Mehdi Mostefa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mehdi Mostefa
Algérie - Arménie - 20140531 - Mehdi Mostefa.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhMehdi Mostefa Sbaa
Tarikh lahir (1983-08-30) 30 Ogos 1983 (umur 36)
Tempat lahirDijon, Perancis
Ketinggian1.81 m (5 ka 11 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniLorient
Nombor32
Kerjaya remaja
1994–1997Fontaine-les-Dijon FC
1997–1998Dijon
1998–2003Monaco
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2004–2005Valence37(1)
2005–2006Montluçon-(-)
2006–2007Sète31(4)
2007–2011Nîmes140(7)
2011–2014Ajaccio101(7)
2014–Lorient6(0)
Pasukan kebangsaan
2010–Algeria24(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 13:46, 7 November 2014 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 11 Jun 2014

Mehdi Mostefa Sbaa (Bahasa Arab: مهدي مصطفى سبع‎; lahir 30 Ogos 1983) merupakan pemain bola sepak Algeria yang bermain untuk kelab FC Lorient di Ligue 1 dan Algeria. Beliau bermain di posisi pemain tengah.[1]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Mostefa dilahirkan di Dijon, Perancis. Bapa beliau orang Algeria manakala ibu beliau orang Perancis.[2] Bapa beliau berasal dari Mazouna di Wilayah Relizane, Algeria.[3]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Jun 2011, Mostefa menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab Ligue 1, AC Ajaccio.[4]

Pada 7 Ogos 2014, Mostefa berpindah ke FC Lorient dengan kontrak selama tiga tahun.[5]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Oktober 2010, Mostefa telah dipanggil untuk memasuki pasukan kebangsaan Algeria di bawah pengurus Abdelhak Benchikha untuk perlawanan persahabatan menentang Luxembourg.[6] Beliau membuat debut bersama Algeria pada perlawanan itu sebagai pemain gantian pada minit ke-69.[7] Pada 6 Mac 2011, Mostefa bermain perlawanan rasmi pertama untuk Algeria dalam perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2012 menentang Maghribi.[8] Beliau bermain penuh dalam perlawanan itu di mana Algeria menang tipis 1-0.

Beliau juga bermain dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Beliau mula bermain dalam kejohanan itu pada perlawanan pembukaan menentang Belgium di mana Algeria tewas 2-1. Beliau bermain penuh pada perlawanan itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad FC Lorient