Persekutuan Badminton Dunia
Persekutuan Badminton Dunia atau BWF ialah badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dengan dunia Badminton. Ditubuhkan pada 1934 sebagai Persekutuan Badminton Antarabangsa bersama 9 anggota (Kanada, Denmark, England, Perancis, Ireland Utara, Belanda, New Zealand, Scotland, dan Wales. Pada 24 September 2006, Perjumpaan Tahunan diadakan di Madrid, yang mana kata sepakat menerima penukaran nama baru kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).[1]
Pejabat utama pertubuhan ini terletak di Cheltenham, United Kingdom sejak ia ditubuhkan, tetapi pada 1 Oktober, 2005, ia kini terletak di Kuala Lumpur. Presiden terkini ialah Kang Young Joong.[2]
Konfederasi Benua[sunting | sunting sumber]
BWF bekerjasama dengan badan kerajaan benua untuk sama-sama memprosomikan dan memperkenalkan badminton di seluruh dunia, seperti:[3]
Benua | Konfederasi | Singkatan | Ahli | |
---|---|---|---|---|
Asia | Konfederasi Badminton Asia | BAC | 39 | |
Eropah | Badminton Eropah | BE | 51 | |
Amerika | Badminton Seluruh Amerika | BPA | 30 | |
Afrika | Konfederasi Badminton Afrika | BAC | 31 | |
Australasia | Badminton Australasia | BO | 8 | |
Jumlah | 159 |
Presiden[sunting | sunting sumber]
No. | Tahun | Nama | Negara |
---|---|---|---|
1 | 1934 – 1955 | George Alan Thomas | ![]() |
2 | 1955 – 1957 | J. Plunkett-Dillon | ![]() |
3 | 1957 – 1959 | R. Bruce Hay | ![]() |
4 | 1959 – 1961 | A. C. J. van Vossen | ![]() |
5 | 1961 – 1963 | J. D. M. McCallum | ![]() |
6 | 1963 – 1965 | N. P. Kristensen | ![]() |
7 | 1965 – 1969 | D. L. Bloomer | ![]() |
8 | 1969 – 1971 | H. F. Chilton | ![]() |
9 | 1971 – 1974 | F. A. Sonneville | ![]() |
10 | 1974 – 1976 | S. Wyatt | ![]() |
11 | 1976 – 1981 | S. Mohlin | ![]() |
12 | 1981 – 1984 | C. C. Reedie | ![]() |
13 | 1984 – 1986 | P. E. Nielsen | ![]() |
14 | 1986 – 1990 | I. D. Palmer | ![]() |
15 | 1990 – 1993 | A. E. Jones | ![]() |
16 | 1993 – 2001 | Lu Shengrong | ![]() |
17 | 2001 – 2005 | Korn Dabbaransi | ![]() |
18 | 2005 – 2013 | Kang Young Joong | ![]() |
19 | 2013 – Kini | Poul-Erik Høyer Larsen | ![]() |
Kejohanan[sunting | sunting sumber]
Seperti yang ditetapkan, BWF menganjurkan enam acara kejohanan badminton utama:
- Sukan Olimpik dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
- BWF Kejohanan Dunia
- BWF Kejohanan Junior Dunia
- Piala Thomas
- Piala Uber
- Piala Sudirman
Dua acara kejohanan yang sudah tidak lagi dianjurkan:
- Piala Badminton Dunia tidak dianjurkan sejak 1997. Walau bagaimanapun, pihak BWF menganjurkan acara itu kembali pada 2005 (yang mana China sebagai tuan rumah) tetapi ia hanyalah sebagai kejohanan jemputan. China menyapu bersih kesemua pingat emas yang ditawarkan dalam 5 kategori.
- Grand Prix Badminton Dunia dihentikan sejak 2000.
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Pihak BWF menyediakan anugerah istimewa kepada pemain, pengadil, penaja, dan individu lain atas pencapaian masing-masing dalam badminton atau sumbangan ke atas badminton.
- Hall of Fame
- Herbert Scheele Trophy
- Distinguished Service
- Meritorius Service
- Certificate of Commendation
- Eddy Choong Player of the Year
Logo[sunting | sunting sumber]
Logo baru yang dilancarkan semasa Piala Sudirman 2007
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "New Name", BWF (formerly IBF) press release announcing name change, September 24, 2006.
- ^ BWF Council - President and Executive Board
- ^ Member Associations
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Badminton Antarabangsa | ||
---|---|---|
BWF · Piala Thomas · Piala Uber · Piala Sudirman · Kejohanan Dunia · Kejohanan Junior Dunia · Kejohanan Dunia · Grand Prix Dunia (dihentikan) · Sukan Olimpik · Sukan Komanwel · Sukan Asia · Sukan Seluruh Amerika · Sukan Seluruh Afrika · Pasukan | ||
Afrika | ||
Asia | ||
Eropah | ||
Oseania | ||
Amerika |