Lim Chong King

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lim Chong King
林崇景
Maklumat peribadi
NegaraMalaysia
Lahir (2000-05-06) 6 Mei 2000 (umur 23)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tahun aktif2018–kini
Cakat tanganKanan
Perseorangan lelaki
Rekod karier55 menang , 28 kalah
Ranking tertinggi149 (3 Ogos 2021)
Ranking semasa156 (17 Februari 2022)
Rekod pingat
Profil BWF

Lim Chong King (Bahasa Cina: 林崇景, lahir 6 Mei 2000) ialah seorang pemain badminton Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula didedahkan dengan sukan badminton pada usia tujuh tahun, dipilih menyertai pasukan badminton Sekolah Sukan Bukit Jalil dan dinaikkan pangkat ke pasukan kebangsaan pada usia 18 tahun.

Pada Ogos 2019, beliau bertanding di Terbuka Hellas dan memenangi kejuaraan antarabangsa pertamanya di akhir dengan mengalahkan rakan senegara Aidil Sholeh dengan skor (8–21, 21–13, 21–15).[1] Pada September, beliau berjaya mara ke akhir di kejohanan Antarabangsa Sydney, tetapi tewas kepada pemain Jepun Yusuke Onodera.[2]

Beliau merupakan salah seorang pemain yang memperoleh pingat emas pertama Malaysia dalam Kejohanan Berpasukan Badminton Asia 2022..[3]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Cabaran/Siri Antarabangsa BWF (1 gelaran, 1 naib juara)[sunting | sunting sumber]

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
2019 Terbuka Hellas Malaysia Aidil Sholeh 8–21, 21–13, 21–15 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
2019 Antarabangsa Sydney Jepun Yusuke Onodera 8–21, 15–21 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
     Kejohanan Siri Antarabangsa BWF

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wai, Tan Ming. "Chong King rules Hellas Open in major breakthrough". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ "Time not on Chong King's side as he seeks to keep spot on squad". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ "Malaysia beat Indonesia 3-0 in Asia Team Championships final". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]