Liassine Cadamuro-Bentaïba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Liassine Cadamuro-Bentaïba
Maklumat peribadi
Nama penuhLiassine Cadamuro-Bentaïba
Tarikh lahir (1988-03-05) 5 Mac 1988 (umur 31)
Tempat lahirToulouse, Perancis
Ketinggian1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniOsasuna (pinjam dari Real Sociedad)
Nombor3
Kerjaya remaja
2003–2008Sochaux
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2008–2011Real Sociedad B80(3)
2011–Real Sociedad27(0)
2014Mallorca (pinjam)8(0)
2014–2015Osasuna (pinjam)14(0)
Pasukan kebangsaan
2012–Algeria9(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 15 Februari 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 11 Januari 2015

Liassine Cadamuro-Bentaïba (lahir 5 Mac 1988) merupakan pemain bola sepak Algeria yang bermain untuk CA Osasuna secara pinjaman dari Real Sociedad dan pasukan kebangsaan Algeria.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Cadamuro dilahirkan di Toulouse, Perancis. Ayahnya berbangsa Itali manakala ibunya berbangsa Algeria.[1]

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Cadamuro bermain untuk Real Sociedad B pada tahun 2013

Ketika berumur 15 tahun, Cadamuro menyertai pasukan belia FC Sochaux-Montbéliard dan mewakili pasukan simpanan kelab itu selama tiga musim. Pada musim panas tahun 2008, dia berpindah ke Sepanyol untuk menyertai Real Sociedad.

Cadamuro bermain selama tiga untuk untuk pasukan B, dua tahun di divisyen ketiga dan satu tahun di divisyen keempat. Dia dinaikkan ke skuad utama untuk musim 2011-2012, susulan ketibaan Philippe Montanier sebagai pengurus pasukan. Pada 10 September 2011, dia membuat penampilan sulung La Liga, menggantikan Xabier Prieto pada minit ke-70 ketika seri 2–2 di tempat sendiri menentang FC Barcelona.[2]

Cadamuro menghabiskan musim pertamanya bersama pasukan utama Real dengan membuat 19 penampilan liga, membantu kelabnya menduduki tempat ke-12. Pada 2 Januari 2013, dia menandatangani kontrak lanjutan dua tahun bersama kelab itu, melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2016.[3]

Pada 8 Januari 2014, Cadamuro menyertai kelab Segunda División, RCD Mallorca secara pinjaman sehingga bulan Jun.[4] Pada 31 Ogos, dia menyertai CA Osasuna secara pinjaman.[5]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Februari 2012, laman web Real Sociedad mengumumkan bahawa Cadamuro telah dipanggil oleh Halilhodžić untuk pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2013 menentang Gambia.[6] Dia membuat penampilan sulungnya ketika kemenangan 2–1 ke atas Gambia.[7]

Cadamuro dipilih ke dalam skuad 23 pemain Piala Dunia FIFA 2014,[8] sebagai pemain simpanan. Pada 26 Jun, walaupun berada di bangku simpanan, dia diberi kad kuning ketika perlawanan peringkat kumpulan menentang Rusia.[9]

Cadamuro menjaringkan gol pertamanya pada 11 Januari 2015 ketika seri 1-1 dalam perlawanan persahatan menentang Tunisia.[10]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 11 Januari 2015 Stade Olympique de Radès, Radès  Tunisia 1–0 1–1 Persahabatan

Statistik[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 21 Disember 2014[11]
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Real Sociedad 2011–12 19 0 2 0 21 0
2012–13 4 0 0 0 4 0
2013–14 4 0 2 0 2 0 8 0
Mallorca 2013–14 8 0 0 0 8 0
Osasuna 2014–15 12 0 1 0 13 0
Jumlah 47 0 5 0 2 0 54 0
Jumlah karier 47 0 5 0 2 0 54 0

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 11 Januari 2015[12]
Negara Musim Kompetitif Persahabatan Jumlah Ref
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Algeria 2012 3 0 0 0 3 0
2013 1 0 1 0 2 0
2014 1 0 2 0 3 0
2015 0 0 1 1 1 1
Jumlah 5 0 4 1 9 1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Exclusif: Liassine Cadamuro-Bentaïba: «L’Algérie, je dis oui, bien sûr!» (Exclusive: Liassine Cadamuro-Bentaïba: «Algeria, i say yes, of course!»); Le Buteur, 1 September 2011 (Perancis)
  2. ^ Sociedad peg Barca back; ESPN Soccernet, 10 September 2011
  3. ^ Walid Z. (2 January 2013). "Cadamuro-Bentaïba prolonge avec la Real Sociedad" (dalam bahasa French). DZFoot. Dicapai 2 January 2013.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  4. ^ Cadamuro se marcha cedido al Mallorca (Cadamuro goes on loan to Mallorca); Marca, 8 January 2014 (Sepanyol)
  5. ^ Cadamuro jugará cedido en Osasuna (Cadamuro will play on loan at Osasuna); Osasuna's official website, 31 August 2014 (Sepanyol)
  6. ^ Cadamuro Bentaïba convoqué face à la Gambie (Cadamuro Bentaïba selected to face Gambia); DZFoot, 10 February 2012 (Perancis)
  7. ^ Gambie – Algérie: La feuille de match officielle (Gambia – Algeria: Official match report); DZFoot, 29 February 2012 (Perancis)
  8. ^ "Algeria World Cup 2014 squad". The Daily Telegraph. 2 June 2014. Dicapai 27 June 2014. 
  9. ^ "Algeria book Germany date, eliminate Russia". FIFA.com. 26 June 2014. Dicapai 27 June 2014. 
  10. ^ "Ivory Coast beat Nigeria, Tunisia hold Algeria". FourFourTwo. 11 January 2015. Dicapai 11 January 2015. 
  11. ^ "L. Cadamuro". Soccerway. Dicapai 19 January 2015. 
  12. ^ (Inggeris) Profil Liassine Cadamuro-Bentaïba pada National-Football-Teams.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]