Pergi ke kandungan

Majakani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majakani
Manjakani
Ketulan "buah" puru pada dedaun pokok majakani
Pengelasan saintifik
Alam:
Kelas:
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Seksyen:
Spesies:
Quercus infectoria
Nama binomial
Quercus infectoria
Oliv. 1801
Sinonim[1][2]
Senarai
  • Quercus carpinea Kotschy ex A.DC.
  • Quercus grosseserrata Kotschy ex Wenz.
  • Quercus puberula O.Schwarz
  • Quercus thirkeana K.Koch
  • Quercus amblyoprion Woronow ex Maleev
  • Quercus araxina (Trautv.) Grossh.
  • Quercus boissieri Reut.
  • Quercus goedelii Balansa & Kotschy ex A.DC.
  • Quercus inermis Ehrenb. ex Kotschy
  • Quercus microphylla J.Thiébaut 1948 not Née 1801
  • Quercus petiolaris Boiss. & Heldr. 1853 not Benth. 1840
  • Quercus pfaeffingeri Kotschy
  • Quercus polycarpos Kotschy ex A.DC.
  • Quercus syriaca Kotschy
  • Quercus tauricola Kotschy
  • Quercus tenuicola Boiss.
  • Quercus veneris A.Kern.
  • Quercus woronowii Maleev

Manjakani atau majakani (nama saintifik: Quercus infectoria) adalah spesies pokok oak yang dikenali bertaburan asal di bahagian Eropah selatan (tanah Yunani dan Kepulauan Aegea Timur) dan Timur Tengah (Turki, dan Cyprus ke Israel/Palestin sampai ke Iran).[3]

Pokok ini dikenali menumbuhkan "buah" puru membengkak (galla) yang disebabkan tindak balas jangkitan suatu jenis tebuan (dalam genus Cynipidae) yang hinggap bertelur pada dahan-dahan muda pokok ini, lalu "buah" yang muncul ini tertumbuh untuk menutupi anak-anak tebuan yang menetas.[4][5] Ketulan puru-puru yang terbentuk ini secara tradisional digunakan selama berabad-abad di Asia untuk tujuan berubat, penyamakan kulit serta membuat pewarna dan dakwat.[6]

Sifat kimia

[sunting | sunting sumber]

Buah manjakani mempunyai bahan-bahan kimia tanin sekitar 50-70% manakala selebihnya surihan sebatian lain seperti asid galat dan asid elagik.[7][8][9] Kandungan tanin dapat merencatkan perkembangan dinding sel kulat melalui penggabungan dengan prolin membentuk gumapalan yang tidak boleh pulih kepada bahan dan bentuk asalnya; keadaan ini memberi peluang kepada fenol dan saponin menguraikan dinding sel ini membasmi pelbagai jenis kulat[10] terutamanya pada Candida albicans.[11]

Manjakani juga mempunyai ciri antivirus,[12] antibakteria[13] dan antilarva.[14]

Kandungan taninnya menjadikan bahan ini didapatkan sebagai bahan menyamak kulit.

Serbuk hasil pemecahan buah manjakani boleh dijadikan usapan pada luka luaran serta luka dalaman wanita yang bersalin.[5] Ia juga merupakan bahan pelawas kerana kandungan serat yang tinggi.[5]

Masyarakat semenanjung Malaysia menggunakan buah manjakani sebagai ramuan utama dalam ubat minum oleh wanita selepas melahirkan untuk mengembalikan keanjalan dinding rahim.[15]

  1. Quercus infectoria Olivier Tropicos.org
  2. Quercus infectoria G.Olivier is an accepted name . theplantlist.org
  3. T. K. Lim 2012.
  4. Muhamad Z; Mustafa AM (1994). Traditional Malay Medicinal Plants. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
  5. 1 2 3 Noraida Arifin (2005). Penyembuhan Semula Jadi Dengan Herba. PTS Litera Utama. m/s. 151–153. ISBN 983-3372-29-5.
  6. Kottakkal AVS (1995). The Indian Medicinal Plants.
  7. Ikram M; Nowshad F (1997). "Constituents of Quercus infectoria". Planta Medica. Planta Med. 31 (3): 286–7. doi:10.1055/s-0028-1097531. PMID 866492.
  8. Evans WC (1996). Pharmacopoeial and related drugs of biological origin. London: WB Saunders Co. Ltd.
  9. Wiart C; Kumar A (2001). Practical Handbook of Pharmacognosy. Malaysia: Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.
  10. Digraki M; Alma MH; Ilcim A; Sen S (1999). Antibacterial and antifungal effects of various commercial plant extracts. Pharm Biol.
  11. Himalaya, Dara (2017). "Pengaruh pemberian ekstrak biji manjakani (Quercus infectoria Gall) terhadap bakteri vaginosis dan Candida penyebab keputihan (leukorrhea)". Journal Of Midwifery. Universitas Dehasen Bengkulu. 5 (1): 38–44. doi:10.37676/jm.v5i1.570. ISSN 2722-4228.
  12. Hussein G; Miyashiro H; Nakamura N; Hattori M; Kakiuchi N; Shimotohno K (2000). Inhibitory effects of Sudanese medicinal plant extracts on hepatitis C virus protease. Phytother Res. doi:10.1002/1099-1573(200011)14:7<510::AID-PTR646>3.0.CO;2-B.
  13. Fatima S; Farooqi AHA; Kumar R; Kumar TRS; Khanuja SPS (2001). Antibacterial activity possessed by medicinal plants used in tooth powders. J Med Aromatic Plant Sci.
  14. Redwane A; Lazrek HB; Bouallam S; Markouk M; Amarouch H; Jana M (2002). Larvicidal activity of extracts from Quercus lusitania var. infectoria galls (Oliv.). J Ethnopharmacol.
  15. Muhamad Z; Mustafa AM (1994). Traditional Malay Medicinal Plants. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.