Pergi ke kandungan

Maidin Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maidin Ibrahim
Kelahiran1938 (1938)
Meninggal dunia13 Ogos 2014 (berumur 75–76)
Pokok Tai, Gurun, Kedah
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Masjid Jerai, Gurun, Kedah
Nama lainPak Tam atau Mamu Maidin
PekerjaanPelawak, penyanyi, pelakon
Tahun aktif1978–2014
Terkenal keranaLawak loghat utara dalam Filem Bas Konduktor, Anak Mami, Bakat Rtm.
PasanganHabira Ibrahim

Maidin Ibrahim (1941 – 13 Ogos 2014) adalah pelawak veteran dari Malaysia. Maidin Ibrahim juga dikenali sebagai Pak Tam atau mesra dipanggil Mamu.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Maidin dilahirkan pada tahun 1941 di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang. Beliau mula menceburi bidang seni sejak tahun 1950 bersama kumpulan boria di kampung. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai tentera (Askar Melayu) bermula ketika peristiwa berdarah 13 Mei tahun 1969 sehingga tahun 1976. Pak Tam juga pernah menyertai Bakat RTM dan menjadi juara pada tahun 1978 bersama Pak Hassan Putu Mayong dan Din Kachong. Semenjak itu Maidin mula menempa nama dan sering menjadi pelawak undangan Hiburan Minggu ini kelolaan RTM.

Maidin Ibrahim atau mesra dengan panggilan Pak Tam memulakan karier sebagai anak seni pada tahun 1950 dengan menganggotai kumpulan boria di kampungnya.

Ketika era persembahan pentas popular di seluruh pelosok negara, namanya dikenali menerusi gandingan bersama pelawak Piee dengan gaya lawak dialek utara.

Gandingan Maidin dan Piee adalah antara duo komedi pentas paling mantap pernah dilahirkan sebelum kemunculan gabungan pelawak seperti Imuda, Allahyarham Ahmad Busu, Jozan, Shiro dan Jambu.

Pembabitan Allahyarham bukan setakat itu sahaja kerana beliau turut aktif membintangi banyak drama dan filem.

Maidin pernah menggondol anugerah Aktor Pembantu Terbaik menerusi drama Pinang Durian pada Anugerah Skrin 2001. Selain berlakon drama, Maidin Ibrahim juga popular menerusi filem Hantu Siang, Anak Mami The Movie, Nana Tanjung, Mami Jarum,sitkom Salam Pantai Timur dan Bas Konduktor. Sepanjang kerjayanya, Maidin selalu digandingkan bersama pelawak, Piee dan mereka terkenal dengan 'lawak loghat utara' ketika membuat persembahan bersama. Beliau juga terkenal dengan album hijau kuning yang dicipta oleh Omara pada tahun 1991. Beliau digandingkan bersama Piee dan M. Shariff. Lagu2 yang dinyanyikan oleh beliau seperti hantu hantu, katil oh katil, jodoh depa, boria skim cepat kaya,muda kembali. Maidin, Piee dan M. Shariff dikenali sebagai The Three Stooges. Pak Maidin atau Pak Tam meninggalkan 5 orang anak dan 14 orang cucu yang kesemuanya berjaya di dalam bidang pelajaran dan 4 orang anak perempuannya adalah guru.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1984 Minah Manja Mamak Kutty Filem pertama
1986 Hantu Siang Budin
Bas Konduktor Maidin
2002 Anak Mami The Movie Hj Maidin
Mami Jarum Mamu/ Elvis Rosli
2003 Iskandar Pak Man
Mami Jarum Junior Mamu/ Elvis Rosli
2006 Nana Tanjung Mydin
2007 Nana Tanjung 2
2023 Syaitan Munafik Maidin Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Hantu Motel Astro Prima Drama pertama
2003 Kutub Utara Kutub Selatan Mamu TV2
Kutub Utara Kutub Selatan 2
2014 Saudagar Boria Maiden TV1 Drama terakhir

Telemovie

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001 Pinang Durian Mydin Wahab NTV7 Telefilem pertama
2002 Menantu Tanjung VCD
2003 Siapa Tak Sayang Bini Karif
Siapa Tak Sayang Bini 2
Puteri Histeria Tukang Kebun Sekolah
Neon Mamak Kedai Runcit Telefilem terakhir, penampilan khas

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 Salam Pantai Timur Pelbagai TV1 Sitkom

Diskrografi

[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu

[sunting | sunting sumber]
  • Katil Oh Katil
  • Hantu Hantu
  • Boria Skim Cepat Kaya
  • Muda Kembali
  • Jodoh depa
  • Jodoh Anak Dara - M. Shariff
  • Seloka Kueh Raya - M. Shariff & Piee
  • Main Mercun
  • Kacang Putih
  • Tateh Tateh
  • Selamat Hari Raya
  • Maidin Gelap - M. Shariff
  • Boria Kedai Kopi - M. Sharif
  • Chok Chok Kendong

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Ogos 2014, Maidin Ibrahim meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun,Kedah jam 2 petang ketika dalam solat Zohor .Maidin meninggalkan seorang balu, Habirah Ibrahim dan lima anak serta tiga belas orang cucu. [1] Menantunya Mohd Saiful Nizam Saari memaklumkan jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai selepas solat Isyak.[2]

  1. ^ Oleh HIBURAN, "Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat.", www.thestar.com.my Rabu, 13 Ogos 2014 5:12 PM. Diambil 08 Disember 2018
  2. ^ Oleh NATION, "Comedian Maidin Ibrahim passes away at 76", www.thestar.com.my Wednesday, 13 Aug 2014-6:00 PM MYT. Diambil 08 Disember 2018

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]