Lesen perisian bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lesen perisian bebas ialah sejenis lesen perisian yang boleh diedarkan bersama-sama perisian bebas. Lesen ini menyerahkan hak kepada si penerima untuk mengubah suai dan mengedarkannya semula kepada orang lain, justeru mengatasi undang-undang hak cipta.

Lesen perisian bebas yang paling popular ialah Lesen Awam Am GNU. Lesen ini dirangka oleh Yayasan Perisian Bebas, sebuah pertubuhan bukan untung yang mempelopori gerakan perisian bebas. Linux ialah projek terbesar yang menggunakan Lesen Awam Am GNU. Antara lesen lain yang terkemuka ialah lesen BSD dan lesen MIT.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]