Boustead Holdings Berhad
Jenis/bentuk sah | Syarikat dagangan awam |
---|---|
Didagangkan sebagai | MYX: 2771 |
ISIN | MYL2771OO003 |
Industri | Ladang, Industri Berat, Hartanah, Kewangan, Pelaburan, Perdagangan, Pembuatan & Perkhidmatan |
Pendahulu | Boustead & Co |
Ditubuhkan | 1828 |
Ibu pejabat | Tingkat 28, Menara Boustead, 69, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan[1] Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan / Pengarah Urusan.[2] |
Bilangan kakitangan | 18,000+ (2017) |
Syarikat induk | Lembaga Tabung Angkatan Tentera |
Anak syarikat | Lihat di bawah |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Boustead Holdings Berhad (MYX: 2771) ialah sebuah syarikat Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1828 sebagai Boustead & Co di Singapura oleh Edward Boustead, seorang ahli perniagaan Inggeris. Syarikat itu diperbadankan pada 1961 di bawah bursa saham Kuala Lumpur, Singapura, Shenzhen dan Shanghai.
Selepas Perang Dunia II, Tanah Melayu mengisytiharkan kemerdekaan dari British pada 1957 dan Singapura mengisytiharkan kemerdekaan dari Malaysia pada 1965. Ini menyaksikan Boustead & Co dibahagikan kepada tiga entiti pada tahun 1975, Boustead Plc di London (kemudian disusun semula sebagai Boustead & Co), Boustead Holdings Berhad di Malaysia, Boustead Singapore Limited, dan Boustead China Co, Ltd.
Pada tahun 2008, Boustead mempunyai 133 anak syarikat di mana 3 syarikat disenaraikan dan 16 syarikat bersekutu, di mana satu disenaraikan. Ia mempunyai jumlah aset melebihi RM8 bilion dan lebih daripada 18,000 pekerja. Pemegang saham utama Boustead hari ini ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Kumpulan Wang Pencen Angkatan Tentera Malaysia. Aktiviti perniagaan Kumpulan Boustead boleh dikategorikan kepada enam bidang utama perniagaan iaitu Ladang, Industri Berat, Hartanah, Kewangan & Pelaburan, Perdagangan dan Pembuatan & Perkhidmatan.
Boustead, melalui anak syarikat Pemasaran Boustead Petroleum, juga merupakan pemegang saham utama BHP Petroleum, rangkaian stesen pengisian semula yang diwarisi dari BP pada tahun 2005 selepas penarikan BP dari perniagaan runcit petrol Malaysia pada tahun 2004.[3]
Anak syarikat
[sunting | sunting sumber]Perladangan
[sunting | sunting sumber]- Boustead Plantations Berhad
- Boustead Estates Agency Sdn Bhd
- Boustead Telok Sengat Sdn Bhd
- Boustead Rimba Nilai Sdn Bhd
- Boustead Pelita Kanowit Sdn Bhd
- Boustead Pelita Tinjar Sdn Bhd
- Boustead Gradient Sdn Bhd
Hartanah
[sunting | sunting sumber]- Boustead Properties Berhad
- Mutiara Rini Sdn Bhd
- Boustead Curve Sdn Bhd
- Boustead Hotels and Resorts Sdn Bhd
- Boustead Realty Sdn Bhd
- Boustead Weld Court Sdn Bhd
- Bakti Wira Development Sdn Bhd
- Mecuro Properties Sdn Bhd
- Asta Canggih Sdn Bhd
Farmaseutikal
[sunting | sunting sumber]- Pharmaniaga Berhad
- Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd
- Pharmaniaga Marketing Sdn Bhd
- Pharmaniaga Manufacturing Sdn Bhd
- Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd
- Pharmaniaga Life Science Sdn Bhd
- Pharmaniaga Research Centre Sdn Bhd
- Pharmaniaga Biomedical Sdn Bhd
- PT Millennium Pharmacon International
Industri berat
[sunting | sunting sumber]- Boustead Heavy Industries Corporation Berhad
- Boustead Penang Shipyard Sdn Bhd
- Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd
- MHS Aviation Berhad
- Boustead Atlas Hall Sdn Bhd
- Dominion Defence & Industries Sdn Bhd
- BHIC Navaltech Sdn Bhd
- Wavemaster Langkawi Yacht Centre Sdn Bhd
- BHIC Defence Techservices Sdn Bhd
- BHIC Electronics & Technologies Sdn Bhd
- Atlas Defence Technology Sdn Bhd
Perdagangan dan perindustrian
[sunting | sunting sumber]- UAC Berhad
- Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd
- Boustead Engineering Sdn Bhd
- Boustead Building Materials Sdn Bhd
- Boustead Sissons Paints Sdn Bhd
- Boustead Global Trade Network Sdn Bhd
- Boustead-Castrol Sdn Bhd
Kewangan dan pelaburan
[sunting | sunting sumber]- Boustead Credit Sdn Bhd
- Boustead Travel Sdn Bhd
- Boustead Shipping Agencies Sdn Bhd
- Boustead Cruise Centre Sdn Bhd
Universiti swasta
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Khaled Nordin dilantik Pengerusi Boustead Holdings Berhad, Rnggt, Dicapai pada 1 Mei 2020
- ^ Sime Darby Property’s Amrin said to be new Boustead boss, The Edge Dicapai pada 4 April 2019
- ^ Hardy, Alfean (8 January 2004). "BP to pull out of Malaysian petrol sector". energynewsbulletin.net. Dicapai pada 29 January 2016.