Lodin Wok Kamaruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tan Sri Dato Lodin Wok Kamaruddin ialah Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sejak 1982 dan Pengarah syarikat konglomerat Boustead Holdings Berhad sejak 1 Julai 1991.

Sebelum itu menjadi pengarah Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (1973 - 1982). Pengalaman beliau termasuk di syarikat Boustead Heavy Industries Corporation Berhad, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Boustead Petroleum Sdn Bhd and Boustead REIT Managers Sdn Bhd. Beliau juga menjadi lembaga pengarah Affin Investment Bank Berhad, Affin Capital Sdn Bhd, AXA AFFIN Life Insurance Berhad, Boustead Properties Berhad, UAC Berhad (cellulose fibre cement products manufacturer), Power Cables (Malaysia) Sdn Bhd dan Universiti Nottingham kampus Malaysia. Beliau pemegang saham minoriti dalam Watchdog Group.

Lodin lulusan College of Business Administration, Universiti Toledo, Toledo, Ohio, Amerika Syarikat (1972 and 1973). [1]

'Skandal Scorpene'[sunting | sunting sumber]

Freemalaysiatoday melaporkan nama Lodin didedahkan / dibocorkan oleh Wikileaks tentang kabel diplomatik Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 19 Mei. Beliau menjadi lembaga pengarah syarikat Perimekar selain Mazlinda Makhzan, Rozana Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby. Ketika itu Lodin menjadi Timbalan Pengerusi Boustead Holding dan lembaga pengarah Affin Bank, penyedia khidmat bank kepada Perimekar. Beliau menjadi ahli lembaga pengarah dalam kapasiti wakil LTAT dan berhenti dari syarikat Perimekar apabila kontrak syarikat dengan kerajaan tamat pada 1 Julai 2010.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]