menyelia beberapa politische Leiter (pemimpin politik) yang membantu pihak Nazi dengan kempen pilihanraya dan menjadi tuan rumah pemimpin kanan Nazi (seperti Hitler) ketika sedang berkempen.[perlu rujukan]

Pada tahun 1928, seorang pegawai peringkat pertengahan dikenali sebagai Kreisleiter telah diperkenalkan sebagai perantara diantara Gauleiter dan Pemimpin Politik. Pada tahun 1930, sewaktu pihak Nazi cuba disusun pada peringkat kebangsaan, Gauleiter telah diletakkan dibawah seorang pegawai baru yang dikenali sebagai Landesinspektor, yang bertanggungjawab bagi semua Gau Nazi di negeri Jerman tertentu. Juga pada masa ini satu pakaian seragam standard politik telah dicipta untuk Gauleiter, yang berupa baju warna perang Parti Nazi dan bar kolar bergaya Tentera Darat berserta kord bahu berpintal (epaulet).[perlu rujukan]

Jerman Nazi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1933, apabila NSDAP berkuasa dan menubuhkan negara Jerman Nazi, Gauleiter menjadi pangkat separa tentera Nazi kedua tertinggi, hanya dibawah pangkat baru Reichsleiter (Pemimpin Nasional). Gauleiter sekarang menjadi ketua Gauleitung — iaitu sistem wilayah politik Nazi yang ditubuhkan untuk membayangi negeri-negeri Jerman. Juga pada masa itu Gauleiter memakai insignia kolar dua-daun yang paling sering dikaitkanTemplat:By whom? dengan sejarah pangkat itu.

Pada teorinya, Gauleiter berfungsi sebagai seorang wakil Parti Nazi yang bertugas dengan menyelaras acara-acara kenegerian Parti Nazi dan juga bertugas untuk "menasihat" kerajaan tempatan. Pada praktiknya, setiap Gauleiter mempunyai kuasa mutlak didalam kawasan tanggungjawabnya yang tertentu. Pihak berkuasa kerajaan tempatan semata-mata wujud sebagai rubber stamp bagi Gauleiter. Penguasaan parti keatas pentadbiran awam menjadi begitu biasa, seperti dalam kebanyakkan kes Gauleiter juga menyandang jawatan pentadbiran awam tertinggi dalam kawasannya seperti (Reichsstatthalter atau Oberpräsident). Namun, sejak sempadan Gau Parti dan sempadan provinsi/negeri jarang bertepatan, susunan ini membawa kepada bidang kuasa yang saling bertindih dan ditambah ke pentadbiran tipikal Nazi Jerman yang huru-hara.

Didalam setiap Gau ada beberapa Kreise (daerah atau kaunti, singular: Kreis dalam bahasa Jerman), diikuti oleh peringkat Ort (perbandaran), yang merupakan organisasi terendah dalam Parti Nazi. Terdapat juga dua peringkat rendah tempatan tambahan (Block dan Zelle), menggambarkan Sel Parti dan Blok kejiranan tempatan. Pada masa ini,Templat:When? semua pemimpin politik memakai pakaian seragam rasmi, berserta warna latarbelakang piping dan tab kolar yang menunjukkan peringkat (Lokal, Kaunti, Negeri, atau Nasional) Parti yang mereka kuasai.

Insignia[sunting | sunting sumber]

Insignia kenderaan bagi Gauleiter.
Insignia pangkat bagi Gauleiter dan Reichsleiter, sebelum dan selepas insignia berubah tahun 1939.
Insignia pangkat parti Nazi pada tahun 1930an; insignia Timbalan Gauleiter memaparkan satu daun oak.

Insignia asal bagi Gauleiter mengandungi tab kolar gaya Tentera Darat, berserta dengan kord bahu berpintal yang dipakai pada baju warna perang Parti Nazi. Selepas tahun 1933, Gauleiter memakai insignia dua daun oak pada pelapik kolar berwarna perang. Stellvertreter-Gauleiter (Timbalan-Gauleiter) memakai satu daun oak.[perlu rujukan]

