Maharaja Annei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Annei
Maharaja Jepun
Tennō Annei thumb.jpg

Maharaja Annei (安寧天皇 Annei-tennō?), juga dikenali sebagai shikitsuhikotamatemi no Mikoto. Beliau ialah Maharaja Jepun [1] yang ketiga, mengikut tradisi susunan perwarisan.[2]

Tiada tarikh yang tepat untuk kehidupan maharaja ini, tetapi kebiasaannya diangggap memerintah dari tahun 549 hingga 511 B.C.,[3] tidak lama sebelum pengakhiran Zaman Jōmon.

Kisah Lagenda[sunting | sunting sumber]

Para sarjana moden mempersoalkan tentang kewujudan sekurang-kurangnya sembilan maharaja yang terawal. Keturunan Maharaja Annei iaitu, Maharaja Sujin merupakan maharaja pertama yang diakui kewujudannya.[4] Nama Annei-tennō diberikan kepada beliau sebagai nama postumus atau nama kematian oleh generasi kemudian.[5]

Maharaja Annei dianggap oleh ahli sejarawan sebagai "maharaja lagenda" dan informasi tentang beliau amat sedikit. Terlalu sedikit bahan yang ada untuk kajian yang lebih lanjut.[6] Maharaja Kimmei (509?–571 AD), iaitu maharaja ke 29,[7] merupakan maharaja yang pertama yang dapat disahkan tarikhnya oleh penulisan sejarah kontemporari.[8] Walaubagaimanapun, kebiasaanya nama dan tarikh maharaja-maharaja terawal yang tidak dapat dipastikan dianggap "tradisional" sehingga zaman pemerintahan Maharaja Kammu (737–806), maharaja ke 50 Dinasti Yamato.[9]

Hanya nama beliau dan susur galurnya sahaja direkodkan didalam Kojiki dan Nihonshoki. Orang Jepun menerima sejarah kewujudannya dan tempat pamakaman atau Imperial misasagi beliau sekarang dalam proses senggaraan. Walaubagaimanapun, tidak wujud sebarang rekod kontemporari untuk memastikan bahawa beliau sebenarnya pernah memerintah. Beliau merupakan maharaja kedua daripada lapan maharaja tanpa sebarang lagenda yang mempunyai kaitan dengan mereka, juga dikenali sebagai "lapan monarki tanpa dokumen" (欠史八代, Kesshi-hachidai?).[10]

Maharaja Annei ialah sama ada anak sulung[11] atau anak tunggal Maharaja Suizei.[2] Sebelum beliau menaiki takhta, beliau dikenali sebagai Putera Shikitsu-hiko Tamatemi.[12]

Jien merekodkan bahawa beliau memerintah dari istana Ukena-no-miya dekat Katashiro di Kawachi, kemudiannya juga dikenali sebagai Wilayah Yamato.[11]

Tempat suci memorial Shinto dan tempat pemakaman Maharaja Annei.

Nama postumus maharaja ini secara terjemahannya bermaksud "stabil kesejahteraan". Ianya tidak dapat dipertikaikan bahawa identifikasi ini berbentuk China dan mempunyai implikasi Buddha, yang mana nama tersebut dibuat supaya lebih teratur; kemungkinan pada waktu dimana lagenda tentang asal-usul Dinasti Yamato disusun sebagai rekod peristiwa yang dikenali sebagai Kojiki, beberapa abad selepas kematian Maharaja Annei.[10]

Tempat sebenar makam Maharaja Annei masih belum dapat dikenalpasti.[1] Secara tradisinya, tempat pemakaman maharaja ini adalah di tempat suci memorial Shinto (misasagi) di Nara.

Agensi Kerabat Diraja Imperial menamai lokasi ini sebagai makam Maharaja Annei. Nama rasminya ialah Unebi-yama no hitsujisaru Mihodo no i no e no no misasagi.[13]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rencana ini disalin dan diterjemah dari Wikipedia Bahasa Inggeris

Mohor Imperial Jepunchrysanthemum berkembang yang diolah
  1. ^ a b Imperial Household Agency (Kunaichō): 安寧天皇 (3); retrieved 2013-8-22.
  2. ^ a b Ponsonby-Fane, Richard. (1959). The Imperial House of Japan, p. 29.
  3. ^ Titsingh, Isaac. (1834). Annales des empereurs du japon, p. 4 di Buku Google; Brown, Delmer M. (1979). Gukanshō, p. 251; Varley, H. Paul. (1980). Jinnō Shōtōki, p. 89.
  4. ^ Yoshida, Reiji. "Life in the Cloudy Imperial Fishbowl," Japan Times. March 27, 2007; retrieved 2013-8-22.
  5. ^ Brinkley, Frank. (1915). A History of the Japanese People from the Earliest Times to the end of the Meiji Era, p. 21 di Buku Google; excerpt, "Posthumous names for the earthly Mikados were invented in the reign of Emperor Kammu (782-805), i.e., after the date of the compilation of the Records and the Chronicles.
  6. ^ Kelly, Charles F. "Kofun Culture," Japanese Archaeology. April 27, 2009.
  7. ^ Titsingh, pp. 34–36; Brown, pp. 261–262; Varley, pp. 123–124.
  8. ^ Hoye, Timothy. (1999). Japanese Politics: Fixed and Floating Worlds, p. 78; excerpt, "According to legend, the first Japanese emperor was Jimmu. Along with the next 13 emperors, Jimmu is not considered an actual, historical figure. Historically verifiable Emperors of Japan date from the early sixth century with Kimmei.
  9. ^ Aston, William. (1896). pp. 109.
  10. ^ a b Aston, pp. 141-142.
  11. ^ a b Brown, p. 251.
  12. ^ Nussbaum, Louis-Frédéric. (2005). "Annei Tennō" in Japan Encyclopedia, p. 32 di Buku Google.
  13. ^ Ponsonby-Fane, p. 418.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Maharaja Suizei
Maharaja-maharaja Lagenda Jepun
549 BC–511 BC
(tarikh tradisional)
Diikuti oleh:
Maharaja Itoku