Hulu Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Hulu Terengganu
Geografi
StatusDaerah
Asal namaFO-LO-AN
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
Daerah Hulu Terengganu
Keluasan3,875 km²

Hulu Terengganu atau Ulu Terengganu merupakan sebuah daerah yang agak terpencil di negeri Terengganu namun mula dikenali setelah adanya projek hidroelektrik Kenyir. Kini tasik buatan manusia itu amat dikenali sebagai destinasi perlancongan.

Batu Bersurat Terengganu muka 1.

Namun begitu kelahiran nama Terengganu Darul Iman itu sendiri ada kaitan yang sangat rapat dengan Hulu Terengganu. Ini kerana Batu Bersurat Terengganu yang menyatakan daerah ini yang mula-mula menerima Islam di Terengganu malah di Malaysia. Ia dijumpai di Kg. Buluh iaitu sebuah kampung di Hulu Terengganu.

Kuala Berang merupakan pekan paling dikenali di Hulu Terengganu. Masyarakat di sini lebih bertumpu di sini dalam urusan harian kerana pusat pemerintahan daerah di jalankan di sini. segala macam pembangunan sudah diperlihatkan oleh Kuala Berang untuk menggambarkan Hulu Terengganu tidak sama seperti hulu di tempat lain kerana lazimnya hulu itu di ketahui akan terpencilnya sesuatu kawasan itu. Pada masa kini rakyat Hulu Terengganu telah menjadi perwakilan diperingkat persekutuan Malaysia dengan memegang jawatan Ahli Parlimen Hulu Terengganu iaitu Rosol Wahid yang berasal dari Ajil dalam kawasan Hulu Terengganu.

Kebanyakan masyarakat di sini adalah petani. Namun kini ramai yang beralih arah kepada menjadi peniaga.

Tempat terawal terima Islam[sunting | sunting sumber]

Daerah Hulu Terengganu terbukti merupakan tempat terawal menerima Agama Islam di semenanjung Tanah Melayu berdasarkan catitan pada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M (702 H) yang dijumpai di Kampung Buloh, Hulu Terengganu.

Di samping itu, daerah Hulu Terengganu pernah menjadi tempat kunjungan dan tempat bermastautin tokoh-tokoh ulama seperti yang dibuktikan dengan penemuan makam-makam lama seperti Makam Tok Raja Ri di Kampung Kuala Por, Makam Tok Pauh di Kampung Pauh, Makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering, Makam Tok Berlian Mahmud di Kampung Kemat, Makam Tun Indera di Kampung Kuala Por dan Makam Sharif Mohammad al-Baghdadi di Kampung Jenagor.

Hulu Terengganu juga pernah menjadi tumpuan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok Gajah, Dato' Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain lagi di awal abad ke 19. Daerah ini dijadikan sebagai kubu dan tempat persembunyian mereka bagi mengatur strategi menentang penjajahan Inggeris pada ketika itu. Antara peristiwa yang masih menjadi ingatan sehingga ke hari ini ialah Peristiwa Padang Kacong di Kuala Telemong.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Hulu Berang
  2. Mukim Hulu Telemung
  3. Mukim Hulu Terengganu
  4. Mukim Jenagur
  5. Mukim Kuala Berang (bandar)
  6. Mukim Kuala Telemung
  7. Mukim Penghulu Diman
  8. Mukim Tanggul
  9. Mukim Tersat
  10. Pekan Kuala Berang

Jabatan/Agensi Kerajaan[sunting | sunting sumber]

  1. Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu
  2. MARDI Jerangau
  3. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Berang
  4. Pejabat Pendaftaran Negara Hulu Terengganu
  5. Pejabat Majlis Daerah Hulu Terengganu
  6. Ibu Pejabat Daerah Polis Hulu Terengganu
  7. Balai Polis Kuala Berang
  8. Balai Polis Telemong
  9. Pejabat Hutan Daerah Terengganu Tengah

Hospital/Klinik[sunting | sunting sumber]

  1. Hospital Daerah Hulu Terengganu
  2. Klinik Kesihatan Kuala Telemong
  3. Klinik Desa Bukit Diman
  4. Klinik Desa Kampung Tok Dor

Sekolah/Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu SAHUT
  2. Politeknik Hulu Terengganu
  3. Sekolah Kebangsaan Sungai Berua,Hulu Terengganu
  4. Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, Hulu Terengganu
  5. Sekolah Kebangsaan Kuala Ping, Hulu Terengganu
  6. Sekolah Kebangsaan Dusun, Hulu Terengganu
  7. Sekolah Kebangsaan Teris, Hulu Terengganu
  8. Akademik Binaan Malaysia (Wilayah Timur)
  9. Sekolah Kebangsaan Kemat, Hulu Terengganu
  10. Sekolah Kebangsaan Nibong, Hulu Terengganu
  11. Sekolah Imtiaz Kuala Berang
  12. Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu
  13. Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu
  14. Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Hulu Terengganu
  15. Sekolah Kebangsaan Seri Berang, Hulu Terengganu
  16. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu
  17. Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu
  18. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Berang, Hulu Terengganu
  19. Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil, Hulu Terengganu
  20. Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. Peta Daerah Hulu Terengganu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sejarah Hulu Terengganu