Menjelang tahun 1939, seluruh sistem pangkat separa tentera Parti Nazi telah dibaik pulih, memperkenalkan insignia serba baru yang mengandungi pip, bar, dan sebanyak empat daun oak kecil setiap kolar bagi mewakili pangkat politik Parti Nazi. Insignia Gauleiter, bagaimanapun, dianggap terlalu "kukuh" untuk ditukar dan oleh itu tidak dimasukkan kedalam sistem insignia baru. Sebaliknya, Gauleiter terus memakai insignia dua daun oak sebelum perang, dengan pangkat yang dilihat lebih kanan dalam hirarki Parti Nazi, melainkan Reichsleiter. Kedua-dua insignia Gauleiter dan Reichsleiter telah diubahsuai sedikit untuk memaparkan lambang helang negara dengan lebih jelas, dan kedua-dua pangkat dibenarkan memakai lilitan lengan khas parti.[perlu rujukan]

Gauleiter juga mempunyai hak memaparkan bendera kenderaan khas semasa mengembara, juga sebagai simbol status kedudukan mereka.[perlu rujukan]

Hubungan dengan insignia lain[sunting | sunting sumber]

Semua pemimpin politik yang bekerja di peringkat Gau mempunyai tab kolar romboid berserta permukaan merah (bukan perang), dengan piping berwarna merah wain gelap (burgundi) disekeliling bucu luar. Tab kolar peringkat Reich mempunyai permukaan warna merah terang, dengan piping emas; tab kolar peringkat Kreis mempunyai permukaan warna coklat perang gelap, dengan piping putih, manakala tab kolar peringkat Ort mempunyai permukaan warna perang terang dengan piping biru muda. Sistem tab kolar pemimpin politik agak rumit dan menjalani empat kali pertukaran (berlaku kerumitan setiap kali pertukaran); corak (keempat) terakhir seperti yang digambarkan diatas, telah diperkenalkan sekitar tahun 1938—pada waktu ini, dengan banyak jawatan kerja didalam setiap peringkat; ini menjadikan sistem pangkat tab kolar corak keempat yang paling rumit sekali. Gauleiter mempunyai kuasa keatas ketua-ketua daerah (kreisleiter), yang kemudiannya mengarah pemimpin bahagian (Ortsgruppenleiter). Sebuah Ortsgruppe (bahagian) merangkumi 1500 isi rumah—biasanya pinggir bandar atau beberapa kampung. Pemimpin bahagian mengarah pemimpin sel (Zellenleiter), bertanggungjawab untuk 160 hingga 480 isi rumah. Zellenleiter mengetuai pemimpin tempatan paling rendah, Blockleiter, ia mengepalai satu blok yang mengandungi 40 hingga 60 isi rumah. Pemimpin sel dan blok yang berada di bawah hierarki memberikan penguasaan kukuh parti keatas penduduk awam.[perlu rujukan]

Timbalan Gauleiter[sunting | sunting sumber]

Gelaran yang betul-betul berada dibawah Gauleiter dikenali sebagai Stellvertreter-Gauleiter (Timbalan Pemimpin Gau). Antara tahun 1933 dan 1939, posisi ini adalah pangkat sebenar, mempunyai insignia satu daun oak pada pelapik kolar, berbeza dengan dua daun oak yang digunakan oleh Gauleiter. Oleh kerana perbalahan politik parti Nazi, peraturan-peraturan telah diperkenalkan pada tahun 1935 untuk mengelakkan Timbalan Gauleiter daripada menggantikan ketuanya sendiri, tindakan itu tidak menggalakkan keraguan antara Gauleiter dengan harapan bahawa Timbalan akan mengambil tempatnya.[perlu rujukan]

Era Perang Dunia II menyaksikan pihak Nazi menggabungkan pangkat Stellvertreter dengan Gauleiter sebagai gelaran berjawatan, berpasangan dengan pangkat separa tentera Parti Nazi yang sepadan dan memansuhkan insignia satu daun oak yang sebelumnya dan pangkat sebenar Timbalan Gauleiter. Oleh itu, dengan penamatan insignia politik satu daun oak, tinggal Gauleiter yang masih memaparkan dua daun oak manakala insignia satu daun oak tidak lagi wujud.[perlu rujukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Großer Atlas zur Weltgeschichte. Braunschweig: Westermann. 1985. ISBN 3-14-100919-8. 
  • Michael D. Miller & Andreas Schulz: Gauleiter: The Regional Leaders of the Nazi Party and Their Deputies, 1925-1945, Volume I (Herbert Albrecht - H. Wilhelm Hüttmann). R. James Bender Publishing, 2012, ISBN 1-932970-21-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Nazi Gaue