Liguria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ralat skrip: Modul ini tidak wujud.

Liguria
Flag of Liguria
Flag
Jata Liguria
Coat of arms
Map Region of Liguria.svg
NegaraItali
IbukotaGenova
Kerajaan
 • PresidenClaudio Burlando (PD)
Kawasan
 • Total5,420 km2 (2,090 batu persegi)
Populasi
(2008-10-31)
 • Total1,614,924
 • Ketumpatan300/km2 (770/batu persegi)
Zon masaUTC+1 (WET)
 • Summer (DST)UTC+2 (WMPET)
GDP/ Nominal€ 41 bilion (2006)
Kawasan NUTSITC
Laman sesawangwww.regione.liguria.it

Liguria merupakan sebuah daerah pesisir barat laut Itali, yang merupakan daerah ketiga paling kecil Itali. Ianya bersempadan dengan Perancis di barat, Piedmont di utara, dan Emilia-Romagna dan Tuscany di timur. Ia terletak di bahagian selatan dengan Laut Ligurian, sebahagian dari Laut Tyrrhenian (utara Laut Mediterranean).

Garisan pesisir membentuk Riviera Itali; jauh ke dalam adalah Alp Ligurian, di barat, dan apennines Ligurian di timur. Ibu kota daerah ini adalah Genoa.

Pesisir Ligurian menikmati iklim maritim ringan, berbanding dengan semi-continental di lembah Po, beberapa kilometer di utara; pada Januari, suhu rata-rata Genoa sekitar 8-10 °C, tanpa "frost", yang hanya dapat terjadi di pegunungan dalam. Musim panas memiliki suhu rata-rata 24-25 °C.

Curah hujan dapat banyak pada masa-masa tertentu; gunung-ganang begitu dekat dengan pesisir menyebabkan kesan orografik, jadi Genoa dapat memperoleh hujan sebanyak 2,000 mm dalam setahun; wilayah lainnya memiliki penerimaan hujan normal sekitar 500-800 mm.

Walaupun kepadatan penduduk yang tinggi, hutan meliputi setengah daripada keluasan wilayah.

Liguria merupakan nama yang begitu lama, sejak zaman sebelum Rom.

Bandar utama:

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Liguria terbahagi kepada empat wilayah:

Wilayah di Liguria
Wilayah Kawasan
(km²)
Penduduk Kepadatan
(penduduk/km²)
Wilayah Genova 1,838 884,945 481.5
Wilayah Imperia 1,156 220,217 190.5
Wilayah La Spezia 881 222,602 252.7
Wilayah Savona 1,545 265,194 185.2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.