Majlis Daerah Hulu Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Majlis Daerah Hulu Terengganu
مجليس دايره هولو ترڠڬانو

MDHT
Majlisdaerah huluterengganu.png
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Yang Dipertua (YDP)
Wan Muhd Masyhum Wan Harujan[1]
Moto
KERJA KAMI AMAL IBADAT KAMI
Tempat persidangan
Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.
Laman sesawang
www.mdht.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Hulu Terengganu terletak di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu. Kedudukannya adalah lebih kurang 40 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.[2]

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Hulu Terengganu ditubuhkan pada 1 Januari, 1981 di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Pindaan 1978). sebagai "Sanitory Board" Sebelum ini ia dikenali sebagai Jumaah Bandaran Ulu Terengganu.Perasmian pelancaran Majlis Daerah Ulu Terengganu dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B.Dato' Seri Amar Diraja Dato' Haji Wan Mokhtar bin Ahmad di Dewan Bandaran Kuala Brang pada Isnin, 30 Ogos 1982.

Keluasan[sunting | sunting sumber]

Daerah Hulu Terengganu Meliputi kawasan seluas 53.40 kilometer persegi dan merangkumi tiga mukim iaitu Mukim Kuala Berang, Tanggol dan Penghulu Diman. Pada 18 Julai, 1996 satu pengwartaan semula dibuat yang mana seluruh daerah Hulu Terengganu ialah seluas 3,874.63 kilometer persegi menjadi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Huru Terengganu. Kini, ia merangkumi tujuh mukim iaitu:[3]

Keluasan kawasan operasi Majlis Daerah Hulu Terengganu adalah seluas 53.40 km persegi. Kawasan Pentadbiran pula seluas 3,821.23 km persegi.Jumlah penduduk ialah seramai 74,918 orang2000 berbanding 3,586 orang1970 pada awal penubuhannya.

Misi, Visi & Objektif[sunting | sunting sumber]

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Menggembleng Segala Sumber yang Ada untuk Meningkatkan Keupayaan Majlis bagi Memberi Perkhidmatan yang Terbaik kepada Masyarakat.[4]

Visi[sunting | sunting sumber]

  • Menjadikan MDHT sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang Berdikari, Berdaya Saing, Cemerlang dan Cakna Rakyat.[4]

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Memberi perkhidmatan pentadbiran yang cekap.
  • Mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan awam untuk masyarakat setempat.
  • Mempertingkatkan perancangan pembangunan meliputi semua sektor ke tahap yang lebih tersusun dan mantap.
  • Mengadakan kemudahan asas yang cukup kepada penduduk-penduduk dalam kawasan pentadbiran.
  • Mengadakan kemudahan sosial dan rekreasi serta mengindahkan kawasan-kawasan.
  • Meningkatkan kualiti hidup penduduk dalam kawasan Majlis.
  • Menambah penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perniagaan selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.Fu

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Maklumbalas Dan Aduan[sunting | sunting sumber]

  • Maklumbalas aduan akan dikemukakan kepada pengadu dalam tempoh 2 minggu dari tarikh aduan.
  • Aduan bagi sampah sarap akan diberi maklumbalas dengan kadar segera.[5]

Pelan Bangunan[sunting | sunting sumber]

  • Meluluskan permohonan pelan bangunan jenis skim dan premis perniagaan dalam tempoh 4 minggu dari syarat dipatuhi beserta dengan dokumen yang lengkap diterima.
  • Mengeluarkan keputusan terhadap pelan bangunan bukan jenis skim (4 unit ke bawah ) dalam tempoh 4 minggu dari tarikh syarat dipatuhi.
  • Mengeluarkan keputusan terhadap pelan tambahan dan pindaan kepada bangunan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh syarat dipatuhi.
  • Mengeluarkan keputusan pelan permit kecil bangunan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh syarat dipatuhi.[5]

Pelan Landskap[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan permohonan pelan landskap diberi kelulusan dalam tempoh 10 minggu dari tarikh permohonan yang lengkap.[5]

Pungutan dan Pengangkutan Sampah[sunting | sunting sumber]

  • Memberi perkhidmatan pungutan dan pengangkutan sampah setiap hari di kawasan bandar dan taman perumahan dan 2 hari sekali bagi kawasan-kawasan lain.[5]

Sijil Layak Menduduki[sunting | sunting sumber]

  • Mengeluarkan sijil layak menduduki untuk bangunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.[5]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "» Profil YDP". Majlis Daerah Hulu Terengganu. Dicapai pada 20 Jun 2018.
  2. ^ "Latar Belakang MDHT". Dicapai pada 19 Jun 2018.
  3. ^ "Info Hulu Terengganu". Dicapai pada 20 Jun 2018.
  4. ^ a b "Misi dan Visi" Majli Daerah Hulu Terengganu. Dicapai 20 Jun 2018
  5. ^ a b c d e "Piagam pelanggan". 20 Jun 2018 – melalui MDHT.