Faouzi Ghoulam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Faouzi Ghoulam
Maklumat peribadi
Nama penuh Faouzi Ghoulam
Tarikh lahir (1991-02-01) 1 Februari 1991 (umur 33)
Tempat lahir Saint-Priest-en-Jarez, Perancis
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor 31
Kerjaya remaja
1999–2010 Saint-Étienne
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2014 Saint-Étienne 87 (1)
2014– Napoli 20 (0)
Pasukan kebangsaan
2012 Perancis B21 2 (0)
2013– Algeria 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 3 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 3 November 2014

Faouzi Ghoulam (lahir 1 Februari 1991) merupakan pemain bola sepak Algeria[1] yang bermain untuk S.S.C. Napoli di Serie A dan pasukan kebangsaan Algeria.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Ghoulam telah dilahirkan di Saint-Priest-en-Jarez, ibu bapa beliau merupakan orang Algeria. Bapa beliau berasal dari Batna manakala ibu beliau berasal dari Annaba.[2] Ghoulam mempunyai 8 abang dan 2 kakak dan abang beliau, Nabil and his brother Nabil merupakan pelari pecut yang mewakili Perancis di 2004 IAAF World Cross Country Championships.[3]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Pada 22 September 2010, Ghoulam membuat debut profesional bersama AS Saint-Étienne ketika menjadi pemain gantian pada minit ke-82 dalam kejohanan Coupe de la Ligue menentang Nice.[4] Beliau membuat debut Ligue 1 menentang Valenciennes dan kemudiannya membuat 11 penampilan dalam perlawanan seterusnya bersama Saint-Etienne. Menjelang dua setengah musim yang akan datang, beliau membuat 65 penampilan liga sebelum berpindah ke S.S.C. Napoli pada musim sejuk 2014. Beliau menjadi pemain pertahanan penting di bawah pengurus Rafael Benitez dan membantu Napoli di tempat ketiga Seria A musim 2013-14.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Disember 2010, dalam temu ramah bersama surat khabar Algeria, Le Buteur, Ghoulam mengatakan bahawa beliau ingin mewakili Algeria di kejohanan antarabangsa walaupun dilahirkan di Perancis.[5] Pada 5 Mei 2011, jurulatih pasukan bawah-23 Algeria, Azzedine Aït Djoudi mengumumkan bahawa Ghoulam meragui untuk menyertai pasukan tersebut walaupun telah dipanggil oleh Persekutuan Bola Sepak Algeria.[6] Pada 6 Oktober 2011, selepas dipanggil untuk menyertai pasukan bawah-21 Perancis, Ghoulam berkata beliau amat gembira bersama pasukan itu.[7]

Pada 23 November 2012, dalam temu ramah berikutan perlawanan liga menentang Valenciennes, Ghoulam mengatakan beliau ingin mewakili Algeria di Piala Negara-Negara Afrika 2013.[8] Beberapa hari kemudian, Persekutuan Bola Sepak Algeria mengesahkan maklumat melalui kenyataan akhbar di laman webnya.[9] Ghoulam terpilih dalam skuad Algeria di Piala Negara-Negara Afrika 2013 di Afrika Selatan] tetapi beliau tidak memasuki sebarang perlawanan.[10] Pada 26 Mac 2013, Ghoulam membuat debut untuk Algeria ketika menang 3-1 ke atas Benin dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014, beliau juga membuat hantaran untuk gol pertama Algeria.[11]

Ghoulam terpilih dalam skuad Algeria untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Beliau mula bermain bersama Algeria di pentas Piala Dunia ketika menentang Belgium dalam perlawanan pembukaan di mana Algeria kalah tipis 2-1. Dalam dua perlawanan peringkat kumpulan yang lain, beliau tidak diturunkan namun beliau diturunkan ketika peringkat kalah mati menentang Jerman.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 18 Mei 2014
Kelab Musim Divisyen Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Saint-Étienne 2010–11 Ligue 1 12 0 1 0 0 0 13 0
2011–12 32 0 2 0 0 0 34 0
2012–13 25 0 5 0 0 0 30 0
2013 17 1 2 0 0 0 0 0 19 1
Jumlah 86 1 10 0 0 0 0 0 96 1
Napoli 2014 Serie A 15 0 2 0 3 0 0 0 20 0
Jumlah kerjaya 101 1 12 0 3 0 0 0 116 1

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Saint-Étienne
S.S.C. Napoli

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="ahram">"Saint Etienne's Ghoulam opts for Algeria". Dicapai pada 26 November 2012.
  2. ^ name="lebuteur.com">Découverte : Faouzi Ghoulam (AS Saint-Etienne) : «Jouer pour l’Algérie est un devoir pour moi !»
  3. ^ Athletics – Nabil Ghoulam (France)
  4. ^ "Coupe de la Ligue : AS Saint-Etienne / OGC Nice – 16es de finale – Feuille de match". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-12. Dicapai pada 2021-09-26.
  5. ^ name="lebuteur.com"
  6. ^ Verts: Ghoulam avec l'Algérie, hésite pour les Espoirs Diarkibkan 2011-10-09 di Wayback Machine; DZFoot.com, 28 May 2011.
  7. ^ Verts d'Europe : Le rêve Bleu du Vert Ghoulam Diarkibkan 2011-10-07 di Wayback Machine; DZFoot.com, 6 October 2011.
  8. ^ "Faouzi Ghoulam avec l'Algérie à la CAN 2013" (dalam bahasa French). DZFoot. 25 November 2012. Dicapai pada 20 December 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "La FAF confirme pour Faouzi Ghoulam" (dalam bahasa French). DZFoot. 26 December 2012. Dicapai pada 20 December 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ Walid Z. (11 January 2013). "Les numéros officiels des 23 Verts" (dalam bahasa French). DZFoot. Dicapai pada 16 April 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Algérie 3–1 Benin". DZFoot. 26 March 2013. Dicapai pada 16 April 2013.