Life Goes On

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Life Goes On
PengarangSiti Nordiana
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PenerbitMust Read
Tarikh penerbitan
8 September 2018
Jenis mediaKulit keras
Halaman178
ISBNISBN 9672038747

Life Goes On ialah buku autobiografi Malaysia 2018 oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nordiana.[1][2][3] Buku ini diterbitkan dan dikeluarkan pada 8 September 2018 oleh Must Read. Life Goes On memperincikan kisah jatuh bangun Nana dalam industri hiburan tanah air serta kehidupan peribadinya sendiri termasuk kehidupan beliau sebagai ibu tunggal kepada seorang anak. Buku ini telah memenangi Buku Umum Terbaik bagi kategori Autobiografi di Anugerah Buku Negara 2019.[4]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Siti Nordiana berkata mengenai bukunya ini: “Saya menghasilkan buku ini sebagai motivasi kepada individu yang pernah mengalami nasib sama. Kehidupan ini penuh dengan cabaran dan tidak semua diimpikan itu indah dan akan dimiliki,".[5]

Life Goes On ialah buku autobiografi pertama yang ditulis oleh Siti Nordiana dan diterbitkan oleh Must Read.[6] Buku ini menceritakan tentang perjalanan kehidupan dan kerjaya sejak zaman kanak-kanak dan jatuh bangunnya dalam industri hiburan hingga sekarang.[7] Menurut Nana, sebanyak 80 peratus kisah rumahtangganya dimuatkan dalam Life Goes On.[8] Antara bab paling sukar ditulisnya ialah "Aku Terima Nikahnya".[7] Buku ini turut memuatkan gambar-gambar beliau dan suami ketika susah dahulu dan juga gambar-gambar yang tidak pernah dimuat naik didalam mana-mana akaun media sosial milik beliau.[9]

Promosi dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 4,000 naskhah buku ini telah mendapat tempahan di kedai buku dan turut dijual secara dalam talian, Life Goes On menjadi kejayaan komersial.[5] Must Read mengeluarkan sebanyak 5,000 naskhah untuk cetakan pertama buku itu.[5]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2019 Anugerah Buku Negara 2019 Buku Umum Terbaik (Kategori Autobiografi) Life Goes On Menang [1][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Nur Asyikin Mayudin (2 April 2019). "Buku dedah kisah hidup Siti Nordiana sebagai ibu tunggal terima Anugerah Buku Negara 2019". Dicapai pada 6 Julai 2019.
  2. ^ Hanisah Selamat (8 September 2018). "Teruk tertekan, Nana kena serangan panik lapan bulan". Berita Harian. Dicapai pada 6 Julai 2019.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Januari 2020). "'Life Goes On' Siti Nordiana diadaptasi ke drama". Harian Metro. Dicapai pada 6 Julai 2020.
  4. ^ Syanty Octavia Amry (2 April 2019). "Buku Nana memenangi autobiografi terbaik". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2019.
  5. ^ a b c Norhayati Nordin (16 September 2018). "Bukan jaja kisah peribadi - Nana". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2019.
  6. ^ "Nana kongsi rahsia peribadi dalam Life Goes On". XTRA. 4 September 2018. Dicapai pada 10 Julai 2019.
  7. ^ a b Ardini Sophia Sina (14 September 2018). "Pahit-maung diabadi dalam autobiografi". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2019.
  8. ^ Ardini Sophia Sina (8 September 2018). ""Tak tertahan air mata..."". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2019.
  9. ^ Syahida Asma (4 September 2018). "Pernah Berniaga Di Pasar Malam, Siti Nordiana Kongsi Kisah Hidup Dalam 'Life Goes On'". Gincu Gula. Dicapai pada 12 Julai 2019.
  10. ^ "Papar kisah peribadi dalam Life Goes On, Siti Nordiana menang Anugerah Buku Umum Terbaik 2019". Oh My Media. 2 April 2019. Dicapai pada 12 Julai 2019.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]