Waregem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gereja St-Eloois-Vijve

Waregem merupakan sebuah kawasan perbandaran yang terletak di Flanders Barat, Belgium. Pada 1 Januari 2006, Waregem mempunyai jumlah penduduk sebanyak 35,852 orang. Jumlah kawasan pula 44.34 km².

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penduduk pertama Waregem dikatakan berasal dari hutan berdekatan yang menetap sepanjang Sungai Leie sebelum zaman Rom. Duit syiling gangsa dan artifak bersama aktiviti kebudayaan Gallo-Rom juga ditemui di kawasan ini dan bertarikhkan sejak abad pertama.

Pada abad ke-11, kebanyakannya penduduk di Waregem menjadi peladang, penyintal dan penenun. Dokumen cukai diperkenalkan pada abad ke-13 untuk menambahkan pendapatan ekonomi bandar pada masa itu. Waragem kemudian mempunyai pasar sendiri pada 1635. Pasar Sabtu itu kemudian diluluskan oleh Joseph II dari Austria pada 1784.

Memorial di Waregem untuk memperingati tentera Amerika yang terkorban ketika Perang Dunia Pertama.

Bandar ini tidak banyak berubah dari segi pembunaan sehinggalah pada penghujung abad ke-18, bandar ini mempunyai 4,500 penduduk. Pembinaan jalan utama antara Kortrijk dan Gent membuatkan pembinaan penting untuk wilayah Waregem. Revolusi Perancis juga mengubah Waregem untuk menjadi sistem pentadbiran dan lebih kepada autonomi politik. Industri flaks menjadi ekonomi tempatan sehingga abad ke-20. Waregem diterima sebagai status bandar pada 1 Januari 2000.

Penduduk terkenal[sunting | sunting sumber]

Bandar berkembar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]