Majlis Perbandaran Bentong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Majlis Perbandaran Bentong

Majlis Perbandaran Bentong (MPB) ini telah ditubuhkan dengan kuat kuasa Warta Kerajaan bil.147/25/12/2021. kini Majlis Perbandaran Bentong (MPB), Daerah Bentong terletak di bahagian barat Negeri Pahang. Ianya merupakan pintu masuk ke Negeri-negeri Pantai Timur melalui jalan darat dan bersempadan dengan Negeri Selangor di sebelah barat dan Negeri Sembilan di bahagian selatan.

Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]

  • Misi
  1. Memastikan tahap kesihatan setempat berkeadaan sempurna dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa.
  2. Menentukan perancangan pembangunan selaras dengan pelan Rancangan Struktur dan Pelan Perancangan Pembangunan Bandar Raya.
  3. Menyediakan kemudahan infrastruktur asas yang meliput seluruh kawasan Majlis dalam jangka sehingga 2010.
  4. Mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi penduduk di kawasan yang berpotensi.
  5. Mewujudkan kawasan-kawasan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan warga Bentong.
  6. Memberi khidmat sokongan kepada kemajuan industri pembuatan, pelancongan, pendidikan dan lain-lain.
  • Visi
  1. Menjadikan Bentong sebuah Bandar Raya yang maju, makmur dan sejahtera.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Menjamin perancangan dan pembangunan fizikal, sosial dan mental warga setempat bagi menjamin kesejahteraan penduduk dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa.
  • Memastikan tahap kesihatan setempat berkeadaan sempurna dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa.
  • Menentukan perancangan pembangunan selaras dengan Pelan Perancangan Struktur dan Pelan Perancangan Pembangunan Bandaraya Bentong.
  • Menyediakan kemudahan infrastruktur asas meliputi seluruh kawasan Majlis dalam jangka sehingga 2010.
  • Mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi penduduk di kawasan yang berpotensi.
  • Mewujudkan kawasan-kawasan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan warga Bentong.
  • Memberi perkhidmatan sokongan kepada kemajuan industri pembuatan, pelancongan, pendidikan dan lain-lain.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  1. Merancang, membina dan menyelenggara kemudahan awam dan infrastruktur.
  2. Menyelaraskan kemajuan projek-projek pembangunan.
  3. Menyelia perkhidmatan kebersihan dan pelupusan sisa pepejal.
  4. Mengawasi kebersihan dan penguatkuasaan peraturan-peraturan kesihatan awam.
  5. Pengindahan kawasan.
  6. Menimbang dan meluluskan lesen-lesen perniagaan.
  7. Menilai harta-harta dalam kawasan pentadbiran.
  8. Bertindak sebagai perancang bagi menjamin pembangunan yang terancang, keindahan kawasan tadbir, kebersihan dan kesihatan yang terkawal.

Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]

  • Memberi perkhidmatan bandaraya yang cekap, cepat dan berkualiti kepada pelanggan/ warga melalui sistem pengawasan yang teratur dan berkesan dalam usaha memastikan Bandaraya Bentong sentiasa bersih, indah dan ceria.
  • Responsif kepada kehendak warga dalam menyediakan kemudahan awam yang berkualiti.
  • Memastikan kerja-kerja pembaikan kecil kepada infrastruktur asas dilaksanakan segera dalam jangkamasa 14 hari hingga 30 hari.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]