Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Malacca City Emblem.svg
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan15 April 2003
Didahului oleh
Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah
Kepimpinan
Datuk Bandar
Datuk Zainal Abu
Laman sesawang
www.mbmb.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Melaka, Melaka. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) lahir bersama sejarah Melaka. Walaupun Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya, Perbandaran Melaka terus wujud. Pada tahun 1824, Perbandaran Melaka dinamakan sebagai "The Town and The Fort of Malacca", ditadbir oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan Inggeris.

Pada tahun 1848, Akta East India XIX, telah menekankan supaya diwujudkan "Jawatankuasa Perbandaran" bagi menggantikan "The Committee of Assessors". Akta ini memperuntukkan lima orang Ahli Majlis yang diketuai oleh seorang "Resident Councillor" yang dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran.

Akta East India XXVII 1856 telah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perbandaran menjadi pemegang amanah dan boleh mendakwa dan didakwa. Pada 1 Januari 1887, Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat telah meluluskan sempadan perbandaran seluas 1.4 batu persegi dan diperluaskan kepada 4.2 batu persegi pada tahun 1930 di bawah Akta 133 pada tahun 1913.

Pada 1 Januari 1977 melalui Akta 171 (1976), kawasan Perbandaran Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) dengan kawasan pentadbirannya seluas 114.7 batu persegi (303 km persegi).

MPMBB merupakan penggerak utama dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah bandaraya yang dinamik, maju dan indah. Kawasan pentadbirannya maju serentak dengan pembangunan di keseluruhan negeri Melaka, dimana tumpuan ditekankan kepada sektor-sektor pertanian, perindustrian dan yang terkini perlancongan.

Pembangunan infrastruktur begitu menonjol sekali, menandingi negeri yang paling maju di Malaysia. Keadaan ini mempercepatkan aliran masuk pelabur-pelabur untuk menanam modal lantas mewujudkan peluang perkerjaan kepada penduduk-penduduknya.

Pada 15 April 2003, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Dengan pengiktirafan ini, MBMB akan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat di Melaka khususnya dan para pelancong amnya. Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai sungguh luar biasa.

Pada 1 Januari 2010, satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkan iaitu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Kawasan pentadbiran MPHJT ini meliputi 57.66 km persegi daripada kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Manakala bagi kawasan MBMB adalah 277 km persegi. Kawasan pentadbiran baru MBMB pula adalah sebanyak 30.86 km persegi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987